Ni apa ceritanya kat sini?

Memiliki 39 Isteri, 94 Anak dan 33 Cucu


*Lelaki 39 Isteri*

MIZORAM - Seorang lelaki dari India mungkin mencipta rekod sebagai ketua keluarga paling besar di dunia dengan memiliki 39 isteri, 94 anak dan 33 cucu. 

Ziona Chana bersama keluarganya tinggal di sebuah rumah empat tingkat dengan 100 bilik di kampung Baktwang, Mizoram, iaitu salah sebuah negeri di India. 

"Saya rasa amat bertuah kerana Tuhan memberikan saya begitu ramai ahli keluarga untuk dijaga," katanya.

Keluarga besar itu memerlukan 30 ekor ayam, 60 kilogram ubi kentang dan 100 kilogram nasi untuk hidangan makan malam setiap hari. 

Chana adalah ketua puak di kampung itu yang membenarkan lelaki berkahwin seberapa ramai yang disukai dan lelaki itu pernah berkahwin dengan 10 wanita dalam tempoh setahun.

Petikan : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...