Ni apa ceritanya kat sini?

Kereta Mampu Baca Fikiran Manusia

No comments:

TEKNOLOGI automotif dibangunkan untuk mencipta 
persekitaran pemanduan yang lebih selamat di jalan raya. 


GENEVA, Switzerland - Gergasi automobil Jepun, Nissan dan sebuah universiti di Switzerland sedang membangunkan kereta yang mampu mengimbas fikiran manusia dan membuatkan kenderaan tersebut bersedia untuk langkah seterusnya. 

Amazon Perkenal Tablet Terbaharu Kindle Fire

No comments:

PENGANALISIS melihat kemunculan Kindle Fire boleh 
membuatkan pengeluar komputer tablet yang lain seperti 
Apple dan Samsung menurunkan harga produk mereka. 


NEW YORK - Amazon kelmarin memperkenalkan komputer tablet sesentuh keluarannya yang akan dijual di Amerika Syarikat (AS). 

Kindle Fire yang mempunyai fungsi seumpama iPad keluaran Apple itu dijual pada harga $199 (RM635), separuh harga lebih murah berbanding iPad yang ada di pasaran sekarang. 

Jom Tambah Follower

No comments:


Blogger Lulu Caldina nak mengajak semua blogger untuk tambah follower. 
Apa lagi, jom ar join! Tutup, hari Jumaat, jam 3 petang. (Eh, hari nilah!!). 

Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut. Sekian... 



p/s: entry last minit...huhuhu 


Hati-Hati Guna Cyber Cafe !!

No comments:


Hal yang sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe... 

Ok, sebelum korang guna PC.. 1st, check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak..

Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yang terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yang telah diketik oleh keyboard itu... 

Mati Dengan Mata Terbuka

No comments:

PIHAK pendakwa raya mendedahkan gambar mayat 
Michael Jackson dalam sesi perbicaraan di Mahkamah 
Tinggi Los Angeles kelmarin. - AFP 

LOS ANGELES - Hujah pembukaan bermula kelmarin di sebuah mahkamah di sini dalam perbicaraan ke atas seorang doktor yang dituduh membunuh Raja Pop, Michael Jackson. 

Seorang pendakwa raya menyatakan kepada juri bahawa penyanyi itu menyalahletakkan keyakinan terhadap doktor itu, Conrad Murray yang menyebabkan kematiannya. 

Dalam bilik Mahkamah Tinggi Los Angeles, satu gambar mayat penyanyi itu di atas katil sebuah hospital didedahkan. 

Kucing Miliki Dua Wajah

No comments:

SEEKOR kucing memiliki dua wajah di Massachusetts 
akan berusia 12 bulan dalam bulan ini. 

CONWAY, Amerika Syarikat (AS) - Seekor kucing di Massachusetts, AS memiliki dua wajah dan diberi nama Frank dan Louie. 

Haiwan itu yang berusia 12 tahun dalam bulan ini merupakan kucing yang memiliki dua wajah paling lama pernah hidup di dunia, kata seorang jurucakap Guinness World Records, Sara Wilcox kelmarin. 

Kucing itu mempunyai dua mulut, dua hidung dan tiga mata. 

Haiwan itu mempunyai satu otak. - Reuters 



Follower Blog Ke-100

No comments:
Gambar Hiasan. (sumber: Google) 

Sebenarnya, ni ler first time aku buat entry pasal review follower blog ini. Ye la, dah biasa sangat jumpa entry camni kat mana-mana blog yang aku follow.... Sebabnya, pada hari ni (Rabu), follower blog ini dah mencapai angka ke-100, itu pun tak sampai 2 tahun aku terjebak ke dunia blogging, hehehe... Kalau blogger lain, yang jenis aktif blogwalking dan suka follow memollow blog orang, kejap jer dah dapat follower sebanyak itu... Ok lah, kita balik semula, cerita pasal follower bertuah ni.... 

Wordless Wednesday : Aik? Selamber Jer...

No comments:



Wordless Wednesday : "Adik Encem Tak?"

