Ni apa ceritanya kat sini?

Sejarah Pemerintahan Negara Mesir Dahulu Dan Sekarang

Sejarah Pemerintahan Raja Farouk 1

Raja Farouk 1 (1920-1965)

Raja Farouk I dilahirkan di Kaherah pada 11 Februari 1920. Beliau menerima pelajaran pertamanya di Kaherah dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Akademi Ketenteraan Diraja di Woolwich, England. Beliau dipanggil menaiki takhta Mesir pada 1936 dan dimahkotakan secara rasminya pada 1937. Farouk adalah raja kedua memerintah Mesir moden dari 1920 hingga 1965. Walaupun beliau dilihat sebagai seorang raja yang menjanjikan dan berdedikasi pada awalnya, tetapi akhirnya menjadi penyebab keruntuhan monarki negara itu.

Kejatuhan Farouk I

Ketika Perang Dunia Kedua semakin hampir, campur tangan Britain di Mesir tidak dapat dielakkan, terutama sekali ia berkaitan dengan keselamatan Kerajaan Britain dan keperluan masyarakat Mesir. 

Britain bekerjasama dengan kerajaan Itali dan memaksa Raja Farouk I menggugurkan Kabinet pro-Itali dan menggantikan dengan Kabinet Wafd pada 4 Februari 1942. 

Farouk kemudian menyerah takhtanya kepada tuntutan Britain dan Wafd memerintah sehingga 1944. 

Campur tangan Britain dalam urusan dalaman Mesir dan pemerintahan menyebabkan berlaku pembubaran sistem beraja dan parti negara itu. 

Tentera Mesir yang diketuai Kolonel Gamal Abdel Nasser merampas kuasa dan memaksa Farouk turun takhta pada 26 Julai 1952 dan hidup dalam buangan di Itali. 

Setelah Farouk turun takhta, anak lelakinya ditabalkan menjadi raja seterusnya dan majlis pemangku raja pula ditubuhkan, tetapi akhirnya Mesir diisytiharkan menjadi sebuah negara republik. 

Farouk meninggal dunia pada 18 Mac 1965, di Itali akibat sakit jantung dan dibawa pulang ke Mesir untuk dikebumikan. 

Permulaan era baru mesir moden

Sejarah Mesir moden bermula ketika negara itu menjadi sebahagian daripada pengaruh kuasa Britain. 

Mesir menjadi negara jajahan Britain pada 1914, dan mencapai kemerdekaan pada 1922, serta Mesir diisytiharkan sebagai negara republik pada 1952. 

Sejak pemerintahan Presiden Mesir kedua, Gamal Abdel Nasser pada 1952, banyak perubahan telah berlaku, terutamanya di bawah pimpinan Anwar Sadat sehingga kerajaan kini yang dipimpin oleh Hosni Mubarak. 

Pemimpin-pemimpin republik mesir


Gamal Abdel Nasser Hussein (1918-1970)

I) Gamal Abdel Nasser Hussein (23 June 1956 – 28 September 1970): 

Beliau dilahirkan pada 15 Januari 1918 di Iskandariah, Mesir. Beliau memegang jawatan sebagai presiden kedua negara itu pada 1956 sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1970. 

Bersama Muhammad Naguib, presiden pertama Mesir, beliau mengetuai Revolusi 1952 Mesir, di mana beliau menggulingkan pemerintah beraja negara itu dan Sudan, serta mengumumkan era baru pemodenan dan pembaharuan sosial bersama kemajuan penyatuan negara Arab, termasuk penyatuan singkat bersama Syria. 

Nasser dilihat sebagai salh satu tokoh politik yang paling penting dalam kedua sejarah Arab moden dan politik dunia ketiga pada abad ke-20. Di bawah pimpinannya, Terusan Suez diiktiraf dan memainkan peranan penting dalam usaha antipenjajahan dalam Negara Arab dan Afrika. 

Beliau juga berperanan dalam pembentukan Gerakan Berkecuali antarabangsa. Beliau juga terkenal kerana dasar nasionalis dan versi penyatuan negara Arab, yang juga dikenali sebagai Nasserisme, yang berjaya mempengaruhi jumlah pengikut besar di negara Arab sepanjang 1950 dan 1960.

