Ni apa ceritanya kat sini?

Video : Lembu Nak Jaga

No comments:

Lembu Nak Jaga (Moves Like Jagger's Parody Video) 

Lyrics :

Inilah hidup
Ku di kampung
Hatiku murung
Ku di kongkong
Tiap hari ku, ku kata okay
Tapi dah takdir

Isteri ku control
Ku tak tahan
Asyik kena troll
Kena bahan
Badan berpeluh
Ego ku teguh
Ku takkan runtuh

Lapangan Terbang Tertinggi Di Dunia

No comments:
LAKARAN artis mengenai projek lapangan terbang tertinggi di dunia 
yang akan dibina di negeri Naggu, China pada tahun depan. - AGENSI 


BEIJING 28 Dis. - China akan memulakan pembinaan lapangan terbang tertinggi di dunia bermula tahun depan di negeri Naggu. 

Agensi berita Xinhua melaporkan, lapangan terbang itu akan dibina 100 meter lebih tinggi daripada rekod yang dipegang oleh sebuah lagi lapangan terbang di wilayah Qamdo. 

Katanya, lapangan terbang Naggu akan dibina pada altitud 4,436 meter di atas paras laut, tinggi sedikit berbanding lapangan terbang Qamdo yang mempunyai ketinggian 4,334 meter. 

Tambahnya, projek mega itu akan menelan kos sebanyak 1.8 bilion yuan (RM888 bilion) dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. 

China mula melaksanakan projek-projek bernilai berbilion-bilion dolar sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengubah suai lapangan terbang lama serta membina yang baru, terutamanya di bahagian barat negara ini, sebagai cara untuk meningkatkan ekonomi. 

Kerajaan China juga melaburkan berbilion-bilion dolar di Tibet, dengan harapan dapat memenangi hati penduduk di wilayah tersebut. 

Pihak kerajaan berkata, pembinaan lapangan terbang baru dan landasan kereta api ke Tibet akan membuka ruang pembangunan serta membantu meningkatkan taraf hidup penduduk di wilayah itu. 

Namun, aktivis Tibet berkata, pembinaan projek-projek mega itu akan mempercepatkan lagi migrasi rakyat China ke wilayah terbabit, sekali gus menggugat budaya Buddha penduduk Tibet. - REUTERS 



Wordless Wednesday : Alamak ! Besarnya !!

No comments:


Tutorial : Letak Button Follow dan Dashboard Dalam Blog

6 comments:


1. Masuk akaun blogger korang > Dashboard > Nama Blog > Layout > Add a Gadget > HTML/Javascript 

Honda Lupus 1,055 Unit Kereta

No comments:
Sebahagian kereta Honda yang rosak akibat banjir dikumpulkan untuk dilupuskan 
di kilang Honda di Ayutthaya, wilayah tengah Thailand, semalam. - AGENSI 


BANGKOK 27 Dis. - Pengeluar kereta Jepun, Honda hari ini mula melupuskan sebanyak 1,055 kereta jenama itu yang terjejas semasa banjir melanda Thailand, baru-baru ini bagi memastikan tidak ada kereta yang rosak dijual kepada pengguna. 

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan berkata, proses melupuskan kereta-kereta itu di loji Honda di wilayah Ayutthaya, akan mengambil masa sebulan. 

Loji tersebut terletak di Taman Industri Rojana, lokasi yang terjejaas teruk akibat banjir yang melanda pada awal Oktober lalu sehingga menyebabkan operasi pengeluaran kenderaan itu terpaksa dihentikan. 

Gambar pemandangan dari udara yang diambil semasa banjir melanda di kawasan itu merakamkan kereta-kereta baru di loji itu ditenggelami banjir lumpur. 

"Walaupun kami sempat memindahkan kereta-kereta baru ke kawasan yang selamat, sebanyak 1,055 kereta di loji ini terjejas akibat banjir lumpur. 

"Kami tidak akan menjual kereta yang rosak ini kepada pelanggan. Alat ganti kereta juga tidak akan dijual atau digunakan semula," kata Naib Presiden Eksekutif Honda Automobile Thailand, Pitak Pruittisarikorn. 

Kebanyakan kereta yang akan dilupuskan merupakan kereta jenama Honda City sedan, Honda Brio dan Honda Jazz 'hatchbacks'. 

Operasi pengeluaran kenderaan itu dari kawasan itu masih belum disambung lagi buat masa ini. 

Thailand awal bulan ini melaporkan, seramai 700 maut dalam banjir tersebut yang menjejaskan 65 daripada 77 wilayahnya dan memaksa penutupan tujuh taman industri utama, sekali gus menjejaskan bekalan produk dunia. 

Walaupun banjir telah surut sepenuhnya, banyak kawasan masih belum pulih dan masih perlu dibersihkan. - AFP 



Cahaya Lampu Bandar Di Portugal dan Sepanyol Dilihat Di Angkasa Lepas

1 comment:
GAMBAR menunjukkan limpahan cahaya lampu di Portugal (kiri) dan Sepanyol 
(kanan) yang dirakamkan dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa baru-baru ini. 


FLORIDA -Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan imej cahaya lampu di bandar-bandar di Portugal dan Sepanyol yang dirakamkan dari angkasa lepas. 

Seorang angkasawan merakamkan gambar itu dari Stesen Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) baru-baru ini. 