1 comment:



Kecoh Gelang Kunci Hitler Dijual Di Taiwan

No comments:

SEORANG pelanggan memegang gelang kunci yang memaparkan 
wajah seperti Hitler di sebuah kedai 7-Eleven di Taipei semalam. 

TAIPEI - Gelang kunci yang memaparkan wajah bekas pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler di kedai-kedai 7-Eleven di Taiwan menyebabkan Kedutaan Israel di sini menyatakan ia sesuatu yang mengerikan. 

Universiti AS Bersikap Perkauman

No comments:
[Sather Gate at UC Berkeley - Source: Google] 

CALIFORNIA - Satu kumpulan penuntut di sebuah universiti di California, Amerika Syarikat mencetuskan kontroversi berhubung rancangan mereka untuk mengenakan bayaran mengikut etnik dan jantina pembeli dalam satu jualan kek, hari ini. 

Kubur Beca Di Dhaka

No comments:

KAWASAN Mirpur di Dhaka menjadi tempat 
buangan beribu-ribu buah beca. - Agensi  

DHAKA, Bangladesh - Sakit mata memandang! Begitulah pemandangan beribu-ribu buah beca yang ditinggalkan begitu saja di sebuah kawasan lapang di bandar raya ini, lapor sebuah akhbar semalam. 

Kawasan Mirpur di sini yang digelar 'kubur beca', menyimpan lebih 15,000 buah kenderaan itu dengan hampir semuanya dijana kuasa kayuhan. 

Kenderaan beroda tiga itu semakin terpinggir di sini ekoran ramai pengusaha beca kini lebih gemar menggunakan beca elektrik yang diimport dari India. 

Selain kurang memenatkan, beca elektrik lebih digemari kerana ia boleh membawa hingga enam penumpang berbanding beca tradisional yang cuma boleh dinaiki oleh tiga orang. - Agensi 



Undang-Undang Pelik

No comments:

Gambar hiasan. (Sumber: Google) 

Memandu tanpa baju, membayar menggunakan wang syiling dan mengunyah gula-gula getah boleh mendatangkan masalah antara anda dan pihak berkuasa di seluruh dunia. 

Buat Pengguna Facebook, Sila Baca Di Sini. Penting Ni!

No comments:


"KEPADA SEMUA KAWAN2 & AHLI KELUARGA SAYA DI FACEBOOK, 

Facebook Tarik Minat Syarikat Rakaman Muzik

No comments:

MARK ZUCKERBERG mengumumkan perkhidmatan terbaharu Timeline 
pada persidangan Facebook f8 di San Francisco, California kelmarin. 

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Syarikat rakaman dan media meletakkan harapan baharu untuk memajukan perniagaan mereka ekoran penambahan kolum Ticker pada profil pengguna oleh Facebook. 

Hamparan Rumput Di Atas Jalan Raya

No comments:

SEJUMLAH penduduk bermain di atas hamparan rumput 
di atas sebatang jalan raya di Vienna, Austria. - Reuters 

VIENNA - Sejumlah penduduk duduk dan bermain di atas sebatang jalan raya yang diletakkan hamparan rumput di bandar raya ini kelmarin. 

Hamparan rumput itu diletakkan oleh beberapa kumpulan alam sekitar bagi meraikan Hari Tanpa Kereta Sedunia yang diraikan pada setiap tahun. 

Para aktivis alam sekitar kemudian bergambar dengan membawa pelbagai sepanduk yang menentang kesesakan jalan raya di bandar raya ini. 

Mereka menyekat sebatang jalan raya yang sibuk dengan meletakkan hantaran rumput tersebut di sebatang jalan raya yang sibuk di bandar raya ini. - Reuters 



Neutrino Lebih Laju Daripada Cahaya

No comments:

GAMBAR menunjukkan bangunan Pusat Penyelidikan 
Nuklear Eropah pada 30 Mac 2010. 