Walaupun statusnya sebagai ‘pemimpin orang Arab’ dicemari oleh kemenangan Israel ke atas tentera arab dalam Perang Enam Hari, ramai rakyatnya masih melihat Nasser sebagai simbol martabat Arab dan kebebasan. 

Pada 28 September 1970, Nasser mengalami sakit jantung dan beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu. 


Muhammad Anwar El-Sadat (1918-1981)

II) Muhammad Anwar El-Sadat (15 October 1970 – 6 October 1981)

Muhammad Anwar El-Sadat dilahirkan pada 25 Disember 1918 di Mit Abu al-Kum, Mesir. Beliau dilantik menjadi presiden negara itu pada 15 Oktober 1970 sehingga beliau dibunuh oleh ahli fundamentalis pada 6 Oktober 1981. 

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai pegawai tinggi Free Officers, sebuah gerakan yang menggulingkan Dinasti Muhammad Ali dalam Revolusi 1952 Mesir, dan menjadi orang paling dipercayai oleh Presiden Gamal Abdel Nasser. 

Selama sebelas tahun pemerintahannya sebagai presiden, beliau mengubah beberapa prinsip ekonomi dan politik Nasserisme dengan memperlembagakan sistem pelbagai parti dan melancarkan Infitah. 

Kepimpinannya dalam Perang Oktober 1973, menjadikan beliau sebagai wira Mesir dan di seluruh negara Arab. Beliau turut dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan untuk peranannya Camp David Accords, namun rundingan bersama Israel dan Perjanjian Keamanan Mesir-Israel tidak mendapat perhatian di antara penduduk negara Arab, mengakibatkan penggantungan sementara keahlian Mesir dalan Liga Arab. 

Pada 6 Oktober 1981, Anwar Sadat dibunuh semasa perarakan sambut kemenangan tahunan yang diadakan di Kaherah untuk menyambut Mesir berjaya menyeberangi Terusan Suez. 

Fatwa untuk membunuh Sadat dikeluarkan oleh Omar Abdel Rahman, seorang ulama yang kemudian dihukum di Amerika Syarikat untuk peranannya dalam pengeboman bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York pada 1993.


Muhammad Hosni Sayid Mubarak

III) Muhammad Hosni Sayid Mubarak (14 Oktober 1981 – kini) 

Muhammad Hosni Sayid Mubarak dilahirkan pada 4 May 1928 di Kafr-El Meselha, Mesir. Beliau merupakan presiden negara itu yang keempat Republik Mesir. 

Beliau dilantik sebagai timbalan presiden pada 1975 dan dijadikan presiden pada 14 Oktober 1981, selepas pembunuhan Presiden Anwar El Sadat. Beliau juga seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat sejak Muhammad Ali Pasha. 

Sebelum beliau memasuki dunia politik, beliau merupakan seorang pegawai tinggi dalam Tentera Udara Mesir, menjawat jawatan sebagai Komander daripada 1972 hingga 1975. 

Bermula pada 25 Januari 2011, satu demonstrasi besar-besaran antikerajaan diadakan, menuntut pemerintah kuku besi itu meletak jawatan dengan segera. 

Pada 1 Februari 2011, Mubarak mengumumkan dia tidak akan bertanding untuk merebut jawatan presiden dalam pilihan raya September depan. 

Pada 5 Februari 2011 pula, media kerajaan melaporkan beberapa pemimpin Parti Demokrasi Nasional pimpinan Mubarak, meletak jawatan dalam parti masing-masing untuk meredakan rusuhan yang berlaku di negara itu. 

Walau bagaimanapun, Mubarak akan tetap mengekalkan jawatan sebagai presiden sehingga baki tempoh jawatannya tamat pada September depan.

Petikan : Sinar Harian



p/s : hanya sekadar berkongsi maklumat tentang sejarah pemerintahan negara Mesir, lebih-lebih lagi dengan situasi semasa di sana - iwan284

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...