Ni apa ceritanya kat sini?

[Pelik] Setem lama gambar kapal terbang terbalik

No comments:
GAMBAR menunjukkan setem kapal terbang terbalik keluaran 1918 yang dicetak semula oleh Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat.
GAMBAR menunjukkan setem kapal terbang terbalik keluaran 1918
yang dicetak semula oleh Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat. 

Riper miliki setem gambar kapal terbang terbalik 

NEW YORK - Seorang pemilik kedai barang kemas, Art Van Riper berasa bangga kerana dia memiliki setem kapal terbang yang terbalik. 

Setem kapal terbang terbalik itu pada asalnya dikeluarkan pada tahun 1918 oleh Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat sebelum ia ditarik balik. 

Jambatan beralun terbesar di dunia bakal dibina di China

1 comment:
JAMBATAN ini bakal menjadi jambatan beralun terbesar di dunia yang diilhamkan oleh tiga arkitek tempatan di China.
JAMBATAN ini bakal menjadi jambatan beralun terbesar di dunia
yang diilhamkan oleh tiga arkitek tempatan di China. 

Jambatan beralun bakal dibina di China 

CHANGSHA - Ekoran bosan dengan jambatan konvensional sedia ada, sepasukan arkitek di China merancang untuk membina sebuah jambatan berbentuk gelombang terbesar di dunia. 

Sebuah akhbar melaporkan, struktur gelombang itu akan dibina sebagai jambatan pejalan kaki merentasi Sungai Limbungan Raja Naga di sini, dalam wilayah Hunan di selatan China. 

Wordless Wednesday : Menguji Madu Asli atau Palsu

No comments:

The Freedom Ship, kapal persiaran dan bandar terapung pertama di dunia (video)

No comments:
Kapal persiaran Freedom Ship yang dilengkapi pusat beli-belah, galeri kesenian, taman akuarium dan lapangan terbang persendirian, bakal mendapat jolokan ‘bandar terapung’.
Kapal persiaran Freedom Ship yang dilengkapi pusat beli-belah,
galeri kesenian, taman akuarium dan lapangan terbang
persendirian, bakal mendapat jolokan ‘bandar terapung’. 

Bandar terapung’ bakal dibina 

Kebiasaannya, kapal persiaran mewah hanya belayar ke sesetengah destinasi yang ditetapkan untuk membawa pelancong. 

Namun, keadaan itu mungkin sedikit berlainan apabila para pelancong kini bakal belayar ke seluruh dunia dengan hanya menaiki satu kapal persiaran sahaja. 

Inilah tandas paling ekstrem di dunia!

2 comments:
TANDAS paling ekstrem di Pergunungan Altai terletak di tebing setinggi 2,600 meter dari paras laut.
TANDAS paling ekstrem di Pergunungan Altai terletak di tebing
setinggi 2,600 meter dari paras laut. 

Tandas dengan pemandangan indah ini dipilih sebagai tandas paling ekstrem di dunia. 

Tandas ini digunakan pekerja di stesen cuaca terpencil di Kara-Tyurek, Pergunungan Altai dan terletak di cenuram setinggi 2,600 meter di atas paras laut. 

Candy Crush dimuat turun 500 juta kali di seluruh dunia

No comments:

Candy Crush dimuat turun 500 juta kali 

LOS ANGELES - Permainan atas talian terkenal, Candy Crush dilapor telah dimuat turun sebanyak setengah bilion kali oleh pemain di seluruh dunia. 

Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan oleh pereka permainan tersebut, syarikat King.com ketika menyambut ulang tahun pertama keluarannya dalam platform gajet mudah alih, di sini baru-baru ini. 

Wordless Wednesday : Scar Wars

No comments:

Alat Odón bantu wanita bersalin lebih selamat

No comments:
ALAT Odón dicipta mekanik kereta warga Argentina yang mungkin boleh digunakan untuk memudahkan proses bersalin.
ALAT Odón dicipta mekanik kereta warga Argentina yang mungkin
boleh digunakan untuk memudahkan proses bersalin. 

