Ni apa ceritanya kat sini?

AWAS!! Teknik Baru Curi Kereta!

No comments:

Sila baca dan ambil langkah berjaga-jaga mulai sekarang! 

Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur. Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta. 

Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual. 

10 Perkara Dilarang Dalam Facebook

No comments:

1. Tarikh lahir 
Mendedahkan tarikh lahir korang sangat berisiko tinggi terutama katalah korang punya cardbank hilang atau menjadi sasaran seseorang, haaa mungkin dorang akan gunakan tarikh lahir sebagai kata kunci? 

2. Nama ibu 
Korang perlu tahu bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai korang menerusi dalam talian. Bukan setakat talian jek tapi soalan dalam yahoo mesengger pun ada. 

Konspirasi Disebalik Sukan Olimpik London 2012

No comments:

Olimpik London 2012 dikaitkan dengan agenda Zionis dan Illuminati  

Olimpik London 2012 dikaitkan dengan agenda Zionis dan Illuminati untuk menyebarkan dakyah-dakyah mereka sebenarnya. Perkara itu disahkan lagi dengan banyak pendedahan tentang perkara ini. Malah, melihat kepada pelancaran upacara sukan tersebut kelmarin jelas membuktikan ia ada kaitan jelas dengan Illuminati dan Freemason. Betulkah sampai begitu sekali? Olimpik dan Yahudi? 

Sebelum ini Iran mengancam akan memboikot Sukan Olimpik 2012 London kerana mendakwa logo rasmi untuk sukan Olimpik 2012 itu menyerupai kata “ZION,“ yang merupakan istilah alkitabiah bagi Jerusalem. 

Lubang Neraka Dunia

No comments:
API di lubang ini sudah bernyala selama 41 tahun.
API di lubang ini sudah bernyala selama 41 tahun. 

BAGI umat Islam, neraka merupakan tempat orang berdosa mendapat seksaan pada hari akhirat kelak. 

Begitupun, penduduk bandar kecil Derweze di Turkmenistan gempar dengan kemunculan sebuah ‘lubang neraka’ berhampiran kediaman mereka sejak tahun 1971 hingga sekarang. 

Lokasi itu merujuk kepada sebuah lubang api yang luas ternganga sehingga ia digelar Pintu Neraka. 

Menurut penduduk, lubang itu seluas dua padang bola sepak. Kedalamannya mencapai 30 meter manakala apinya masih bernyala sehingga hari ini. 

Rahsia Zikir

No comments:

Otak menjalankan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. 

Buat Senjata Di Tepi Sawah Padi

No comments:
SEORANG pekerja memeriksa selaras senjata api di kilang Shooters Arms Manufacturing di bandar Cebu pada 7 Julai lalu.
SEORANG pekerja memeriksa selaras senjata api di kilang
Shooters Arms Manufacturing di bandar Cebu pada 7 Julai lalu. 

BANDAR MANDAUE - Permintaan senjata api semakin meningkat ekoran pilihan raya pertengahan penggal akan berlangsung pada 2013 di Filipina. 

Seorang pembuat senjata di bandar Danao yang hanya mahu dikenali sebagai Remo, 33, berkata, dia sukar untuk memenuhi permintaan pelanggan yang ramai menempah senjata api. 

"Kami mempunyai kesukaran untuk memenuhi tempahan kerana pada kebiasaannya masa selama dua minggu diperlukan untuk menyiapkan sepucuk pistol .45 calibre walaupun jika saya bekerja 16 jam sehari," katanya. 

Bunyi muzik yang kuat bergema di bengkel Remo yang terletak di pinggir anak sungai yang kering, tersembunyi daripada pandangan mata disebabkan rimbunan pokok buluh. 

Video : Puasa (by Faradyable)

No comments:
Malam tadi, tengah asyik layan FB, tetiba terbaca status terbaru kat FB page Faradyable, katanya: "video baru tgh upload.. hehe :D". Tak tahu plak aku masa tu, video pasal apa? Rupanya, pasal puasa daa... Baru malam tadi video ini diupload kat Youtube. Fuhh... Lama jugak si Faradyable ni tak upload video baru ni. Maklum la, tengah top sejak muka dia keluar kat TV9 dulu. Seingat aku, video terakhir yang dia upload kat Youtube, tajuk dia Berus Gigi. Upload tahun lepas. Lawak gila woo! OK la, malas aku nak menceceh lama-lama kat sini, baik korang layan jer video terbaru ini, khas dari Faradyable. Hehe :D  

Berita Ghaib : Rahsia Tersembunyi Disebalik Sukan Olimpik London 2012

2 comments:

Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah, mereka dengan mudahnya mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia. 

Akhlak Rasulullah s.a.w

No comments:

1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan. 

2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya. 

3) Sangat elok dan sempurna wajahnya. 

4) Baginda memilik perasaan yang halus. 

5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan. 

