Ni apa ceritanya kat sini?

Ratu Edar 2,000 Kad Jemputan

Beginilah rupa kad jemputan perkahwinan diraja Putera William dan Kate Middleton

LONDON: Ratu Elizabeth II sudah menghantar lebih 2,000 kad jemputan bertulisan emas perkahwinan cucunya, Putera William dan Kate Middleton pada 29 April depan, kata pegawai istana, semalam.

Kad jemputan itu diposkan pada Rabu dan Khamis, dengan lambang Ratu ditampal dengan warna emas. 

Kira-kira 1,900 orang daripada keluarga dan rakan hinggalah pemimpin asing, diplomat, tentera dan pekerja kebajikan, dijemput menghadiri upacara perkahwinan di Westminster Abbey, tetapi tiada nama didedahkan.

Kira-kira 600 jemputan berpeluang menghadiri makan tengah hari dengan Ratu di Istana Buckingham, manakala kumpulan terpilih dengan 300 jemputan akan dilayan dalam majlis makan malam dianjurkan bapa William, Putera Charles.

Ratu Elizabeth II dan Duke Edinburgh akan mengetuai kumpulan 50 kerabat diraja Britain, selain 40 wakil dari Sepanyol, Sweden, Norway, Denmark dan Greece, menyertai majlis bersejarah itu.

Masih tidak diketahui sama ada Elton John yang juga rakan baik mendiang ibunya, Puteri Diana atau penyanyi kesayangan putera itu Kanye West turut menerima jemputan peribadi.

Dalam satu kenyataan, pejabat William enggan mendedah maklumat lanjut mengenai jemputan individu.

Akhbar Sun melaporkan, bekas isteri bapa saudara William, Sarah Ferguson, 51, tidak dipedulikan pasangan diraja itu apabila namanya tidak tersenarai dalam jemputan perkahwinan mereka. Bagaimanapun, bekas suaminya, Putera Andrew dan anak mereka Beatrice dan Eugenie termasuk dalam senarai jemputan. – AP/Reuters/Agensi 
 
 

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...