Alat Odón bantu wanita bersalin 

Buenos Aires: Seorang mekanik kereta mencipta peralatan berpotensi untuk menyelamat nyawa bayi apabila berlaku kerumitan ketika bersalin. 

Jorge Odón, 59, menghasilkan peralatan itu yang lebih selamat daripada forsep. 

Ciptaan itu yang dikenali sebagai Alat Odón menggunakan sarung diperbuat daripada polyethylene yang boleh mencengkam kepala bayi untuk menariknya keluar dari saluran peranakan. 

E-mel virus ancam pelanggan bank di Britain

No comments:

E-mel virus ugut pelanggan bank 

LONDON: Berjuta-juta emel sudah dihantar kepada pemilik komputer yang juga pelanggan bank di Britain bertujuan melepaskan virus untuk melumpuhkan sistem komputer dan menuntut wang jika mereka mahu terminal kembali pulih. 

Sky News pula menyatakan, penghantaran emel 'spam' itu juga bertujuan mendapatkan butir-butir kewangan mangsa. 
Kami bekerjasama dengan pihak berkenaan dan rakan luar negara untuk mengenal pasti dan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan." Lee Miles, Timbalan Ketua Unit Jenayah Siber Kebangsaan (NCCU) 

Gambar kad pengenalan milik Batman bin Suparman

No comments:
KAD pengenalan yang mengandungi nama warga Singapura, Batman bin Suparman.
KAD pengenalan yang mengandungi nama warga Singapura,
Batman bin Suparman.  

Batman bin Suparman ditangkap 

SINGAPURA - Seorang warga Singapura yang mempunyai nama mirip watak adi wira Superman dan Batman telah dihukum penjara selama dua tahun dan enam bulan kelmarin selepas didapati bersalah melakukan beberapa perbuatan jenayah. 

Menurut beberapa laporan media, nama warga Singapura itu yang tercatat pada kad pengenalannya ialah Batman bin Suparman. 

Pistol cetakan 3-D pertama di dunia (gambar dan video)

No comments:
Pistol cetakan 3-D model .45 ACP 1911 (sumber: Guns.com)
Pistol cetakan 3-D model .45 ACP 1911 (sumber: Guns.com

Cipta pistol daripada mesin pencetak 3-D 

Los Angeles: Sebuah syarikat kejuruteraan di California mendakwa menjadi pengeluar pertama pistol melalui pencetak tiga dimensi (3-D) sambil melancarkan video menunjukkan senjata keupayaannya, semalam. 

Bagaimanapun Solid Concepts menyifatkan ia sebagai perintis dunia perkhidmatan percetakan 3-D berkata. 

[Serius] Fakta tentang "Rokok Tak Sah" yang patut anda ketahui

No comments:
Klik gambar ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang "Rokok Tak Sah" ini.

Salah satu fakta serius yang berkaitan dengan #RokokTakSah ini ialah penyeludupan rokok lebih menguntungkan daripada mengedar dadah! Nak tahu kenapa? Klik jer kat SINI untuk info lanjut. 

Pahang juara Piala Malaysia 2013

No comments:
Matias Conti menjulang trofi Piala Malaysia, bersama rakan sepasukan skuad negeri Pahang, yang bergelar juara selepas menewaskan Kelantan 1-0. (Gambar dari Facebook)
Matias Conti menjulang trofi Piala Malaysia, bersama rakan sepasukan
skuad negeri Pahang, yang bergelar juara selepas menewaskan
Kelantan 1-0. (Gambar dari Facebook) 

Tok Gajah tamat kemarau 21 tahun 

PAHANG menamatkan penantian selama 21 tahun bagi menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini, malam ini. 
   
Penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti muncul wira skuad Tok Gajah selepas menyumbat gol tunggal menerusi tandukan pada minit ke-58 selepas memanfaatkan hantaran daripada Azamuddin Mohd Akil. 
 

Rokok elektronik bersalut berlian bernilai RM2.8juta

No comments:
ROKOK elektronik berhias berlian dan pelbagai permata mahal dipesan seorang ahli perniagaan tidak dikenali.
ROKOK elektronik berhias berlian dan pelbagai permata mahal dipesan
seorang ahli perniagaan tidak dikenali. 

