Ni apa ceritanya kat sini?

Video : Peminat Batman bina 'Batpod' sendiri di Vietnam

No comments:


Seorang peminat Batman dan juga seorang mekanik dari Vietnam, Vu Tung Lam merekabentuk dan membina sendiri sebuah "Batpod" (motor Batman), menggunakan besi terpakai dan sebuah enjin Suzuki berkuasa 125cc. 

Berita selanjutnya, lihat di SINI


2 manusia paling kerdil bertemu

No comments:
CHANDRA bersama Jyoti mempamerkan edisi terbaru Buku Rekod Guinness yang turut memuatkan nama mereka.
CHANDRA bersama Jyoti mempamerkan edisi terbaru
Buku Rekod Guinness yang turut memuatkan nama mereka. 

Dua manusia paling kerdil di dunia dipertemukan untuk kali pertama bagi meraikan pertubuhan yang membantu mempopularkan ‘kelebihan’ mereka, lapor media semalam. 

Lelaki paling rendah di dunia, Chandra Bahadur Dangi, 72, bersemuka dengan wanita paling rendah di dunia, Jyoti Amge, 18, sempena pelancaran edisi terkini buku Rekod Dunia Guinness. 

Lelaki dari Nepal dan gadis warga India itu mencuri perhatian dunia apabila ketinggian mereka diiktiraf Rekod Dunia Guinness, baru-baru ini. 

Selamat Hari Kemerdekaan ke-55

No comments:

Selamat hari kemerdekaan ke-55 tahun kepada semua rakyat Malaysia di mana sahaja.... 


Kembar siam jadi bintang TV

No comments:
GAMBAR promosi menjelang permulaan siri realiti bagi memaparkan perjalanan hidup seharian mereka sebagai pasangan kembar siam.
Pasangan kembar siam Abby dan Brittany Hansel meraikan ulang tahun kelahiran mereka ke-22 dalam episod pembukaan siri realiti televisyen mereka di Amerika Syarikat, lapor media semalam. 

Siri itu - berjudul Abby And Brittany - memaparkan mereka memakai cermin mata berhias bagi meraikan hari bersejarah itu. 

Berasal dari Minnesota, siri itu akan menayangkan detik Abby dan Brittany menamatkan pengajian di universiti, mencari pekerjaan dan mengembara ke Eropah bersama kenalan dalam siri terbaru mereka. 

Dalam gambar promosi untuk siri itu, Abby dan Brittany digambarkan bersedia memulakan hidup normal, bergaya di depan kamera dalam kotak telefon awam tradisional di London, berehat bersama rakan di bawah sinar matahari dan memandu kereta. 

Panjat gunung batu untuk gambar perkahwinan

No comments:
PASANGAN pengantin, Bob Ewing dan Antonie Hodge merakamkan gambar perkahwinan mereka di puncak gunung batu Seneca Rocks di Virginia Barat.
PASANGAN pengantin, Bob Ewing dan Antonie Hodge
merakamkan gambar perkahwinan mereka di puncak
gunung batu Seneca Rocks di Virginia Barat. 

Sejauh manakah anda sanggup lakukan untuk mengabadikan ikatan perkahwinan anda? 

Di Amerika Syarikat (AS), sepasang pengantin baharu, Bob Ewing dan isterinya, Antonie Hodge bertindak mendaki sebuah gunung batu setinggi 275 meter dengan lengkap berpakaian pengantin. 

Mereka berbuat demikian untuk merakam gambar perkahwinan yang unik dan luar biasa. 

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita !!

No comments:
Gambar hiasan.

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. 

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil" .

Nama kedai cetus kemarahan

No comments:
RAJESH SHAH menunjukkan kad perniagaannya.
RAJESH SHAH menunjukkan kad perniagaannya. 

Sebuah kedai pakaian lelaki di India diminta menukar namanya selepas nama Hitler yang digunakan membangkitkan kemarahan masyarakat setempat. 

Akhbar MailOnline melaporkan pemilik kedai berkenaan, Rajesh Shah mendakwa dia tidak menyedari nama kedainya, Hitler telah mencetuskan kontroversi. 