Taktik Terkini Perompak Menggunakan GPS

2 comments:

Ni admin ada terbaca satu kisah tentang kes rompakan yang berlaku dengan menggunakan taktik yang mungkin tidak terfikir oleh kita semua, hanya dengan menggunakan GPS yang ada dalam kereta kita.. memang agak kreatif la perompak-perompak sekarang ni kan.. nak tahu lebih lanjut baca kisah ni. 

Satu petang saya mahu untuk meletakkan laptop saya di kerusi depan (sebelah pemandu) kereta saya. Semasa saya hendak membuka pintu kereta, saya mendapati ada lubang kecil di bawah handle pintu. 

Ada orang yang telah menembak kereta aku!! 

Tweet Dari Maher Zain Tentang Nur Suryani :)

No comments:
Tweet Dari Maher Zain Tentang Nur Suryani :)

Awas! Bahaya Merokok Selepas Berbuka Puasa

No comments:

Awas! Bahaya Merokok Sebaik Berbuka 

Al Ain: Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan. 

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya. 

Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan. 

Lahar Api dari 'Pintu ke Alam Neraka'

1 comment:
Dari jauh kelihatan dua lelaki sedang berdiri berhampiran pintu ke alam neraka. Pakar geologi berharap api yang membakar gas berkenaan dapat dipadamkan tetapi gagal.
Dari jauh kelihatan dua lelaki sedang berdiri berhampiran
pintu ke alam neraka. Pakar geologi berharap api yang
membakar gas berkenaan dapat dipadamkan tetapi gagal. 

Pada pandangan pertama, ia mungkin salah satu dari babak dramatik filem fiksyen sains, tetapi lubang lahar berapi di tengah Gurun Karakum, Turkmenistan sebenarnya disebabkan kesilapan manusia lebih 40 tahun lalu. 

Selamat datang ke Derweze atau lebih dikenali sebagai 'pintu ke alam neraka'. 

Lelaki Berkulit Paling Regang Di Dunia

No comments:
Di sebalik keunikan ini, Turnner sebenarnya penghidap EDS iaitu gangguan genetik yang lemahkan sel kulitnya.
Di sebalik keunikan ini, Turnner sebenarnya penghidap EDS
iaitu gangguan genetik yang lemahkan sel kulitnya.  

LONDON - Kulitnya sangat longgar dan regang sehingga mampu menukar bahagian perutnya menjadi tempat takungan 1.4 liter air. 

Gary Tunner, sebenarnya menghidapi sejenis Sindrom Ehlers-Danlos (EDS) iaitu gangguan genetik luar biasa yang menyebabkan sel-sel pada kulitnya lemah dan dalam erti kata lain, kulitnya tidak menegang seperti manusia normal. 

Namun, Tunner, 41, tidak melemahkan dirinya disebabkan sindrom itu sebaliknya dia mengubah penyakitnya menjadi kerjaya yang menarik perhatian orang ramai sekitar London, Britain. 

Dalam kebanyakan kes, pesakit akan mengalami gangguan pada otot sendi dan saluran darah. 

Sindrom ini hanya berlaku kepada satu dalam 10,000 individu seluruh dunia. 

Tunner yang menyedari penyakitnya itu sejak berumur 10 tahun berkata, kulitnya begitu nipis dan dua kali ganda nipis berbanding ketebalan kulit manusia normal. [Sumber


Kampung Rambut Panjang Di China

No comments:
SEKUMPULAN wanita Yao Merah membasuh rambut mereka di sungai.
SEKUMPULAN wanita Yao Merah membasuh rambut mereka di sungai. 

Sekumpulan wanita membantu mencipta sejarah tersendiri apabila berambut panjang mereka membolehkan sebuah kawasan penempatan di China diiktiraf sebagai kampung rambut panjang pertama di dunia. 

Pengiktirafan itu diberi Rekod Dunia Guinness, lapor media semalam. 

Wanita Yao Merah kumpulan etnik minoriti dari Kampung Huangluo Yao memiliki panjang rambut secara purata 1.6 meter. 

Rambut terpanjang dicatatkan di kampung itu ialah dua meter. 

RM50,000 Hangus Dalam Ketuhar

No comments:
Gambar hiasan. Sumber dari Google. 

SYDNEY: Seorang lelaki mendapat pengajaran pahit kerana kesilapannya menyembunyikan wang di tempat tidak sepatutnya, lapor media Australia, semalam. 

Lelaki tidak didedahkan identitinya itu menjual keretanya hujung minggu lalu dan mendapat bayaran sebanyak A$15,000 (RM49,473). 

Untuk mengelak dicuri, lelaki terbabit mencari tempat yang jarang digunakan serta tidak disangka sesiapa. 

Rangka Bot Firaun Ditemui

No comments:
SEORANG pekerja mengukur lebar rangka sebuah bot Firaun.
SEORANG pekerja mengukur lebar rangka sebuah bot Firaun. 

Rangka sebuah bot kayu yang digunakan pada zaman firaun dan berusia 5,000 tahun ditemui di kawasan arkeologi Abu Rawash, barat Kaherah oleh beberapa ahli arkeologi Perancis. 

Panjang bot solar itu ialah 6 meter (m) panjang dan 1.5m lebar. 