Rokok elektronik bernilai RM2.8j 

Moscow: Seorang ahli perniagaan menghadiahkan rokok elektronik bersalut berlian kepada kekasihnya untuk meraikan sambutan ulang tahun kelahiran wanita itu, lapor media semalam. 

Rokok elektronik itu bernilai £550,000 (RM2.8 juta) dan ditempah khas seorang bilionair minyak Russia yang menetap di London tetapi tiada butiran mengenainya didedahkan. 

Wordless Wednesday : Pantun Dalam Toilet

No comments:

[Lawak] Kenapa mesin ATM mogok?

No comments:

Pulak dah... hehehe 

8 Petua Berhenti Merokok

No comments:

8 Petua Berhenti Merokok 

1. Melengah-lengah 
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti†setiap kali anda ingin merokok. 

2. Menarik Nafas Panjang 
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan. 

Labu gergasi 900kg dari California (video)

No comments:

Labu 900kg juara pertandingan 

Napa: Seorang penduduk tempatan yang berjaya menghasilkan labu seberat 900.4 kilogram(kg) menang dalam acara tahunan pertandingan labu terberat dunia Safeway di Half Moon Bay, kelmarin. 

Buah labu itu milik Gary Miller yang memenangi hadiah AS$11,910 (RM38,469). Berat buah labu itu juga adalah yang terberat dalam tempoh 40 tahun, kata jurucakap pertandingan, Tim Beeman. 

Gambar : Lelaki dengan hidung baru tumbuh di dahi

No comments:
HIDUNG baru Xiaolian.
HIDUNG baru Xiaolian. 

Hidung baru atas dahi 

Beijing: Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya. 

Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian. 

Wordless Wednesday : Solat...

No comments:

Cara Atasi Masalah Alarm Pada Proton Saga FL / FLX

1 comment:

Jika pengguna Proton Saga FL (/FLX) menghadapi masalah Alarm berbunyi sebanyak lima kali, terutamanya semasa anda mengunci (lock) kereta anda. TOLONG buka boot kereta belakang dan tutup balik. Mungkin sensor di boot belakang di kesan tidak di tutup dengan sempurna. Tutup boot dengan kadar biasa. Tak perlu ditutup dengan kuat. Selepas itu, sila tekan balik butang lock di kunci kereta anda. Insyallah bunyi alarm itu tidak berbunyi lagi. Nah, sekarang selesai masalah alarm kan. 

[Dipetik dari : Blog Shaffik

Iklan TV dari Thailand buat penonton YouTube terharu (video)

1 comment:
Satu daripada babak dalam iklan telekomunikasi syarikat True Move H, menunjukkan seorang peniaga lelaki (tengah) memberikan wang kepada pemilik farmasi (kanan) bagi membayar harga ubat yang dicuri seorang budak lelaki (kiri).
Satu daripada babak dalam iklan telekomunikasi syarikat True Move H,
menunjukkan seorang peniaga lelaki (tengah) memberikan wang kepada
pemilik farmasi (kanan) bagi membayar harga ubat yang dicuri seorang
budak lelaki (kiri).  

Iklan sedih tarik perhatian 

BANGKOK - Sebuah iklan syarikat telekomunikasi Thailand yang dimuat naik di YouTube dan ditonton lebih 3.5 juta kali, membuatkan penonton di seluruh dunia terharu selepas menghayati mesej yang disampaikan. 

Iklan selama tiga minit itu yang dihasilkan oleh syarikat True Move H, turut menerima beratus-ratus komen yang positif dan mendapat lebih 400,000 'like' daripada penonton. 

Wordless Wednesday : Ducky Rice

1 comment:

Wordless Wednesday : Mom, can I have this kitty?

No comments:

Cara Buat Perangkap Nyamuk Yang Mudah Dan Senang

2 comments:


Cara Buat Perangkap Nyamuk Yang Mudah Dan Senang. 

Apa yang kita perlukan ialah: 

200 ml air 
50 gram gula perang (gula merah) 
1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) 
1 botol plastik 2 liter 

Motosikal kulit udang karang dari Taiwan (video)

1 comment:
PENGUNJUNG terpesona dengan motosikal udang karang Huang Mingbo.
PENGUNJUNG terpesona dengan motosikal udang karang
Huang Mingbo. 