Rajesh berkata, nama tersebut diperoleh daripada gelaran yang diberikan kepada rakan kongsi perniagaan datuknya. 

Kacang walnut jadi pelaburan lumayan di China

No comments:
SEORANG pemilik kedai (kanan) menjual beberapa kacang walnut kepada pelanggannya di Pasar Antik Antarabangsa Yayuan di Beijing Ahad lalu.
SEORANG pemilik kedai (kanan) menjual beberapa kacang walnut
kepada pelanggannya di Pasar Antik Antarabangsa Yayuan
di Beijing Ahad lalu. 

China gigih berusaha untuk memulihkan pasaran sahamnya yang merudum tetapi sebahagian pelabur kini lebih berminat membeli walnut sebagai aset. 

Minat terhadap kacang itu meningkat berikutan pelaburan konvensional seperti saham dan hartanah gagal memberikan pulangan lumayan di China sejak beberapa tahun lalu. 

Sebiji kacang walnut bersaiz besar di negara itu boleh dijual pada harga mencecah puluhan ribu dolar. 

Derma darah dapat minyak enjin percuma

No comments:
DUA lelaki menderma darah di dalam pusat menderma darah bergerak di hadapan bangunan syarikat Virginia Tire & Auto di Centerville, Amerika Syarikat kelmarin.
DUA lelaki menderma darah di dalam pusat menderma darah bergerak
di hadapan bangunan syarikat Virginia Tire & Auto di Centerville,
Amerika Syarikat kelmarin. 

Sebuah syarikat automotif di Amerika Syarikat (AS), Virginia Tire & Auto memberikan perkhidmatan menukar minyak enjin percuma kepada penderma darah. 

Dianjurkan bersama oleh sebuah pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan, kempen derma darah tersebut diadakan bagi mengisi tabung darah negeri Virginia. 

Kempen tersebut diadakan di dalam sebuah bas yang dijadikan pusat menderma darah bergerak di hadapan bangunan syarikat berkenaan di sini kelmarin. 

Penderma darah boleh juga memilih untuk mendapatkan diskaun servis kenderaan sebanyak AS$30 (RM93.95). 

[Sumber


WW : Kebaikan Solat Untuk Kesihatan

No comments:


WW : Lima Jambatan Kehidupan

No comments:


WW : Pink Bird (Angry Birds Season)

No comments:
Pink Bird (Angry Birds Season)


Jerman perkenal bas awam terpanjang di dunia

No comments:
Pemandangan dari luar bas terpanjang di dunia yang bakal diperkenalkan di Jerman Oktober ini.
Pemandangan dari luar bas terpanjang di dunia
yang bakal diperkenalkan di Jerman Oktober ini. 

Jerman bakal memperkenalkan bas awam terpanjang di dunia, Autotram Extra Grand 98 kaki (32.6 meter) panjang dan mampu memuatkan 256 penumpang pada satu-satu masa. 

Ia akan digunakan mulai Oktober ini selepas tamat ujian keselamatan. 

Bas tersebut yang digambarkan sebagai ‘kereta api beroda’ itu diperkenalkan buat pertama kali di bandar Dresden, dijangka dapat memenuhi keperluan sistem pengangkutan awam negara itu. 

Video : PSY - Gangnam Style

No comments:


Lirik asal (Korea): 

Oppan gang-namseutayil
Kang-namseutayil

Naje-neun ttasaroun inkanjeo-gin yeoja
Keopi hanjanye yeoyureuraneun pumkyeok i-nneun yeoja
Bami omyeon shimjangi tteugeowojineun yeoja
Keureon banjeon i-nneun yeoja

Kambing panjat pokok di Maghribi

No comments:
BEBERAPA ekor kambing memanjat pokok argan untuk memakan buahnya di sebuah gurun dekat Essaouira, Maghribi semalam.
BEBERAPA ekor kambing memanjat pokok argan untuk memakan
buahnya di sebuah gurun dekat Essaouira, Maghribi semalam. 