Gambar itu menunjukkan kawasan yang dilimpahi cahaya lampu di bandar-bandar di Portugal dan Sepanyol. - AFP 



Wordless Wednesday : Jenis-Jenis Kentut

No comments:



Kampung Tikus Di Vietnam

2 comments:
SEORANG lelaki menangkap seekor tikus yang akan 
dijual di Kampung Canh Nau, Vietnam kelmarin. 


HANOI, Vietnam - Daging tikus menjadi makanan istimewa buat penduduk Kampung Canh Nau yang terletak 40 kilometer dari sini. 

Tikus dijual pada harga 80,000 dong (RM12.01) bagi setiap satu kilogram (kg) untuk dijadikan makanan. 

Menurut media tempatan, kampung itu dikenali sebagai Kampung Tikus kerana secara puratanya, seratus kg tikus dijual pada setiap hari. 

Tikus dimakan oleh penduduk kampung tersebut sebelum ini kerana kemiskinan. 

Namun, daging haiwan itu menjadi makanan istimewa pada setiap penghujung bulan. 

Tikus ditangkap dengan menggunakan perangkap, jaring dan baldi. - Agensi 



Bapa Cipta Basikal Gergasi Untuk Anak

2 comments:
ZHANG YALI menguji basikal gergasi ciptaannya di luar 
sebuah rumah gudang yang disewa di Jilin, China kelmarin. 


JILIN, China - Seorang bapa, Zhang Yali menghabiskan masa selama dua bulan untuk mencipta sebuah basikal gergasi bersama seorang rakannya di sini. 

Yali yang berusia 49 tahun mencipta basikal itu sebagai hadiah untuk anak lelakinya yang berusia 25 tahun dan bekerja sebagai kartunis sambilan di Shenzhen, wilayah Guangdong. 

Basikal itu setinggi 3.2 meter dan panjang 5.5 meter. 

Yali membelanjakan lebih 20,000 yuan (RM9,970) untuk mencipta basikal seberat lebih satu tan itu. 

Menurut keluarga Yali, mereka akan mengayuh basikal itu dari Jilin ke Shenzhen. - Reuters 



Kasut Bermotor Diperkenalkan

No comments:
Seorang model mencuba kasut bermotor
(gambar kecil) yang bakal dijual di pasaran
dunia pada Februari 2012. - AGENSI 
CALIFORNIA 25 Dis. - Sepasang kasut bermotor yang mampu membawa pemiliknya sejauh tiga hingga lima kilometer akan mula dijual pada Februari ini dan dijangka menjadi produk yang popular. 

Alat berkuasa bateri yang dijual pada harga AS$647 (RM2,041) itu sebenarnya dicipta untuk dipasang pada kasut dan dikendalikan melalui alat kawalan jauh tanpa wayar. 

Kasut bermotor dikenali sebagai spnKiX itu boleh mencapai kelajuan 16 kilometer sejam dan kelajuannya dikawal melalui alat kawalan jauh. 

Pembelian spnKiX akan turut disertakan dengan roda latihan yang boleh ditanggalkan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. 

Perekanya, Peter Treadway mencipta alat itu sejak lima tahun lalu selepas sukar untuk mencari tempat meletak kenderaan. 

Sejak itu beliau telah mencipta 30 prototaip kasut beroda tersebut dan beliau akan mula menjualnya melalui laman webnya Februari ini. 

SpnKiX diperbuat daripada nilon yang diperkuatkan dan aluminium, manakala baterinya hanya perlu dicas selama dua hingga tiga jam untuk mencapai tahap isian penuh. - AGENSI 



Video : Louis Armstrong - Berus Gigi

No comments:


Louis Armstrong - Berus Gigi  

Aku nak beli berus gigi,
ade yang biru, purple ade, 
ade-ade dimana saje,
boleh la beli berus gigi....

Ais Krim Bertaburan Di Atas Lebuh Raya

No comments:
Seorang pegawai Kementerian Kesihatan memeriksa keadaan karton-karton 
ais krim yang bertaburan di sebuah lebuh raya di negeri Indiana kelmarin. 


INDIANAPOLIS, Amerika Syarikat (AS) - Polis menyatakan sejumlah 18,000 kilogram ais krim daripada sebuah treler bertaburan di negeri Indiana dengan menyebabkan dua laluan sebuah lebuh raya rentas negeri di sini terpaksa ditutup kelmarin. 

Media tempatan melaporkan tumpahan tersebut berlaku sekitar pukul 4 petang (waktu AS) dan mengambil masa selama enam jam untuk dibersihkan. 

Polis memberitahu, trak terbabit cuba memasuki lebuh raya berkenaan apabila ia tiba-tiba senget dan terbalik sekali gus menumpahkan berkarton-karton ais krim vanila dan beberapa perisa lain di atas jalan. 

Menurut polis, pemandu trak itu mengalami cedera ringan dan dibawa ke sebuah hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut. - Agensi 



Hukum Ucap Merry Christmas

No comments:

Assalammualaikum...kat sini ada soal jawab pasal isu UCAP MERRY CHRISTMAS kepada non muslim yg telah dijawab oleh Ustaz Azhar. Yang ni jawapan2 yg telah dikumpulkan untuk dibuat satu status lengkap supaya semua dapat baca terus... semoga bermanfaat. 