Motosikal guna kulit udang karang 

Taipei: Seorang tukang masak menghasilkan ciptaan menarik menggunakan kulit udang karang untuk menghasilkan motosikal miniatur sempena pameran seni makanan Fujian. 

Wordless Wednesday : Cover Me

No comments:

Hospital minta darah wanita dara untuk kajian perubatan

No comments:
Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

Mahu sumbangan darah wanita dara 

Beijing: Tindakan sebuah hospital di sini meminta sumbangan darah daripada wanita sihat yang masih dara untuk kegunaan penyelidikan perubatan dikecam dan disifatkan sebagai menghina wanita. 

Media kerajaan semalam melaporkan Hospital Kanser Universiti Peking berkata, ia memerlukan darah 100 wanita masih dara berusia antara 18 hingga 24 tahun untuk kajian mengenai virus papilloma manusia (HPV) yang biasanya dijangkiti melalui hubungan seks, lapor China Daily. 

Walaupun namanya panjang, wanita Hawaii ini berkeras mahu digunakan dalam kad pengenalan

No comments:
HANYA nama akhir Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele dicatat pada lesen memandunya.
HANYA nama akhir Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele dicatat pada
lesen memandunya. 

Wanita berang diminta pendekkan nama 

HONOLULU, Hawaii - Seorang wanita di sini mendakwa dibuli oleh pihak berkuasa apabila dia diminta menggunakan nama pendek dalam kad pengenalannya. 

Nama wanita berkenaan, Jenice Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele memiliki 35 abjad. 

Lelaki Habsyah dakwa umur lebih 160 tahun

No comments:
Dhaqabo Ebbaa
Dhaqabo Ebbaa (sumber gambar : oromianeconomist

Dakwa umur lebih 160 

Addis Ababa: Sesiapa saja yang melihat lelaki yang bernama Dhaqabo Ebbaa pasti bersetuju peladang dari Habsyah ini sudah amat tua. 

Ebba sendiri mengatakan usianya sudah menjangkau 160 tahun walaupun tidak memiliki sijil kelahiran bagi membuktikannya. 

Menara domino tertinggi di dunia

No comments:
HOLMES tersenyum melihat menara domino yang dibinanya.
HOLMES tersenyum melihat menara domino yang dibinanya. 

Jurutera bina domino tertinggi di dunia 

LONDON - Seorang jurutera, Tom Holmes berjaya membina sebuah menara domino tertinggi di dunia, sekali gus mencatat satu rekod baharu dalam Guinness Book of Records, lapor akhbar Mirror kelmarin. 

Holmes mengambil masa selama tujuh jam untuk membina struktur menara tersebut yang lebih tinggi daripada sebuah bas di London dengan dengan menggunakan 2,688 keping domino. 

Gambar budak diacu pistol oleh wanita tersebar di Facebook

No comments:
FOTO yang dikongsi di Facebook ini mengejutkan ramai pengguna laman sosial.
FOTO yang dikongsi di Facebook ini mengejutkan ramai pengguna
laman sosial.  

Kepala budak diacu pistol 

London: Imej mengejutkan yang menunjukkan seorang wanita mengacu pistol ke kepala seorang kanak-kanak mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan mangsa. 

Foto itu dikongsi di laman media sosial ratusan kali sejak ia mula dimuat turun baru-baru ini. Pengguna laman web terdesak untuk mengenal pasti wanita dan kanak-kanak itu bagi memaklumkan kepada pihak berkuasa. 

Armadillo-T, kereta 'tenggiling' berkuasa elektrik dan boleh dilipat (video)

No comments:
KERETA Armadillo-T melipat bahagian belakang badan dekat Institut Sains dan Teknologi Lanjutan Korea (KAIST) di Daejeon, Seoul kelmarin.
KERETA Armadillo-T melipat bahagian belakang badan dekat Institut
Sains dan Teknologi Lanjutan Korea (KAIST) di Daejeon, Seoul kelmarin. 