Senario beberapa ekor kambing memanjat sebuah pokok argan di sebuah kawasan gurun dekat Essaouira, barat Maghribi mendapat sambutan hebat di laman perkongsian video YouTube. 

Haiwan itu memanjat pohon berkenaan untuk memakan buahnya yang manis. 

Pokok yang dapat hidup pada musim kemarau itu digunakan oleh penduduk Maghribi untuk menghasilkan sejenis minyak bagi pembuatan kosmetik dan ubat. 

Minyak argan merupakan antara minyak termahal di dunia dengan komoditi tersebut dijual pada harga sekitar AS$300 (RM939) seliter. 

[Sumber


Perasan Tak ?

No comments:

PERASAN X?... duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya... 

PERASAN X?... 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen... 

PERASAN X?... betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung. 

Kerosakan Jika Komputer Ditutup Tanpa ShutDown

2 comments:

1. Kehilangan data pada registry 

Semasa komputer dalam proses pengendalian atau masih beroperasi, komputer akan mendaftar atau registry komponen komputer yang tersedia ada atau pun applikasi yang telah digunakan, ini akan mengakibatkan komponen atau aplikasi tidak dapat disimpan pada registry, ianya akan mengakibatkan sistem recovery tidak berfungsi sebaiknya. 

Suara ungka setaraf penyanyi soprano

1 comment:
Ungka (gibbon). Sumber dari Google.
Ungka (gibbon). Sumber dari Google. 

Monyet jenis ungka boleh dianggap sebagai penyanyi profesional soprano di dalam hutan rimba. 

Kebolehannya itu ibarat penyanyi soprano yang mengadakan persembahan di New York Metropolitan Opera atau La Scala di Milan. 

Kesimpulan tersebut dibuat oleh sekumpulan saintis Jepun yang melakukan uji kaji pada suara ungka untuk melihat bagaimana ia berubah pada nada yang tinggi dengan menggunakan persekitaran yang di kelilingi gas helium dan udara biasa. 

1,000 semut dipasang alat radio kecil

No comments:
Seekor semut yang dipasang dengan radio kecil untuk tujuan eksperimen oleh Universiti York.
Seekor semut yang dipasang dengan radio kecil
untuk tujuan eksperimen oleh Universiti York. 

Sebanyak 1,000 ekor semut spesies Formica lugubris dikenali sebagai hairy wood ant akan dipasang sejenis alat radio kecil bagi melihat mereka berkomunikasi dan bergerak dalam sarang mereka. 

Ia merupakan eksperimen kali pertama di dunia dan akan diadakan di Longshaw Estate, Derbyshire di bawah projek selama tiga tahun oleh Universiti York. 

Kawasan yang dilindungi tersebut mempunyai lebih 1,000 sarang spesies semut terbesar di Britain. 

Neil Armstrong, manusia pertama ke bulan meninggal dunia

No comments:
Neil Alden Armstrong (1930-2012)
Neil Alden Armstrong (1930-2012) 

Manusia pertama menjejakkan kaki di bulan, Neil Alden Armstrong meninggal dunia pada usia 82 tahun, kata keluarga bekas angkasawan Amerika Syarikat (AS) berkenaan kelmarin. 

Armstrong menjalani pembedahan pintasan jantung awal bulan ini selepas dua hari beliau menyambut hari jadinya pada 5 Ogos lalu bagi membuka beberapa arteri yang tersumbat. 

Sebagai komander kapal angkasa Apollo 11, Armstrong merupakan manusia pertama menjejakkan kaki di bulan pada 20 Julai 1969 diikuti oleh angkasawan, Edwin Aldrin. 

Jurutera Jepun bina robot kumbang

No comments:
HIDUNG robot RX-03 boleh mengeluarkan asap.
HIDUNG robot RX-03 boleh mengeluarkan asap. 

TOKYO - Seorang jurutera Jepun, Hitoshi Takahashi membina sebuah robot berbentuk seperti seekor kumbang gergasi dinamakan Kabutom RX-03. 