Pemilik Kereta Mayat Tunjuk Perasaan

No comments:
SEBUAH kereta mayat yang menyertai tunjuk perasaan membantah 
kenaikan cukai jalan dipandu di bandar Thessaloniki kelmarin. - AP  


THESSALONIKI, Greece - Para pemilik kereta mayat kelmarin mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan di dua buah bandar utama di Greece bagi membantah kenaikan cukai jalan tahunan. 

Menurut mereka, kenaikan itu akan menyebabkan perniagaan kereta mayat berkubur. 

Para pemandu itu menyatakan, mereka terpaksa membayar cukai jalan enam kali ganda menjelang minggu depan kerana kereta mayat telah dikategorikan sebagai kenderaan persendirian. 

Pemilik kereta mayat di bandar ini memandu kenderaan tersebut dari sebuah kawasan perkuburan ke sebuah bangunan pentadbiran wilayah. 

Rakan-rakan mereka yang lain di bandar raya Athens memandu kereta mayat dengan perlahan semasa melintasi bangunan Parlimen. - Agensi 



Batu Ajaib di Sumatera Barat

No comments:
Seorang wanita cuba untuk mengangkat batu ajaib ini 
di Batu Sangkar, Sumatera Barat. 


BATU SANGKAR - Kemunculan batu ajaib di Batu Sangkar, Sumatera Barat menambahkan lagi keunikan daerah ini yang sememangnya terkenal dengan keindahan alamnya. 

Batu ajaib yang diberi nama angke-angke itu dikatakan boleh menjadi terlalu berat dan ringan seperti kapas mengikut keyakinan orang yang cuba mengangkatnya. 

Batu itu dipercayai mempunyai kuasa sakti dan untuk mampu mengangkatnya, seseorang itu perlu membaca doa tertentu. 

Ramai pengunjung yang datang cuba mengangkatnya tetapi tidak berjaya kerana berat batu itu boleh mencapai sehingga beratus-ratus kilogram. 

Bagaimanapun penjaga batu ini akan memberikan petua bagaimana untuk mengangkat batu itu jika pengunjung membeli cenderamata yang dijual oleh mereka. 

Batu ajaib ini dilaporkan telah mula dikunjungi orang ramai sejak 100 tahun lalu dan sebanyak tujuh generasi telah menjaganya. - AGENSI 



Misteri Bola Metalik Jatuh Dari Langit

No comments:
SEBIJI bola gergasi metalik yang jatuh dari langit 
di wilayah Omusati, utara Namibia pada bulan lalu. 


WINDHOEK, Namibia – Sebiji bola metalik gergasi yang berdiameter 1.1 meter dan berat enam kilogram jatuh dari langit di sebuah kampung di utara Namibia, 750 kilometer dari sini pada November lalu. 

Pihak berkuasa Namibia kini menghubungi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan dan Agensi Angkasa Eropah bagi mendapatkan maklumat mengenai bola tersebut. 

Institut Sains Forensik Kebangsaan Namibia bingung tentang bola tersebut dan tidak mengetahui dari mana asalnya. 

Bola metalik itu ditemui oleh seorang petani di wilayah Omusati. 

Menurut beberapa saksi, bunyi kuat kedengaran sebelum ia ditemui seorang petani yang kemudian menberitahu polis. 

Bola itu kini dalam simpanan pihak polis. – Agensi 



Jangan Dengar Atau Nyanyi Lagu It Will Rain (Bruno Mars)

3 comments:

Dear Muslim Friends, 

Kalau dengar lagu It Will Rain by Bruno Mars , harap-harap jangan ikut nyanyi sekali la ye, sebab ada bait lirik yang boleh bawa kita ke arah murtad (for Muslims). Kalau boleh tak payah dengar langsung. 

Ni liriknya : 

- There's no religion that could save me (tiada agama yang boleh selamatkan aku) 

- No matter how long my knees are on the floor (tak kira berapa lama melutut di lantai) 

p/s : ni baru KOMUNIS takda agama... Jangan kita terleka.. walaupon ia hanya sebuah lagu.. wallahualam 



Jom Saljikan Website Google

No comments:

Cara-caranya: 

1. Pergi ke website Google. 

2. Taip kat search box : let it snow. 

3. Kemudian, tekan enter. 

4. Tengok hasilnya. :D 

5. Nak buat sekali lagi? Klik "Defrost". 

6. Selamat mencuba! 


Bank Negara Malaysia Perkenal Wang Kertas Dan Syiling Baharu

2 comments:
SIRI wang kertas dan syiling baharu yang diperkenalkan oleh 
Bank Negara Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam. 


KUALA LUMPUR 21 Dis. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memperkenalkan satu siri wang kertas dan duit syiling baharu yang akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012. 

Wang kertas itu melibatkan denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 manakala duit syiling itu pula dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. 

Duit syiling itu dilancarkan pada 25 Julai 2011 tetapi hanya akan berada dalam edaran Januari ini. Pelancaran wang kertas dan duit syiling itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. Ini kali keempat mata wang kertas baharu diperkenalkan dan kali ketiga untuk duit syiling. 

Pelancaran wang kertas itu juga dilihat sebagai lanjutan kepada pengenalan wang kertas baharu dalam denominasi RM50 yang kini berada dalam edaran. Daripada semua wang kertas itu, hanya RM1 dan RM5 dihasilkan dengan penggunaan substrat polimer. 

