Ni apa ceritanya kat sini?

Rendang Dinobat Makanan Paling Sedap Di Dunia



GEORGIA - Makanan paling sedap di dunia? Tentunya makanan yang baru sahaja kita nikmati semasa hari pertama Syawal tempoh hari, iaitu rendang. 

Masakan tradisional kaum Melayu di Malaysia itu mengungguli senarai 50 Makanan Paling Sedap di Dunia yang diterbitkan agensi berita antarabangsa, CNN. 

Lebih 35,000 undian diterima dalam tinjauan CNN selama dua bulan di laman sesawang Facebook yang berakhir, bulan ini. 

Makanan lain termasuk asam laksa Pulau Pinang, sate, dan nasi goreng turut tersenarai dalam undian itu. 

Selain itu, makanan Barat seperti burger keju, coklat dan ais krim juga dipilih sebagai antara makanan paling lazat di dunia tetapi apa yang paling membanggakan adalah, kesemua 10 makanan teratas dalam senarai itu datang dari negara Asia. 

Petikan: Sinar Harian 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...