Robot sepanjang 11 meter dengan berat 17 tan itu diperkenalkan kepada orang ramai dalam satu demonstrasi di sini semalam. 

RX-03 boleh bergerak dengan menggunakan enam kakinya. 

Dijana enjin diesel berkuasa tinggi, robot berkenaan turut mengeluarkan asap daripada hidungnya. - AFP  

[Sumber


Keluarga Melis dinobat adik-beradik paling tua di dunia

No comments:
Sumber dari Google.

Guinness World Record secara rasminya mengiktiraf adik-beradik keluarga Melis yang menetap di pulau Sardinia sebagai adik-beradik tertua di dunia dengan campuran usia berjumlah 818 tahun. 

Rajin berus gigi boleh elak nyanyuk

3 comments:
Gambar hiasan. (Sumber dari Google)
Gambar hiasan. (Sumber dari Google) 

Orang yang suka menjaga gusi dan gigi mungkin kurang berisiko untuk mendapat penyakit nyanyuk, menurut kajian penyelidik Universiti California. 

Mereka mendapati, wanita lanjut usia yang memberus gigi kurang sekali sehari menghadapi 65 peratus kemungkinan nyanyuk berbanding yang memberus tiga kali sehari. 

Perkara itu didedahkan oleh ketua penyelidikan berkenaan, Annlia Paganini-Hill kepada akhbar Daily Mail. 

Video : Hari Raya (by Faradyable)

No comments:


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari saya. :)

No comments:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, dan salam 1Malaysia. Pada hari dan bulan baik ini, ingin saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia, dan juga di seluruh dunia, amnya. Terutama sekali pada semua rakan-rakan blogger, pembaca setia blog ini, rakan-rakan dilaman sosial, Likers FB dan follower Google+ fanpage Saja Nak Cerita dan semua yang mengenali diri saya.

Andai ada salah dan silap dari saya tanpa saya disedari, mohon seribu kemaafan kepada anda semua. Begitu juga sebaliknya, saya sedia terima segala kemaafan dari saudara dan saudari. Kira 0-0 jer la. Hehe. Yang penting, hati kita bersih dan ikhlas. Baru la aman dunia ini. Insya Allah.

Wassalam. 


Mata wang khas di bandar Britain

No comments:
GAMBAR menunjukkan beberapa mata wang kertas Bristol Pound yang digunakan di Bristol.
GAMBAR menunjukkan beberapa mata wang kertas
Bristol Pound yang digunakan di Bristol.  

BRISTOL - Ketika masyarakat Britain mengalami tekanan ekonomi ekoran krisis mata wang euro, pihak pentadbiran bandar ini merancang untuk memperkenalkan mata wang sendiri yang dikenali sebagai pound Bristol. 

Inisiatif itu bertujuan untuk mengelakkan hasil kekayaan tempatan daripada mengalir ke tangan pihak luar. 

Mata wang tersebut yang hanya boleh digunakan di bandar barat daya England ini akan dilancarkan September depan. 

Ombak Taubat (Ombak Rindu versi Islamik)

No comments:

Ombak Taubat  ('Ombak Rindu' versi Islamik)  

Allah tolong lembutkan hati ku 
Untuk terima islam sebenar-benarnya 
Kerna ku tak sanggup 
Kerna ku tak mampu 
Terus hidup dengan dosa dunia 

Jangan Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta!

2 comments:
Pendingin hawa (Air-Con) kereta

JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta! 

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran. 

20 Tips Jimat Minyak Kenderaan Anda

No comments:

20 Tips Jimat Minyak Kenderaan Anda 

Raya tak lama dah oii ? Dah balik kampung ker, belum? Kalau yang nak balik kampung halaman tu guna kenderaan sendiri, bacalah tips ni dulu. Mana tahu berguna. ;) 

1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas siang hari yang banyak wap sahaja. Sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu tengah hari petrol akan meruap lebih cepat dan membuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara. Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk. 

2. Isi minyak dengan perlahan-lahan (tidak berterusan) supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. 

3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lagi banyak baki minyak dalam tangki akan mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum. 