Wordless Wednesday : Rekaan Basikal Yang Pelik

No comments:

Wordless Wednesday : Angry Birds Birthday

1 comment:



Facebook Saman Mark Zuckerberg Palsu

2 comments:
Rotem Guez (kiri) = Mark Zukerberg palsu 


LOS ANGELES 19 Dis. – Facebook mengugut untuk menyaman seorang usahawan dari Israel yang menukar namanya kepada pengasas laman sosial tersebut, Mark Zuckerberg. 

Rotem Guez atau kini dikenali sebagai ‘Zuckerberg II’ menukar namanya secara rasmi pada 7 Disember lalu. 

Sebelum ini, Guez mendakwa beliau mengemukakan tuntutan saman terhadap Facebook pada Januari lalu selepas laman sosial tersebut tidak membenarkan beliau mengakses akaunnya yang kini telah ditutup. 

Guez merupakan pengasas bersama Like Store, iaitu sebuah syarikat pemasaran yang membantu memperkenalkan jenama syarikat lain. 

Akaun Facebooknya ditutup selepas Guez menyiarkan iklan berbunyi ‘Anda sedih kerana tiada sesiapa mahu melawat laman Facebook anda? Kami mempunyai penyelesaiannya! Anda memerlukan 1,000, 5,000 dan 10,000 ‘Likes’? Kami akan berikannya kepada anda’ 

Sehubungan itu, pada September lalu, peguam Facebook, Perkins Coie mengugut untuk menyaman Guez dengan mendakwa nama ‘Zuckerberg II’ itu menceroboh terma perkhidmatan laman sosial terbabit. 

Ugutan saman itu turut mengarahkan Guez menutup syarikatnya dan tidak dibenarkan membuka semula akaun Facebook. 

Menurut blog teknologi Zdnet.com, Guez menukar namanya kepada Mark Zuckerberg kerana mahu mengelak dari disaman laman sosial tersebut selepas beliau didakwa menceroboh terma perkhidmatan Facebook. 

“Jika anda mahu saman saya, anda akan menyaman Mark Zuckerberg,” kata Guez yang berani memberi jaminan syarikat laman sosial tersebut tidak akan menyamannya kerana beliau memiliki nama yang sama dengan pengasasnya. 

Sementara itu, Guez turut melancarkan kempen terbarunya menerusi Twitter yang memaparkan identiti barunya sebagai Mark Zuckerberg. – AGENSI 


Butir-butir pasport Rotem Guez (Mark Zuckerberg palsu) 


Jenis-Jenis Perempuan Yang Lelaki Paling Meluat Gila

9 comments:


Macam mana yer, "Jenis-Jenis Perempuan Yang Lelaki Paling Meluat Gila" itu? 

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril 

2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir.. 

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame.. 

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam ayam kau tahu tak 

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying ! 

6. Kau pakai baju nampak sana sini kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa . 

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau tahan sangat pergi rumah tumpangan RM30/nett 

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak punggung kau yang jatuh tu.. 

9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^' 

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian' 

11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun 

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape lah perangai kau 

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang 

14. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah' 

15. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka duck face 

16. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau lah 

17. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan? 

18. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, macam macam..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway 

19. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau 

20. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat tak kisah ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..lagi jahanam hidup kau 

21. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau 

22. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah klip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib.. 

23. Pakai baju sikit lagi nak nampak benda tak senonoh....konon nak bagi nampak sana sini lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak sexy... buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk narakka jahanam 

24. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' nyampah lah sangat 

Sumber: Oh Lawak 


Pemandangan Kokpit Kapal Angkasa Shuttle Atlantis

2 comments:
DEK penerbangan kapal angkasa Shuttle Atlantis dipenuhi butang dan skrin. 


WASHINGTON, Amerika Syarikat - Koleksi gambar kokpit kapal angkasa Shuttle Atlantis milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) didedahkan buat pertama kali kepada umum, lapor akhbar MailOnline kelmarin. 

Ia menunjukkan suasana kompleks di dalam kokpit tersebut yang dipenuhi susunan butang, tombol dan skrin. 

Program kapal angkasa Shuttle NASA berakhir pada Julai lalu dengan Atlantis akan dipamerkan di Pusat Angkasa Kennedy, negeri Florida, bermula penghujung 2012. 

Namun, para pengunjung tidak akan dibenarkan untuk masuk ke dalam kokpit tersebut. - Agensi 




Gua Menyerupai Tengkorak?

2 comments:


LONDON - Beranikah anda memasuki gua mirip tengkorak manusia? Gua di kuari Hodge Close ini dikatakan gua ngeri di Britain. 

Sinonim dengan rupa dan bentuknya, gua di tasik kuari terbengkalai berhampiran Coniston, Cumbria, juga dipercayai berbahaya kerana telah menelan nyawa beberapa penyelam. 

Kolam tersebut mencapai kedalaman 25 meter dan mempunyai terowong sepanjang dua meter persegi. Tempat yang popular di kalangan penyelam itu difahamkan menelan sekurang-kurangnya tiga nyawa sehingga tahun lalu. 

Jurugambar, Peter Bardsley memberitahu, mangsa-mangsa yang terbunuh di situ menemui ajal di dalam terowong yang dipenuhi air selain menyebabkan mereka tergelincir ke bawah. 

