Ni apa ceritanya kat sini?

Pemuda tolak ditawar isteri

Gambar hiasan. (Google)
Gambar hiasan. (Google) 
Jeddah: Seorang wanita Arab Saudi yang tertarik dengan peri laku berbudi bahasa seorang pemuda, menawarkan anak gadis tunggalnya untuk dikahwini lelaki berkenaan. 

Halima, 70, melakukan Umrah di Makkah apabila memerlukan kerusi roda untuk melengkapkan sai, yang memerlukan pelaku berjalan ulang-alik sebanyak tujuh kali antara Safa dan Marwa, yang terletak kira-kira 420 meter antara satu sama lain. 

Seorang pemuda sambil tersenyum menawarkan kerusi roda kepada Halima dan secara sukarela menolak kerusi roda itu ketika sai, lapor akhbar Okaz. 

Apabila selesai menunaikan sai, Halima memberikan pemuda berkenaan SR100 (RM83) sebagai menghargai khidmatnya. 

Bagaimanapun, pemuda berkenaan menolak pemberian itu dan memberitahu Halima bahawa dia adalah sebahagian kumpulan pemuda yang menawarkan khidmat mereka di Masjidil Haram kerana Allah. 

Wanita itu, yang kagum dengan kebaikan pemuda itu, bertanya sama ada dia mahu mengahwini anak perempuannya dan menjadi menantunya. 

Sekali lagi, pemuda itu hanya tersenyum tetapi mengucapkan terima kasih tanpa menerima tawaran itu. 

Menurut pegawai, 1,000 pemuda menandatangani persetujuan menyertai program Pemuda Makkah Sedia Berkhidmat untuk membantu jemaah di Masjidil Haram sepanjang Ramadan, menurut akhbar itu. - Agensi 

[Sumber


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...