Doa Qunut Nazilah

No comments:

Maksudnya 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu. 

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur. 

WW : Sampul Duit Raya Angry Birds

No comments:
Bahagian depan

Bahagian belakang


Apa Yang Terjadi Pada Tubuh Kita Setelah Dikuburkan ??

1 comment:

Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa perubahan. Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya. 

Malam Pertama 
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam saling bergulat dan menjaganya di dunia. Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja. 

WW : Komen Professor Tentang Lelaki Pakai Samping

2 comments:


Wanita sembunyi tv 42 inci di celah paha

No comments:

Seorang wanita ditangkap selepas berjalan keluar dari sebuah kedai bersama-sama televisyen 42 inci di celah paha. 

Polis menangkap wanita itu yang ditemani teman lelakinya selepas dia berjalan terincut-incut ke pintu keluar kedai berkenaan di Oslo, ibu negara Norway, dengan skirtnya menutup barangan elektrik berharga RM15,000 itu. 

Wanita itu berupaya membawa televisyen berkenaan dengan menyepitnya di celah paha ke perhentian bas berhampiran. 

WW : Ketucing (Ketupat Kucing)

3 comments:


WW : Panduan Cari Isteri

No comments:


Rama-rama cacat di Fukushima

No comments:

Beberapa mutasi genetik ditemui pada tiga generasi rama-rama dekat loji nuklear Fukushima yang tidak lagi beroperasi, kata beberapa saintis semalam. 

Penemuan tersebut meningkatkan kebimbangan penduduk setempat bahawa radiasi akibat kebocoran loji nuklear akan memberi kesan ke atas spesies lain. 

Beberapa saintis berkata, kira-kira 12 peratus larva rama-rama pale grass blue yang terdedah kepada radiasi nuklear selepas bencana tsunami melanda timur laut Jepun pada Mac 2011 didapati mengalami keganjilan seperti mempunyai kepak kecil dan mata yang rosak. 

WW : 20 Perkara Membawa Ke Syurga

No comments:


Stokin pengganti kasut? (video)

2 comments:
Stokin Perlindungan Swiss direka tanpa kasut dan selesa untuk jari kaki si pemakai.
Stokin Perlindungan Swiss direka tanpa kasut
dan selesa untuk jari kaki si pemakai. 

Sanggupkah anda berjalan ke luar rumah hanya memakai stokin? 

Syarikat Barefoot Swiss iaitu sebuah syarikat pengeluar stokin terkenal Eropah berjaya mengeluarkan sejenis stokin sekukuh kasut biasa. 

Gadis derita liang roma ditumbuhi kuku

No comments:
Kulit Shanyna Isom menjadi berkuku susulan sel-sel kulit tumbuh sehingga 12 kali ganda pertumbuhan kulit normal.
Kulit Shanyna Isom menjadi berkuku susulan sel-sel kulit tumbuh
sehingga 12 kali ganda pertumbuhan kulit normal. 

Penyakit seorang pelajar universiti dilabelkan sebagai berprofil tinggi dan penuh misteri selepas menghidap sejenis penyakit aneh di mana seluruh liang roma kulit badannya ditumbuhi kuku-kuku kecil. 

Sejenis alahan dialami Shanyna Isom, 28, sejak tiga tahun lalu itu menyukarkannya melakukan kerja-kerja harian kerana tidak selesa dan terpaksa memakai rambut palsu. 

Potong tembikai dengan daun terup (video)

2 comments:
TONGXIN berlatih dua jam setiap malam.
TONGXIN berlatih dua jam setiap malam. 

James Bond mampu melakukan pelbagai perkara aneh, termasuk memotong konkrit dengan topi kelulinya. 

Dia bagaimanapun pasti tertarik dengan Ye Tongxin yang mampu memotong buah dan sayur dengan daun terup plastik. 

Tongxin, 48, warga China, berusaha mencatatkan rekod baru Guinness selaku orang terbaik di dunia untuk melakukannya. 