"Saya hanya sedar refleksi imej tengkorak ini sewaktu menghasilkan gambar selepas pulang dari menyelam," kata Bardsley. 



Balu Boleh Sewel Jika Tiada Kekasih

No comments:
Gambar hiasan. Sumber: Google 


STOCKHOLM: Satu kajian baru menunjukkan golongan balu yang hidup sebatang kara selama bertahun-tahun selepas kematian pasangan mereka lebih berkemungkinan berdepan masalah mental. 

Berikutan itu, saintis menggalakkan golongan berkenaan untuk kembali mencari cinta selepas kematian pasangan kerana ia dapat merawat kesedihan dan menghalang masalah mental. 

Penyelidik Sweden berkata, lelaki yang berupaya mencari pasangan baru lebih mudah meneruskan hidup dan pulih daripada kesedihan. Bagaimanapun, mereka yang terus bersendirian berada pada risiko paling tinggi berdepan keadaan seperti kemurungan, kebimbangan atau insomnia, dan juga lebih berkemungkinan menggunakan ubat antikemurungan atau ubat tidur. 

Kajian yang pertama seumpama itu dibuat untuk meneliti bagaimana kehilangan pasangan memberi kesan ke atas lelaki, dengan penyelidikan terdahulu ke atas balu menunjukkan peningkatan risiko masalah mental dan fizikal di kalangan mereka yang masih gagal meneruskan hidup. 

Penyelidik dari Universiti Gothenburg menyoal hampir 700 lelaki yang kematian isteri akibat barah. Hasil kajian menunjukkan duda yang menemui pengganti empat atau lima tahun selepas kematian isteri mereka dapat menangani kehilangan itu dengan lebih baik. 

Penulis kajian, Profesor Gunnar Steineck, yang hasil kerjanya disokong oleh Persatuan Barah Sweden, berkata: “Kajian terdahulu menunjukkan orang yang kehilangan pasangan berisiko tinggi berdepan masalah mental jangka pendek. 

“Kajian kami ialah yang pertama menunjukkan risiko masalah mental berlanjutan beberapa tahun, secara purata, ia terhad kepada mereka yang tidak mencari pasangan baru.” 

Ditanya jika hasil kajian membuktikan cinta itu memberi kesan seperti ‘menyembuhkan penyakit’, dia berkata: “Kami perlu lakukan lebih banyak penyelidikan tetapi memang benar sokongan emosi pasangan baru mungkin membantu menghilangkan kesedihan dan melindungi daripada masalah mental. 

“Pada masa sama, ada juga lelaki yang dapat meneruskan kehidupan dengan baik selepas kehilangan pasangan adalah yang paling berkemungkinan menunjukkan minat mencari kekasih baru.” – Agensi 



Cara Letak Iklan Churp Churp Dalam Blog

20 comments:

Sebelum aku cerita panjang-panjang pasal tutorial ini, ingin aku bagitau kat korang semua. Untuk tutorial ini, korang mestilah ada blog korang sendiri dan juga, akaun Churp Churp korang sendiri. Kalau dua-dua takde, tak jadi...hehehe... Tetapi, kalau ada blog, tapi takde Churp Churp, kesian pulak... Lagi pun, best pulak main Churp Churp ni, letak jer iklan dalam blog, kalau ada banyak orang klik, fuhh... alamat, duit masyukkklah jawabnya... Baru la ada semangat nak blogging :)... So, korang yang takde Churp Churp, tersangat-sangatlah dialu-alukan. Macam mana? Cuma KLIK DI SINI. :)  

Follower Ke-200

No comments:

Salam salam.... baru-baru ni (lebih kurang jam 1-2 pagi), SNC Blog baru sahaja mendapat follower bertuah, yang ke-200. Follower bertuah itu, ialah cik Farisha, pemilik blog ★LET'S SHARE IT★. Jadi, sempat jugak review blog milik follower bertuah ini. :) 



Blog ★LET'S SHARE IT★ ini, agak ringkas dari segi penampilannya, tetapi isinya, lebih kepada hal-hal keagamaan untuk kita jadikan renungan dan ingatan bersama. Bila dicheck profile Bloggernya, cik  Farisha  adalah seorang peminat novel dan menggemari muzik K-Pop. Dan juga, ingin menjadi seorang novelis..

OKlah, cukup ni jer la, review ringkas tentang follower bertuah ini dan blognya... Jauh sekali nak taip panjang-panjang dan berkias-kias seperti seorang novelis, cuma sekadar taip apa yang baik dan bagus saja untuk dikongsikan di sini... Akhir kata, jika sudi, pakat-pakat la follow blog di atas tu, yer? :)



Cas Jantung Guna Pencucuh Rokok Kereta

No comments:
Sumber gambar: dailymail.co.uk, lihat video di sini 


LONDON: Seorang bekas fanatik sukan yang mempunyai jantung tiruan terpaksa ‘mengecas’ jantungnya, terutama ketika perjalanan jauh - dengan menggunakan tempat pencucuh rokok kereta. 

Chris Marshall, 50, terpaksa membawa beg berisi bateri dan mengecasnya di palam elektrik apabila tidur setiap malam. 

Tiga tahun lalu, dia mengalami serangan jantung yang hampir meragut ajalnya dan terpaksa menjalani pembedahan untuk membetulkan jantungnya yang rosak dan injap sempit. 