PARIS, Perancis - Sekumpulan ahli fizik melaporkan kelmarin bahawa sejenis partikel yang yang dinamakan neutrino boleh bergerak lebih laju daripada cahaya. 

Tutorial Pasang Widget "Total Posts And Comments" Dalam Blog

No comments:

Pengguna Tidak Berpuas Hati Dengan Facebook

No comments:

GAMBAR fail menunjukkan Mark Zuckerberg di ibu pejabat 
Facebook di Palo Alto, California pada 5 Februari 2007. 

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Para pengguna Facebook kelmarin memberi reaksi tidak puas hati tentang beberapa pembaharuan yang dilaksanakan di laman rangkaian sosial tersebut. 

Dua Kanak-Kanak Sepupu Ada Kuasa Magnet

No comments:
BEBERAPA susu, garpu dan pinggang melekat pada dada dan perut Luka Lukic. 
DADA David Petrovic dipenuhi dengan sudu dan garpu di Gornji Milanovac,
Belgrade, Serbia. 

BELGRADE - Kehebatan dua kanak-kanak telah menarik perhatian orang ramai kerana mereka mempunyai kuasa magnet apabila beberapa sudu dan garpu melekat di badan masing-masing. 

David Petrovic, berusia empat tahun dan sepupunya, Luka Lukic, berusia enam tahun menunjukkan keistimewaan mereka dengan melekatkan logam pada badan masing-masing. 

Ibu Petrovic, Sanja memberitahu, dia mula mengetahui kelebihan yang dimiliki oleh anaknya itu pada bulan lalu. 

"Saya meminta Petrovic mengambil sudu untuk menyuap makanan kepada adiknya. Kemudian dia menjerit sambil memberitahu, ibu ia melekat. 

"Saya melihat beberapa sudu dan garpu melekat di badannya," katanya. 

Takut dengan keadaan itu, Sanja, 26, yang tinggal di bandar Gornki Milanovac memanggil kakaknya dan mendapati anak saudaranya iaitu Lukic turut mempunyai kelebihan yang sama. - Agensi 

Sumber  


Petani China Cipta Jentera Terbang

No comments:

SU MANSHENG menghidupkan enjin jentera 
terbangnya di depan rumahnya di Dashu, China semalam. 

BEIJING - Seorang petani tempatan, Shu Mansheng mencipta sebuah jentera terbang buatan sendiri di rumahnya di Dashu, pinggir Wuhan, China. 

Jentera yang diciptanya itu mempunyai besi di sekelilingnya. 

Kos untuk membina jentera itu ialah AS$3,135 (RM9,804) yang merupakan model yang kelima dibuat oleh Mansheng. 

Diameter jentera itu ialah 5.5 meter dan dijana dengan lapan enjin motosikal. 

Petani itu mencipta jentera tersebut yang boleh bergerak ke udara kira-kira satu meter dari tanah dalam satu ujian penerbangan baru-baru ini. - Reuters 


Ferrari Pertama Pacuan Empat Roda

No comments:

PELUMBA kereta Itali, Giancarlo Fisichela berdiri di tepi kereta 
Ferrari Four di bilik pameran syarikat tersebut di Bucharest, Romania kelmarin. 


BUCHAREST - Model kereta Ferrari pertama yang menggunakan sistem pacuan semua roda diperkenalkan secara rasmi di Romania kelmarin. 

Korang Nak Tahu Jantina Laptop/PC Korang?

No comments:

Meh check rahsia jantina laptop/pc korang..
  1. buka"notepad",
  2. tulis ---> CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
  3. save as i love you.vbs
  4. pastu tutup file tu dan double click file tu....

Korang akan terdengar bunyi "i love you"....
Tentukan jantina komputer anda melalui bunyi...
Selamat mencuba....



Wordless Wednesday | Funny Faces

No comments:

Wordless Wednesday | Styles Of Beards

No comments:




Paku Tertusuk Ke Dalam Kepala

No comments:

GAMBAR X-ray menunjukkan sebatang paku tertusuk ke dalam kepala Dina. 