Bandar eksklusif untuk wanita bekerja

No comments:
Golongan wanita di Arab Saudi boleh bekerja tanpa melanggar sebarang syarat selepas bandar baru yang dikenali sebagai Hafuf siap dibina.
Golongan wanita di Arab Saudi boleh bekerja tanpa melanggar sebarang
syarat selepas bandar baru yang dikenali sebagai Hafuf siap dibina. 

Arab Saudi merancang membina sebuah bandar baru yang eksklusif untuk wanita bagi membolehkan kaum itu bekerja dengan selamat. 

Pembinaan bandar Hafuf oleh Pihak Berkuasa Hartanah Industri Arab Saudi itu, kini berada di peringkat pembangunan dan pembinaan dijangka bermula pada tahun depan. 

Ia diharap dapat membenarkan wanita bekerja tanpa melanggar undang-undang syariah negara ini. 

Lihat kadar denyutan nadi guna iPhone, iPod

No comments:
Screenshot aplikasi 'Cardiio' untuk iPhone
Screenshot aplikasi 'Cardiio' untuk iPhone. 

Senaman aerobik adalah cara terbaik untuk mendapatkan tubuh badan yang menarik atau mengekalkan bentuk badan yang langsing. 

Senaman aerobik juga meningkatkan kadar degupan jantung, tetapi apa yang penting adalah memastikan denyutan nadi kekal pada tahap yang betul dan anda tidak melakukannya secara berlebihan. 

Labah-labah 'menghuni' telinga wanita

No comments:
Labah-labah 'menghuni' telinga wanita

Kita biasa mendengar atau terbaca kisah manusia termakan atau tertelan labah-labah ketika tidur. 

Namun, lain pula kisah di China, apabila seekor labah-labah didapati 'menghuni' di dalam telinga seorang wanita selama lima hari. 

Labah-labah itu dipercayai masuk ke dalam telinga wanita itu ketika dia sedang tidur. 

Kapal persiaran gergasi keluar dermaga

No comments:
BEBERAPA orang menyaksikan kapal Celebrity Reflection di dermaga Meyer di Papenburg, Jerman semalam.
BEBERAPA orang menyaksikan kapal Celebrity Reflection
di dermaga Meyer di Papenburg, Jerman semalam. 

PAPENBURG, Jerman - Sebuah kapal persiaran gergasi, Celebrity Reflection ditunda sebuah bot ketika ia meninggalkan dermaga Meyer di sini semalam. 

Kapal sepanjang 319 meter dan dibina untuk syarikat perkapalan Amerika Syarikat, Celebrity Cruise itu mempunyai bilik untuk 3,000 penumpang. 

Kos untuk membina kapal itu dianggarkan AS$750 juta (RM2.3 bilion). 

Kapal itu akan memulakan pelayaran dari Amsterdam ke Barcelona pada 9 Oktober depan. - Agensi 

[Sumber


Keistimewaan Lailatul Qadar

No comments:

1- Lailatul Qadar adalah malam yang diturunkan Al-Quran padanya 

Ibnu ‘Abbas dan selainnya mengatakan: “Allah menurunkan Al-Quran secara sempurna sekaligus dari Lauhul Mahfuz ke Baitul ‘Izzah yang ada di langit dunia. Kemudian Allah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah shallallahu ‘alayhi wasallam tersebut secara terpisah (beransur-ansur) sesuai dengan kejadian-kejadian yang terjadi selama 23 tahun.” (Tafsir Ibnu Katsir, 14/403) 

Justin Bieber kritik rambut Putera William

1 comment:
Justin Bieber (kanan) kritik rambut Putera William (kiri).

LONDON: Bintang pop remaja, Justin Bieber semalam mengkritik kepala Putera William yang semakin botak dengan berkata, dia tidak tahu mengapa pewaris takhta Britain itu tidak bertindak untuk menyekat rambutnya daripada terus gugur. 

Penyanyi popular yang berasal dari Kanada itu bernasib baik kerana dikurniakan rambut yang lebat. Bieber, 18, bagaimanapun berkata, dia akan mencari jalan untuk mencegahnya jika rambutnya mula gugur. 