Tahun lalu, kapasiti jantungnya menjunam ke 13 peratus dan sejenis peranti dimasukkan ke dalam tubuh untuk berfungsi sebagai jantung tiruan dan mengepam darah ke seluruh tubuhnya. 

Tetapi, bateri itu hanya bertahan selama empat jam dan Chris terpaksa mengecasnya selalu. 

Jurufoto amatur itu sering melakukan perjalanan jauh dan akan mengecas ‘dirinya’ menggunakan pencucuh rokok kereta untuk memastikan baterinya tidak habis. 

Dia yang juga seorang jurutera televisyen kabel dari Wembury dekat Plymouth, Devon berkata, “Saya akan mengecas setiap kali ada peluang. 

“Peranti ini sangat penting untuk saya tetapi baterinya hanya tahan empat jam jadi saya terpaksa mengecas setiap masa. 

“Apabila saya masuk tidur, saya akan mengecas di palam utama dan sekiranya ia gagal mengecas, jadi nampaknya selamat malam untuk saya.” 

Katanya lagi, “Tenaga saya datang dari bateri ini. Kalau saya memandu ke Cornwall, perjalanan pergi balik saja mengambil masa tiga jam. 

“Jadi, untuk memastikan saya tidak kehabisan bateri, saya akan mengecas menggunakan pencucuh rokok di kereta. Ia tak jadi masalah selagi saya tak perlu ganti untuk mengecas pemandu arah satelit. 

“Saya mungkin satu-satunya orang di Britain yang terpaksa mengecas dirinya menggunakan pencucuh rokok kereta,” katanya. 

Mak Nyah Jadi Pramugari Di Thailand

2 comments:
EMPAT mak nyah yang bertugas sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan 
PC Air ialah Chayathisa Nakmai (kiri), Dissanai Chitpraphachin (dua dari kiri), 
Nathatai Sukkaset dan Phuntakarn Sringern (kanan). - Reuters 


BANGKOK - Empat mak nyah bertugas sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan PC Air bagi laluan Bangkok ke wilayah Surat Thani, Thailand. 

Syarikat penerbangan itu pada mulanya hanya mahu menggaji lelaki dan wanita sebagai pramugari serta pramugari. 

Namun, ia mengubah rancangan selepas menerima lebih 100 permohonan daripada golongan mak nyah. 

Menurut syarikat penerbangan tersebut, kelayakan untuk menjadi pramugari itu adalah sama buat mak nyah iaitu memerlukan ciri-ciri kewanitaan dan mempunyai daya penarik. 

Empat mak nyah itu ialah Chayathisa Nakmai, 24, Dissanai Chitpraphachin, 24, Nathatai Sukkaset, 26, dan Phuntakarn Sringern, 24. - Reuters 



Spesifikasi Penuh Apple iPhone 4S

No comments:

Bermula hari ini, jam 12 pagi tadi, gadget idaman sedunia, Apple iPhone 4s, kini, sudah berada dipasaran Malaysia. Nak tahu lebih lanjut tentang gadget iPhone 4s ini, contohnya, spesifikasi (lihat di bawah post ini), kadar plan khusus untuk gadget popular ini, klik jer mana-mana link kat bawah ini: 

Menu Mewah Telur Ikan Sturgeon Di Switzerland

No comments:
BEBERAPA ikan sturgeon di kolam ikan di Tropenhaus Frutigen, 
Bernese Oberland pada 9 Disember lalu. - Reuters 


FRUTIGEN - Makmal Tropenhaus Frutigen di Bernese Oberland mengeluarkan telur ikan sturgeon Siberia untuk dijadikan makanan pembersih mulut, kaviar yang dijual pada harga 1,275 franc (RM4,298) bagi setiap 250 gram di Switzerland. 

Telur-telur itu dikeluarkan daripada perut ikan betina sturgeon yang dibiakkan di kolam ikan di kawasan pergunungan. 

Ikan-ikan betina yang ditangkap itu akan diimbas untuk memeriksa sama ada telur dalam perut haiwan tersebut sudah matang. 

Selepas didapati matang, perut ikan itu akan dibelah dengan menggunakan pisau bagi mengambil telur tersebut. 

"Ia (mengeluarkan telur ikan itu) seperti membersihkan emas," kata seorang pekerja yang mengeluarkan telur ikan berkenaan, Tobias Felix. 

Kaviar menjadi popular dalam kalangan golongan kaya kerana ia pernah menjadi makanan tsar-tsar yang memerintah Rusia. - Reuters 



Wordless Wednesday : Tunas Manja Kerayong Pada Hari Ahad, 11-12-2011

2 comments:



Sumber gambar : Facebook I ♥ PAHANG


Wordless Wednesday : Angry Birds Mouse

No comments:



Tunas Manja Kerayong Terbakar

1 comment:


BERA - Bangunan Tunas Manja Kerayong yang turut disewa tujuh peniaga lain hangus dalam kebakaran, kira-kira jam 3 pagi semalam. 

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Triang, Manoharan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 3.21 pagi. 

Menurutnya, dua jentera bersama sembilan anggota bergegas ke tempat kejadian dengan bantuan dua lagi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh dan Bomba Sukarelawan Kemayan. 

“Saya tidak pasti bila kebakaran itu berlaku tetapi semasa kami tiba di tempat kejadian, api sudah marak bermula dari tengah bangunan. 