Kereta Armadillo-T boleh dilipat 

DAEJEON, Korea Selatan - Dengan hanya satu klik pada telefon pintar anda, kereta prototaip elektrik, Armadillo-T buatan Korea Selatan mampu memarkir dan melipatkan dirinya di ruang tempat letak kereta, sekali gus memberi lebih ruang di bandar-bandar yang sesak. 

Kereta unik berkapasiti dua tempat duduk itu dinamakan sempena nama tenggiling. 

Awas! Jika anda terima kad bisnes dari seseorang yang tidak dikenali....

No comments:

Berhati-hati dengan jenayah terbaru di Malaysia! Sila share kan sebanyak mungkin untuk kebaikan bersama. 

Ini telah dihantar asalnya oleh seorang anggota polis Malaysia pada FB. Berkongsilah dengan semua orang yang anda tahu, terutamanya isteri, adik-beradik anda, kawan-kawan perempuan dan rakan-rakan. 

Wanita 'curi' balik basikal sendiri daripada pencuri

No comments:
Kayla Smith bersama basikal miliknya.
Kayla Smith bersama basikal miliknya. 

‘Curi’ basikal daripada pencuri 

Vancouver: Seorang wanita tempatan Kayla Smith mempunyai cara tersendiri menghadapi pencuri basikalnya. 

Kayla kehilangan basikalnya yang berharga $1,000 (RM3,118) ketika diparkir dekat Kampung Olimpik minggu lalu. 

Awas! Teknik baru perompak jalanan

No comments:


PERHATIAN...!!!! 
Pesanan dari Polis Diraja Malaysia. 

Jika anda memandu di waktu malam dan cermin kereta dilempar telur... jangan pasang wiper atau pancut air.... Teruskan pemanduan dengan apa yang mampu dilihat sehingga anda tiba di tempat selamat... Ini kerana telur ayam bercampur air akan menjadi seperti SUSU dan akan kaburkan 92.5% tahap penglihatan anda dan memaksa anda berhenti untuk membersihkannya. Ketika inilah anda akan menjadi mangsa rompakan. Ini adalah teknik baru yang digunakan oleh perompak jalanan. 

MOHON SHARE... 
mungkin ia akan dapat menyelamatkan rakan2...keluarga dan orang tersayang anda dari menjadi mangsa perompak2 yang semakin hari semakin licik... 

[Sumber

Colonel Meow, kucing berbulu paling panjang di dunia (video)

No comments:
Colonel Meow
Colonel Meow 

Kucing Himalaya-Parsi miliki bulu paling panjang di dunia 

LOS ANGELES - Seekor kucing baka kacukan Himalaya-Parsi bakal diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai kucing berbulu paling panjang di dunia. 

Kucing bernama Colonel Meow yang dibela oleh Anne Marie Avey dan Eric Rosario di Los Angeles itu mempunyai bulu sepanjang 23 sentimeter, dijangka mencatat rekod terbabit yang akan diisytiharkan pada bulan depan. 

Keunikan restoran bertema hospital di Latvia (video)

No comments:
DUA pelayan berpakaian seperti jururawat menunjukkan juadah yang terdapat di Restoran Hospitalis di Latvia.
DUA pelayan berpakaian seperti jururawat menunjukkan juadah
yang terdapat di Restoran Hospitalis di Latvia. 

Restoran bertema hospital di Latvia 

RIGA - Sebuah restoran yang bertema hospital dibuka di Latvia baru-baru ini bagi memancing pelanggan yang meminati kerjaya sebagai doktor dan jururawat, lapor akhbar Daily Mail kelmarin. 

Tanda-Tanda Seseorang Ada BUASIR

No comments:

Tanda-Tanda Seseorang Ada BUASIR 

1. Bengkak di dubur yang ketara. 
2. Gatal pada lubang dubur. 
3. Kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar. 
4. Berdenyut-denyut. 
5. Sukar membuang air besar. 
6. Berasa tidak selesa selepas berdiri lama atau mencangkung. 
7. Keluar darah ketika membuang air besar. 