Ketika ditanya mengenai rambut bakal raja berusia 30 tahun itu pada wawancara dengan sebuah majalah, dia menjawab: “Ada cara untuk menghalangnya gugur pada masa ini, seperti Propecia. 

“Saya tidak faham mengapa beliau tidak mendapatkan produk seperti itu. Anda hanya perlu megambil Propecia dan rambut anda akan tumbuh semula. Adakah anda mempunyainya di sini?” Kenyataan Bieber itu sudah pasti mencetuskan kemarahan peminat William. - DM 

[Sumber


Staf NASA berambut mohawk popular di internet

No comments:
FERDOWSI (kanan) yang mempunyai gaya rambut Mohawk duduk di dalam makmal Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan di Pasadena pada Ahad lalu.
FERDOWSI (kanan) yang mempunyai gaya rambut Mohawk
duduk di dalam makmal Pentadbiran Aeronautik dan
Angkasa Lepas Kebangsaan di Pasadena pada Ahad lalu. 

PASADENA, California - Seorang kakitangan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Bobak Ferdowsi menjadi popular selepas gambarnya yang menunjukkan dia mempunyai rambut gaya mohawak disiarkan di media, lapor beberapa laporan kelmarin. 

Ferdowsi tidak menyangka dia akan menjadi popular selepas gambarnya di sebuah makmal NASA di sini disiarkan media. 

Beberapa keping gambar menunjukkan pemuda itu berada di dalam makmal bagi memantau kenderaan robotik NASA, Curiosity mendarat di planet Marikh pada Ahad lalu. 

7 Tips Membuatkan Otak Berfikir Lebih Cepat

No comments:
Otak manusia

1. Ambil dosis EPA secukupnya 
EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak, setiap orang pasti sudah mengetahuinya.Kajian menunjukan bahawa minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pada otak, melancarkan peredaran darah, dan meningkatkan daya ingatan kita. 

2. Seks secara terancang 
Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut buku "Teach Yourself Training Your Brain" yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi. Seks adalah bentuk sempurna dari latihan, yang juga meningkatkan peredaran darah ke otak. Ia dapat mengurangkan stress dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja otak. 

3. Buat teka teki 
Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak korang tetap pada kondisi terbaik. Sama seperti otot, jika korang tidak berlatih secara reguler, ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja secara maksima. 

Bina rumah boleh berputar

No comments:
RUANG dalam rumah Lhota.
RUANG dalam rumah Lhota. 
REPUBLIK CZECH - Seorang tukang rumah, Bohumil Lhota yang berusia 73 tahun berjaya membina sebuah rumah unik yang boleh berputar di Velke Hamry, Prague, lapor agensi berita Reuters semalam. 

Dia memutarkan rumah itu dengan menggunakan peralatan khas. 

Rumah itu turut boleh bergerak ke atas dan ke bawah bagi membolehkannya menyaksikan pemandangan mengikut kemahuannya. 

Beliau mencipta rumah unik itu pada 1981 berdekatan hutan. 

Rumah itu siap dibina pada 2002. - Agensi 

[Sumber


Malam Lailatul Qadar

No comments:
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. 

Maksudnya: 

"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam." 

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.: 

Maksudnya: 

"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu." 

Simpan 6 juta tulang manusia

No comments:
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan seorang pengkaji  terowong itu berjalan di barisan tulang dan tengkorak manusia.
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan seorang pengkaji terowong
itu berjalan di barisan tulang dan tengkorak manusia. 

PARIS - Bandar raya ini mempunyai daya tarikan pelancong di bawah tanah iaitu sebuah tempat simpanan tinggalan enam juta tulang manusia. 

Menurut akhbar dalam talian MailOnline kelmarin, terowong bawah tanah itu dikenali sebagai Empayar Kematian Paris. 

Terowong bawah tanah itu dijadikan tempat menyimpan rangka manusia sejak abad ke-18 bagi menyelesaikan masalah kawasan kubur yang terhad di Paris. 

WW : Tentatif Sepanjang Ramadhan

No comments:


Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...