“Memandangkan api marak, kerja memadamkan kebakaran dilakukan pada jarak 10 meter, tambahan pula semua kedai ditutup dengan pintu besi,” katanya kepada Sinar Harian. 

Manoharan berkata, 95 peratus bangunan berkenaan hangus dan tiada apa yang dapat diselamatkan. 

Katanya, kebakaran menyebabkan bahagian bumbung tengah bangunan jatuh ke dalam bangunan. 

Menurutnya, sehingga jam 11 pagi semalam, pihaknya masih melakukan kerja memadamkan bara api dalam setiap premis yang ada. 

“Walaupun api sudah berjaya dikawal tetapi masih kedengaran bunyi letupan kecil dalam bangunan ini. Kawasan ini akan ditutup sementara kepada orang awam sehingga keadaan dijamin selamat,” katanya. 

Pemilik kedai muzik dan cakera padat, Tan Ling Chee berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 4 pagi, menerusi panggilan telefon dari seorang kenalannya. 

“Saya bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan barang dalam kedai, tetapi apabila sampai, api sudah marak. Saya langsung tidak dapat mendekati kedai untuk keluarkan barang. 

“Saya kerugian kira-kira RM150,000, lebih-lebih lagi saya baru menerima stok baru untuk dijual,” katanya. 

Pemilik padang futsal tertutup, Khairul Najmi Ahmad berkata, walaupun premisnya terletak di hujung bangunan Tunas Manja, tetapi dia turut mengalami kerugian melebih RM100,000. 

Menurutnya, hampir 90 peratus barangan dalam premisnya hangus. 

“Apa yang saya usahakan lebih setahun lalu musnah sekelip mata. 

“Saya menyewa dua lot kedai di sini. Semua barang dalam kedai tidak dapat diselamatkan kecuali yang kelihatan tiang gol masih teguh berdiri,” katanya. 



[P/S: rujuk post berkaitan: Pasar Raya Musnah Dalam Kebakaran Di Bera


Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy W

No comments:

Ingin mencari smartphone yang lebih berkuasa, tetapi dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki? Jika yang demikian, Samsung Galaxy W adalah jawapannya... Ingin tahu lebih lanjut, sila KLIK DI SINI

Pasar Raya Musnah Dalam Kebakaran Di Bera

No comments:
Gambar hiasan. Sumber: Google 

BERA: Sebuah pasar raya musnah dalam kebakaran di pekan Kerayong di sini, awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Bera, DSP Zahid Mohamed Noor, berkata kebakaran pada 2.45 pagi itu disedari oleh anggota polis yang menjalankan rondaan di kawasan tersebut apabila ternampak asap dan api dipercayai dari kedai menjual cakera padat yang terdapat dalam pasar raya itu. 

Beliau berkata, anggota polis itu kemudian menghubungi pasukan bomba dan penyelamat sebelum dua jentera bersama 17 anggota dari balai bomba Triang dan Temerloh tiba 10 minit kemudian. 

"Kedai lain yang terdapat dalam pasar raya terbabit termasuk kedai pakaian, kedai makan dan kedai cakera padat serta gelanggang futsal turut musnah dalam kebakaran itu," katanya ketika dihubungi. 

Zahid berkata, kerugian yang dialami pengusaha pasar raya dan tujuh peniaga di bangunan itu masih belum ditaksirkan tetapi dianggarkan melebihi RM1 juta. 

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. 

Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Triang, M Manoharan berkata 95 peratus bangunan itu hangus terbakar. - Bernama 



Hotel Tergantung Di Puncak Gunung

1 comment:


ROM - Bagi anda yang tidak mempunyai masalah gayat, mungkin boleh mencuba hotel di tepi cenuram puncak gunung Mont Blanc, Itali. 

Hotel kabin berbentuk silinder dihasilkan syarikat Itali, Leap, diletakkan pada ketinggian 2,835 meter di gunung tertinggi Eropah itu menggunakan helikopter. 

Menurut Leap, hotel itu disasarkan kepada pendaki gunung yang ingin menetap di bilik berhawa dingin selepas penat mendaki. 

Rekaan mesra alam dengan kos penghasilan 214,000 pound (RM1.05 juta) itu dilengkapi 12 katil, sebuah ruang tamu, dapur dan tandas serta satu tingkap besar menunjukkan pandangan mengagumkan dari puncak gunung Mont Blanc. 

Struktur kayu itu dibina supaya dapat menahan tekanan di kawasan tinggi dan boleh dipindahkan menggunakan helikopter tanpa memberi sebarang kesan buruk kepada alam sekitar. 

Sumber  


Menara Besi Unik Di Taiwan

No comments:


TAIPEI - Bakal menghiasi ruang udara bandar Taichung di Taiwan, struktur besi mengagumkan ini mungkin akan menjadi antara bangunan paling menarik di dunia. 

Menara Taiwan setinggi 305 meter ini akan dihasilkan menggunakan ribuan batang besi dan membentuk struktur segi tiga. Ia akan menempatkan sebuah taman bumbung, iaitu yang tertinggi di dunia untuk dinikmati pelawat. 

Dengan ketinggian sama seperti Menara Eiffel di Perancis, bangunan ini adalah hasil idea arkitek dari Jepun, Sou Fujimoto yang memenangi pertandingan antarabangsa untuk mereka bangunan itu. 