URUMQI, China - Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun, Dina dibedah di sebuah hospital di sini untuk mengeluarkan paku sepanjang lima sentimeter di kepalanya, lapor sebuah akhbar kelmarin. 

Kejadian itu berlaku selepas seorang pekerja pembinaan di rumah ibu Dina di wilayah Xinjiang tertembak sebatang paku dengan menggunakan pistol paku ke arah kepala budak perempuan tersebut semasa sedang bekerja. 

Sebelum itu, dia secara berjenaka mengacukan pistol tersebut ke arah sekumpulan kanak-kanak termasuk Dina sambil berkata: "Pergi jauh-jauh". 

"Dia menjerit dan kami dapat melihat lubang kecil pada kepalanya dengan darah mengalir keluar. Bapanya segera membawanya ke hospital," kata ibu Dina, Ha Mina. - Agensi 



Trend Baharu Bergambar Dalam Tandas

No comments:

SALAH satu aksi terbaharu meniarap di dalam tandas. 

LONDON - Terdapat trend terbaharu dalam kalangan pengguna rangkaian sosial seperti Facebook iaitu bergambar dengan kepala berada dalam mangkuk tandas, lapor sebuah akhbar semalam. 

Pengguna-pengguna rangkaian sosial itu yang terdiri daripada lelaki dan wanita juga melakukan aksi seperti meniarap di dalam tandas. 

Ia merupakan trend terbaharu selepas bergambar dalam keadaan meniarap di pelbagai lokasi, bertenggek seperti burung hantu dan berdiri dalam keadaan terbalik seperti kelawar. - Agensi 



Jom Lepak Dengan Lisa Surihani, Aizat dan Shaheizy Sam Dengan #DiGiYouths!

No comments:

Korang tak teringin ker nak lepak ngan Lisa Surihani, Aizat atau Shaheizy Sam ke? Kalau nak try ler kat sini: 



Pewarna Daripada Serangga Cochineal

No comments:

SEORANG peladang menuai serangga cochineal 
menggunakan bilah-bilah logam. 

IA hanyalah serangga kecil yang bersaiz seperti pepijat. Serangga yang dikenali dengan nama cochineal dan berguna untuk menghasilkan pewarna merah tua semula jadi itu mula diternak oleh para pengusaha di Kepulauan Canary di Sepanyol. 

Lidah Manusia Paling Panjang Di Dunia

No comments:

CHANEL TAPPER memiliki lidah manusia paling panjang di dunia. 

LOS ANGELES - Seorang pelajar di California, Amerika Syarikat memiliki lidah paling panjang di dunia dengan ukuran 9.75 sentimeter, lapor sebuah akhbar semalam. 

Pelajar tersebut, Chanel Tapper diiktiraf dalamGuinness Book of World Records pada 2011 ekoran lidahnya yang luar biasa itu. 

Menurutnya, dia menerima reaksi positif apabila lidahnya itu dijelirkan di depan orang ramai. 

"Mereka meminta saya melakukannya sekali lagi," katanya. 

Chanel berkata, beberapa wanita menjerit apabila mereka melihat lidahnya. - Agensi 

Tutorial Pasang Widget Tukar Font Pada Blog

No comments:

Jikalau blog korang pakai font yang agak 'gila-gila' sikit, sampai orang lain pun susah nak baca post blog korang, atau pun menggunakan font yang biasa punya, tapi terlalu kecik dan 'halusss.....' (hehehe) korang boleh la try widget ni. Jadi, senanglah sikit pengunjung atau penerjah blog korang nak tukar jenis font yang dorang senang nak baca.... 

Hotel Mayat Di Yokohama, Jepun

No comments:


TOKYO - Sebuah hotel pelik di pinggir bandar Yokohama, Jepun, menyediakan perkhidmatan menyimpan mayat-mayat di dalam keranda sejuk agar saudara-mara si mati boleh melawatnya untuk memberi penghormatan terakhir. 

Seludup Ular Dalam Seluar Dalam

No comments:

SALAH seekor anak ular sawa yang ditemui dalam seluar dalam Borges. 