[Sumber

Wordless Wednesday : Cara Paling Kreatif Nak Troll Member Semasa Tidur

1 comment:

Pelik! Rambut wanita jadi barang curi di Venezuela

2 comments:

Kumpulan penjenayah curi rambut wanita 

Maracaibo: Kebanyakan orang bimbang menjadi sasaran serangan untuk mencuri telefon atau beg tangan mereka. 

Bagaimanapun, penjenayah di bandar di Venezuela ini menyasarkan sesuatu yang agak pelik. 

Bapa dan anak hilang selama 40 tahun ditemui dalam hutan (video)

No comments:
GAMBAR menunjukkan Ho Van Lang (bercawat), sejurus selepas dibawa keluar dari hutan.
GAMBAR menunjukkan Ho Van Lang (bercawat), sejurus selepas
dibawa keluar dari hutan. 

40 tahun sembunyi dalam hutan

Hanoi: Seorang bapa dan anaknya ditemui tinggal di dalam hutan di Vietnam 40 tahun selepas mereka menghilangkan diri ketika perang negara itu dengan Amerika Syarikat. 

Ho Van Thanh dan anaknya Ho Van Lang melarikan diri dari kampung mereka selepas serangan bom Amerika Syarikat membunuh tiga anggota keluarga mereka. 

Penerjun 'Superman' beraksi di Barcelona (video)

No comments:
MICHAL NAVRATIL melakukan terjunan dengan memakai kostum Superman pada Kejohanan Terjun Dunia di Barcelona, Sepanyol semalam.
MICHAL NAVRATIL melakukan terjunan dengan memakai kostum
Superman pada Kejohanan Terjun Dunia di Barcelona, Sepanyol semalam. 

Penerjun pakai kostum Superman 

BARCELONA - Seorang penerjun pada Kejohanan Terjun Dunia berpakaian seperti adi wira Superman sebelum melakukan terjunannya di Barcelona, Sepanyol, lapor akhbar Daily Mail semalam. 

Michal Navratil yang mengimpikan mahu terbang seperti watak kartun adi wira kegemarannya sewaktu kecil itu bertindak memakai kostum watak Superman ketika melakukan terjunan pada kejohanan berkenaan. 

Jom layan LAGU RAYA dari FAIZAL TAHIR !

No comments:
Klik gambar ini untuk melihat VIDEO lagu raya daripada Faizal Tahir !

Saksikan tayangan perdana muzik video lagu Hari Raya 'Syukur' daripada Faizal Tahir!  -------> ( KLIK SINI ) #AzamRayaWatsons

Honda EX5 Dream 110 - generasi ketiga Honda EX5

No comments:
Honda EX5 Dream 110
Honda EX5 Dream 110 

Honda EX5 generasi ketiga 

TAHUKAH anda, Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang memiliki jangka hayat sebuah produk motosikal jenama Honda paling panjang. 

Model itu cukup popular sehingga berjaya menambat hati pengguna domestik daripada segenap lapisan masyarakat sejak 26 tahun lalu. 

Apa lagi jika bukan Honda EX5. EX5 diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 1987 oleh Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda). 

Kerana 'cinta' sepasang anjing, pemiliknya bertemu jodoh

2 comments:
GAFFEY dan Claire bersama anjing mereka.
GAFFEY dan Claire bersama anjing mereka. 

Anjing bawa jodoh 

London: Semuanya bermula gara-gara sepasang anjing milik dua individu cacat penglihatan, Venice dan Rodd. 

Kedua-dua anjing itu dibawa pemilik mereka menghadiri latihan selama dua minggu dan akhirnya haiwan berkenaan menjadi rapat. 

Keadaan itu kemudian mendorong pemilik Venice, Claire Johnson, 50, berkenalan dengan tuan Rodd, Mark Gaffey, 52. 

Bersolek sambil memandu jadi punca kemalangan?

No comments:
Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

Asyik bersolek punca kemalangan 

London: Hampir separuh daripada wanita mengakui mereka mengenakan solekan ketika memandu terutama disebabkan terlewat bangun hingga menyebabkan kemalangan berlaku. 

Kira-kira 46 peratus mengakui melakukan solekan, kebanyakannya ketika berhenti di lampu isyarat atau ketika dalam kesesakan. 