Dijangka siap pada 2017, bangunan dengan kos mencecah 6.59 bilion dolar Taiwan (RM688 juta) itu akan menggunakan tenaga boleh diperbaharui seperti air hujan dan solar untuk keperluan tenaga. 



Mercedes Berhias Emas, Delima Untuk Dijual

No comments:
SEORANG model bergaya dalam kereta Red Gold Dream SLR 
yang dihiasi emas dan batu delima. 


GENEVA, Switzerland - Seorang usahawan Switzerland, Ueli Anlicker mahu menjual sebuah kereta Mercedes-Benz SLR McLaren miliknya yang berhias emas dan delima pada harga AS$11 juta, lapor akhbar MailOnline kelmarin. 

Kerja pengubahsuaian kereta unik itu yang dinamakan Anliker McLaren SLR 999 Red Gold Dream, mengambil masa 30,000 jam dengan kos AS$4.3 juta. 

Menurut Anlicker, dia menerima tawaran daripada beberapa pembeli dari Asia Barat dan China untuk kereta tersebut. 

Kenderaan itu turut dihias dengan emas 14 karat dan 500 butir batu delima sekali gus menjadikan ia unik. 

Setiap rim tayar kereta itu bersadur emas 24 karat, begitu juga kerangka lampu dan bahagian ambang pintu. 

Kereta itu dijana enjin berkapasiti 5.4 liter yang diubah suai untuk menjana 999 kuasa kuda. Ia memiliki kelajuan lebih 336 kilometer sejam. - Agensi 



Jom Padam Gambar Lambang Zionis Israel Dalam Komputer / Laptop Anda

No comments:
Ingat!! Cari gambar bernama J0285926


Assalamualaikum kepada semua umat Islam!!... Minta perhatian semua! Buka komputer / laptop anda, kemudian, pergi ke: 

Local Disk (C) :\ Program Files \ Microsoft Office \ MEDIA \ CAGCAT10 , cari gambar bernama J0285926

Itulah gambar berupa lambang / bendera ZIONIS ISRAEL lengkap (sama dengan warna aslinya) dengan lilin (sarana ibadah mereka). Untuk pengetahuan anda, gambar tersebut ada di seluruh PC dan LAPTOP. Seeloknya, anda terus padamkan (delete) sahaja gambar itu. Minta disebarkan kepada semua saudara Islam. 

(Anda dibenarkan copy mesej ini, jika perlu.) 


‘Pokok Abadi’ Terselamat Daripada Reput

No comments:
Orang ramai berjalan di sepanjang Lebuh Baobab di barat Madagascar, 
dekat Morondava pada 11 November lalu. – AFP 


MORONDAVA, Madagascar – Sebatang jalan di sini dibarisi 313 pokok gergasi dikenali sebagai Baobab yang tumbuh setinggi 20 meter. 

Hidup sejak 800 tahun dahulu, pokok baobab digelar ‘pohon abadi’ di kalangan penduduk tempatan. 

Namun, beberapa tahun lalu, kewujudan tumbuhan tersebut di kawasan ini yang dikenali sebagai Lebuh Baobab terancam. 

"Sebuah kilang gula berdekatan mengalirkan air ke kawasan ini dan penduduk menggunakan air tersebut untuk menanam padi. Akar pokok-pokok baobab mereput akibat ditenggelami air sepanjang tahun,” kata seorang aktivis alam sekitar tempatan, Anselme Tilahimena. 

Menurutnya, nasib pokok-pokok baobab kembali cerah apabila pihak berkuasa mewartakan lokasi berkenaan sebagai kawasan lindungan pada 2007. – AFP  



Video : Biggest Pimple In The World

No comments:

Eee.... Berapa lama dia simpan jerawat tu erk? Sekali picit, bukan setakat nanah jerawat tu aje yang keluar, yang "OMG" ngan 'YUCKKKSSS" pun tak boleh tinggal.... Sampai gitu sekali kroniknya penyakit dia nih.....! Huhuhu.....

(Amaran: Sila tonton video ini dengan risiko anda sendiri.)



Misteri Huruf V Di Kota Nabi Daud

No comments:
SEORANG ahli arkeologi Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Eli Shukron 
melihat huruf V di Kota Nabi Daud dekat Bandar Lama, Baitulmuqaddis. 


BAITULMUQADDIS - Beberapa ukiran batu berusia beribu-ribu tahun lalu dan dibongkar di sebuah tapak ekskavasi di bawah bandar ini menyebabkan ahli-ahli arkeologi keliru. 

Kumpulan penggali Israel menemui beberapa buah bilik yang diukir di dalam batu di kawasan tertua di bandar ini baru-baru ini. 

Pada masa yang sama mereka menemui tanda tiga bentuk V yang diukir sebaris di lantai sebuah bilik berkenaan. Ukiran tersebut sedalam sekitar 5 sentimeter (sm) dan panjang 50 sm. 

Tiada sebarang penemuan lain yang boleh dijadikan petunjuk untuk mengetahui identiti pihak yang membuat ukiran tersebut atau tujuan ia dibuat. 

Seorang pengarah ekskavasi berkenaan, Eli Shukron berkata, ahli-ahli arkeologi terbabit dengan penggalian tersebut gagal mengutarakan sebarang teori kerana kurang berpengetahuan mengenainya. 

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...