MIAMI - Seorang lelaki Brazil yang ditahan di lapangan terbang Miami kerana cuba menyeludup tujuh ekor anak ular sawa dan tiga ekor anak kura-kura di dalam poket serta seluar dalamnya didenda sebanyak AS$400 (RM1,236) oleh seorang hakim. 

Simon Turola Borges, 30, yang telah ditahan sejak 25 Ogos lalu mengaku bersalah atas tuduhan menyeludup. Hukuman ke atasnya dijatuhkan oleh hakim wilayah, Patricia A. Seitz. Selain denda, Borges juga akan dipantau dengan rapi selama dua tahun. Dia turut diarahkan supaya dihantar pulang ke Brazil. - Reuters 



Gorila Mandi Dalam Tab Mandi

No comments:

SEEKOR anak gorila mandi dalam tab mandi 
dirakamkan di Zoo Twycross, Midlands pada 1967. 


MIDLANDS, Britain - Seekor anak gorila, Joe gemar mandi di dalam tab mandi seperti kanak-kanak, lapor sebuah akhbar kelmarin. 

Joe dimandikan dalam sebuah bilik mandi di Zoo Twycross, Leicestershire. 

Seterusnya, gorila itu bermain-main di sekitar tab mandi sebelum menuju ke arah tab lain dan cuba meminum air menerusi paip. 

Rakaman tersebut dibuat pada tahun 1967 dan disimpan dalam arkib video British Pathe tetapi ia ditayangkan kepada umum baru-baru ini. - Agensi 




Singkatan Yang Digunakan Dalam Internet

1 comment:

LOL, LMAO, BTW dan lain-lain, mungkin korang biasa jumpa perkataan camtu di mana-mana saja, terutama sekali, dalam internet. Tak kiralah, dalam facebook ker, twitter ker, blog ker, website ker, konfem korang akan jumpa punya.... Tapi arr, cuma satuu jer perkara yang buat aku musykil sangat bila jumpa perkataan camtu,... APA KE MAKSUDNYA? 

Kereta Unik Pink Panther Dilelong

2 comments:

KERETA Panthermobile yang direka khas untuk 
filem Pink Panther boleh menjadi milik anda menerusi 
lelongan dalam talian 14 Oktober ini. - AGENSI 


MANCHESTER 14 Sept - Kereta asal Pink Panther dikenali sebagai Panthermobile yang muncul dalam filem tahun 1960-an dan 1970-an akan dilelong secara talian sehingga 14 Oktober ini yang dianggar boleh mencecah jualan melebihi 114,000 euro (RM479,000). 

Belut Masuki Pundi Air Kencing Lelaki

No comments:

BELUT yang memasuki pundi air kencing Zhang Nan dan telah mati. 


BEIJING - Seorang lelaki, Zhang Nan menghadapi saat cemas apabila seekor belut kecil yang digunakan dalam rawatan kecantikan memasuki pundi air kencingnya, lapor sebuah akhbar semalam. 

Budak Temui Fosil Berusia 160 Juta Tahun

No comments:

TAMAN AIR COTSWOLD, Britain - Seorang budak berusia lima tahun, Emily Baldry menemui fosil cangkerang berusia lebih 160 juta tahun selepas menggali tanah dengan menggunakan sebatang penyodok yang selalu digunakan untuk membina istana pasir, lapor sebuah akhbar semalam. 

Kotak Bulat Ajak Tukar Link

No comments:

Jom masuk bloglist dalam blog Kotak Bulat ini. Korang cuma klik banner kat atas tu jer, atau KLIK SINI .... tapi korang kena cepat tau, sebab segmen bloglist Kotak Bulat ni, tutup pada 15/9/2011, jam 11.59 malam


(p/s: terima kasih kepada C' Ayob atas info segmen tersebut) 



Wordless Wednesday - "Kenapa Awak Tak Tido Lagi?"

