Tweet |
Salam kepada semua.... kali ini, tutorial terbaru untuk blog, letak shoutbox dalam blog.... Sebenarnya, tutorial ini dibuat atas permintaan seorang blogger, beberapa hari lepas... Ni buktinya.
Itulah permintaan dari cik Normah...... Bukan cik Normah sorang jer, mungkin ada juga beberapa blogger, lebih-lebih lagi blogger baru, yang blognya, cuma ada 'beberapa post dan follower' sahaja, tapi, masih lagi takde shoutbox. Hmmm.... Tapi, korang jangan risau. Di sini, akan kuterangkan cara-cara nak letak shoutbox dalam blog korang sendiri. Dan shoutbox yang bakal korang akan pakai kat blog korang nanti, ialah shoutbox dari shout.busuk.org, sama seperti yang aku pakai dalam blog ini.
1. Mula-mula, korang pergi ke website shout.busuk.org, kemudian klik "Sign Up" untuk register.
Klik SINI untuk ke website seperti di atas ini |
2. Dalam "Register ShoutBox", isikan maklumat seperti yang dikehendaki, kemudian klik "Submit". Boleh juga register dengan akaun Facebook korang sendiri.
3. Selepas itu, keluar pulak "Login ShoutBox". Korang dah boleh terus login ke shoutbox Busuk dengan username dan password korang sendiri, sama yang korang buat masa register dulu (Langkah no 2).
4. Sekarang, korang dah masuk "ShoutBox Admin", so, korang boleh la 'kastemais' shoutbox dengan stail korang sendiri, contohnya, 'ejas' saiz shoutbox ker, tukar kaler ker, wat eber la. Kalau dah puas hati, copy code kat "Generated Code" itu.
5. Kemudian, login ke blogger.com > Dashboard > Nama Blog > Layout > Add a gadget > HTML/Javascript - pastekan code tadi (Langkah no 4) ke kotak kosong "HTML/Javascript", kemudian, save.
6. Siap! Tapi, sebelum tu, preview dulu. Ada tak keluar shoutbox kat blog korang? Ada? Kalau ada, baguslah. :) Sebelum korang boleh pakai shoutbox korang untuk pertama kalinya, baik korang masukkan maklumat berkaitan kat widget shoutbox korang, seperti gambar kat bawah ini. Kemudian, klik OK. Lagipun, ia sebenarnya mewakili diri korang sebagai blogger, jika korang gemar blogwalking ke mana-mana blog yang ada menggunakan shoutbox busuk.org seperti ini.
KIRI: nama korang; KANAN: URL blog korang |
OK la, cukup la setakat ini... Huhh... Punya la panjang lebar giler tutorial yang aku buat ni; siap ada gambar 'cantik-cantik' lagi. Hehehe.... So, harap-harap korang boleh faham apa yang aku terangkan kat sini. Kalau masih tak faham, atau tak berapa jelas, boleh komen kat sini. :) Sekian, Akhir kata, selamat mencuba!
terima kasih :)
ReplyDelete@ainun m sama-sama... thanx follow :D
ReplyDeletethanx utk tutorial tu
ReplyDelete@normah sama-sama... thanx follow :D
ReplyDeletenak tanya lagi ni macam mana kalau kita ter remove header pastu nak ambil balik
ReplyDeleteharap sangat leh bantu
@noreez ok, saya faham soklan itu. cuma, kena tunggu jer la post terbaru saya lepas ini, sebabnya jawapan untuk persoalan ini agak panjang untuk diterangkan di sini. minta bersabar ye.
ReplyDeleteterima kasihla kerana berkongsi ilmu pada semua.
ReplyDeletesama-sama.. terima kasih kerana mencuba tutorial ini.
Deleteyes! akhirnya berjaya dpt shoutbox nih.. ^_^ senang je rupenye.. time kaseh k..:) follow me pliz..
ReplyDeletewaa..menjadi..tq2..nti sngah blog baru sye ye..
ReplyDeletehttp://sophiepariskiosk.blogspot.com
thanks.. menjadi juga akhr nyer.. hehehehe
ReplyDeleteterima kasih dgn tutorial..ringkas dan padat..mudah di fahami :)
ReplyDeletesinggah sini ==>> http://istiqamah1.blogspot.com :)
ReplyDelete