Sebanyak 43 peratus pula melakukannya walaupun mengetahui perkara itu adalah salah. 

Cara iPhone digodam selama 60 saat (video)

No comments:

Hanya 60 saat godam iPhone 

Las Vegas: Tiga penyelidik menunjukkan bagaimana sebuah pengecas boleh digunakan untuk menggodam iPhone atau iPad dalam masa tidak sampai 60 saat. 

Pendedahan itu tentu membimbangkan pengguna iPhone dan iPad dan ditunjukkan dalam konvensyen tahunan Black Hat membabitkan 7,000 penggodam dan pakar keselamatan yang membincangkan teknik godam terbaru. 

Saintis cipta gigi guna air kencing

No comments:

Cipta gigi guna sel air kencing manusia 

Beijing: Penyelidik di Institut Bioperubatan Dan Kesihatan Guangzhou berkata, mereka berjaya mencipta gigi menggunakan sel air kencing manusia. 

Menurut saintis di situ, air kencing manusia mengandungi sel yang berpotensi dijadikan enamel, pulpa dan komponen lain bagi gigi sihat.  

Kenapa budak ni goreng telur kat tepi jalan ?

2 comments:
Seorang kanak-kanak menggoreng telur dan udang di tepi jalan ketika tengah hari dalam timur wilayah Shandong, China.
Seorang kanak-kanak menggoreng telur dan udang di tepi jalan ketika tengah hari
dalam timur wilayah Shandong, China. 

Goreng telur di atas jalan raya 

ANDA tidak perlukan dapur serta api untuk menggoreng udang atau telur.  Di China, penduduk boleh memasak telur dan makanan laut hanya di tepi jalan. 

Menurut laporan AP, tahun ini, cuaca panas yang meningkat secara mendadak iaitu mencecah suhu 40 darjah Celsius di 40 buah bandar dan daerah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di China. 

Subhanallah... Siak surau temui ajal ketika sujud

2 comments:
Jemaah surau sedang melihat keadaan jasad Roslan yang masih bersujud ketika meninggal.
Jemaah surau sedang melihat keadaan jasad Roslan yang masih bersujud ketika 
meninggal. 

Siak meninggal dalam keadaan bersujud 

SHAH ALAM - Pengguna media sosial semalam, digemparkan dengan kisah seorang ahli jawatankuasa yang juga siak Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi yang meninggal dunia dalam keadaan bersujud di surau berkenaan. 

Video : Puasa 2 (oleh Faradyable)

No comments:

Profesor universiti di Jepun cipta robot kaligrafi (video)

No comments:
SEORANG budak lelaki mencuba robot kaligrafi di sebuah bengkel sains untuk murid sekolah rendah di Universiti Keio, Yokohama, dekat Tokyo, Jepun kelmarin.
SEORANG budak lelaki mencuba robot kaligrafi di sebuah bengkel sains
untuk murid sekolah rendah di Universiti Keio, Yokohama, dekat Tokyo,
Jepun kelmarin. 

Robot ajar tulisan kaligrafi di Jepun 

TOKYO - Khuatir seni kaligrafi Jepun akan pupus, seorang saintis di sini mencipta sebuah robot kaligrafi bagi memudahkan rakyat negara itu menguasai tulisan tersebut. 

Robot itu dibina dengan beberapa enjin dan satu tangan mekanikal yang disertakan sebatang berus. Ia mampu menulis seperti seorang pakar kaligrafi. 

Alamak! Honda Accord naik beca lah !

No comments:
KERETA Honda Accord yang dibawa menggunakan beca.
KERETA Honda Accord yang dibawa menggunakan beca. 
Kereta naik beca 

Beijing: Seorang pemilik beca di utara China mengejutkan pengguna jalan raya apabila mengayuh kenderaan itu dengan membawa sebuah kereta di atasnya. 

Kereta Honda Accord yang remuk dengan berat melebihi 1.5 tan diimbangkan dan diikat di bahagian penumpang. 

Pembawa beca itu hanya mengayuh becanya untuk membawa kenderaan berkenaan di sepanjang jalan raya di Shijiazhuang, wilayah Hebei. [Sumber

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...