1 comment:




Tutorial Buat Burung Twitter Terbang Dalam Blog

No comments:

Rasanya, korang sendiri ada perasan, ada burung kaler biru yang terbang bebas dalam blog ini. Haa, kalau korang nak tahu, burung itulah adik beradik kepada burung twitter. Camana? Cute tak burung tu? Hehehe... Paling best burung camni, macam yang aku cakap dari awal lagi, terbang bebas ke mana-mana sahaja.... bila kita scroll blog, dia terbang, bila berhenti scroll, dia 'landing', siap jeling lagi kat korang yang tengah asyik baca blog ini...... haa, yang macam ni tak ler boring sangat daripada button follow twitter yang biasa, ataupun button follow twitter yang ada gambar burung sekalipun....

Kamera Google Rakam Wanita Bogel

No comments:

SEBUAH kamera Google Street View merakamkan gambar 
seorang wanita (dalam bulatan) berada dalam keadaan bogel 
di luar rumahnya di Florida. 

MIAMI - Perkhidmatan Google Street View merakamkan seorang wanita yang berbogel di luar rumahnya di Florida, Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar semalam. 

Wanita itu memegang sebotol air minuman semasa kelibatnya dirakamkan menerusi kamera tersebut. 

Kelibat wanita tersebut dirakamkan menerusi kamera Google yang dipasang pada sebuah kereta yang melalui kawasan dekat dengan rumahnya. 

Google Street View merupakan perkhidmatan yang menyediakan kemudahan kepada para pengunjung Internet untuk mengetahui sesuatu lokasi. - Agensi 


Petikan: KOSMO 



Buaya Gergasi Baham Antelop

No comments:

PAOLO TORCHIO berjaya merakamkan gambar seekor buaya 
sepanjang 6.4 meter membaham seekor antelop di sebatang sungai 
di Taman Negara Maasai Mara di Kenya. 

TAMAN NEGARA MAASAI MARA, Kenya - Seekor buaya gergasi sepanjang 6.4 meter membaham seekor antelop seberat 136 kilogram di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin. 

Aku Nak Promosi Blog Di UmarFaruq.Com!!

No comments:

Nak join, klik banner 
Tarikh tutup: 12 September, 2011

Ada pun segmen baru... yeahh!! Teringin benor nak join segmen ini.... jadi, jikalau korang mahu blog korang di'promosi'kan,... cepat-cepat la klik banner kat atas tu..... 



(p/s: thanx to IntaNBerliaN atas info pasal segmen ini)


Kita Mangsa Sebenar 9/11

No comments:


Kalau anda mahu menyaksikan drama paling menyedihkan, tunggulah tarikh 11 September. 

Sejak 2001, tarikh itu akan dipenuhi berita dan paparan televisyen memperingati dan menekankan kesan serangan yang didakwa dilakukan pengganas ke atas negara paling berkuasa di dunia, Amerika Syarikat (AS). 

Sayur Dan Buah Jadi Kanvas Seni

No comments:

BERLIN - Dengan kerja tangan penuh tumpuan dan ketelitian, semua pengukir berbakat ini berjaya menghasilkan ukiran cantik dan mengagumkan hanya dengan menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai kanvas seni mereka. 

Sembunyi Bawah Bas Elak Kena Saman

No comments:

PIHAK polis cuba mencari seorang pemandu bas yang 
bersembunyi di bawah bas di bandar Zhongshan, China baru-baru ini. 

BEIJING - Seorang pemandu sebuah bas bersembunyi di bawah badan bas untuk mengelak dikenakan notis saman di Zhongshan, China, lapor sebuah akhbar kelmarin. 

Rendang Dinobat Makanan Paling Sedap Di Dunia

No comments:


GEORGIA - Makanan paling sedap di dunia? Tentunya makanan yang baru sahaja kita nikmati semasa hari pertama Syawal tempoh hari, iaitu rendang. 

Segmen Jom Tukar Link Dengan C' Ayob

No comments:


Dah lama tak main segmen dalam blog, baru ni ada..... Segmen ni pun menarik jugak, nama dia.... 

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...