Pendedahan penemuan itu dibuat oleh Kementerian Antikuiti Mesir kelmarin. 

Pada kebiasaannya, bot itu ditanam dekat mumia firaun kerana ia dipercayai mampu membawanya kepada tuhan di syurga. [Sumber


Fakta Disebalik Pohon Ghorqod (Pohon Kaum Yahudi)

2 comments:
Pohon Ghorqod (Nitraria Retusa)

POHON Ghorqod memang dikenali sebagai pohon kaum Yahudi. Hal tersebut secara tegas dinyatakan Rasulullah SAW dalam salah satu haditsnya mengenai peperangan akhir zaman yang berbunyi : 

“Tidak akan terjadi kiamat hingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi, lalu membunuh mereka, sehingga seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon itu berkata: Hai Muslim! Hai hamba Allah! Ini Yahudi di belakangku, kemarilah, bunuhlah dia! Kecuali pohon Ghorqod, maka itu adalah dari pohon-pohonnya orang Yahudi,” (HR. Muslim VII/188, Bukhari IV/51, Lulu ‘wal-Marjan III/308). 

Budak 11 Tahun Berjaya Naik Pesawat Tanpa Tiket dan Pasport

No comments:
Liam Corcoran, 11 tahun.
Liam Corcoran, 11 tahun. 

LONDON: Lapangan Terbang Antarabangsa Manchester melancarkan siasatan semalam, selepas seorang kanak-kanak berusia 11 tahun berjaya melepasi keselamatan dan menaiki pesawat ke Rome, tanpa pasport atau tiket. 

Liam Corcoran berjalan melepasi kawalan pemeriksaan keselamatan tanpa menunjukkan sebarang dokumen dan berjaya menaiki pesawat Jet2.com menuju ke ibu negara Itali, kelmarin. 

Akhbar Manchester Evening News melaporkan, kanak-kanak itu diperiksa oleh pegawai keselamatan tetapi mereka tidak perasan dia tidak membawa pasport atau tiket pelepasan kerana dia bermesra dengan sebuah keluarga yang menaiki pesawat itu. 

Ketika sudah separuh perjalanan, penumpang perasan yang kanak-kanak itu berseorangan lalu terus memberitahu kru kabin. [Sumber


Pembuat Tauhu, Tempe Lancar Mogok

No comments:
SEORANG wanita menggoreng tauhu di sebuah kantin di Jakarta semalam.
SEORANG wanita menggoreng tauhu di sebuah kantin di Jakarta semalam. 

JAKARTA - Pembuat tauhu dan tempe melancarkan mogok semalam dengan menghentikan pengeluaran bahan itu semalam manakala produk soya yang diperbuat daripada kacang soya tidak dijual di kedai-kedai, lapor agensi berita AFP semalam. 

Keadaan itu berlaku kerana kemarau yang melanda Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pengeluaran kacang soya. AS merupakan pengeluar terbesar jagung dan kacang soya mengalami musim kemarau yang paling teruk dalam tempoh 25 tahun. 

Rangka Tulang Mona Lisa Semakin Hampir Ditemui

No comments:
SEORANG ahli arkeologi melakukan kerja-kerja dekat rangka manusia di sebuah kubur di biara Sant'Orsola di Florence kelmarin yang dipercayai wanita dalam lukisan Mona Lisa.
SEORANG ahli arkeologi melakukan kerja-kerjadekat rangka manusia
di sebuah kubur di biara Sant'Orsola di Florence kelmarin yang
dipercayai wanita lukisan Mona Lisa. 

FLORENCE - Beberapa ahli arkeologi kelmarin menemui satu rangka manusia di bawah simen biara Sant'Orsola di sini yang dipercayai mungkin model wanita lukisan Mona Lisa yang dilukis oleh pelukis terkenal, Leonardo da Vinci. 

Sebelum ini beberapa rangka tulang manusia juga telah ditemui dalam misi mencari kubur model tersebut yang dipercayai isteri seorang pedagang sutera, Francesco del Giocondo iaitu Lisa Gherardini. 

Kerja-kerja untuk mencari rangka Gherardini itu diketuai seorang ahli arkeologi Itali, Silvano Vinceti di biara tersebut pada tahun lalu. 

Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan

2 comments:

Ternyata sekarang ini musim panas dan ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan. Namun perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin. Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. 

WW : Banyaknya Ganjaran Puasa Ramadhan

No comments:


Evolusi Kereta Pintar

No comments:
Pemandu hanya perlu melakukan isyarat tangan bagi menghidupkan dan mematikan penghawa dingin dalam kereta.
Pemandu hanya perlu melakukan isyarat tangan bagi menghidupkan
dan mematikan penghawa dingin dalam kereta. 

Suis atau punat tertentu bagi mengendalikan fungsi-fungsi kereta mungkin tidak lagi relevan dalam tempoh dua tahun lagi. 

Ini kerana, jurutera pakar dari syarikat pengeluar audio elektronik global, Harman telah menghasilkan gajet yang hanya memerlukan pemandu untuk mengenyitkan mata atau melakukan ekspresi muka sama ada bagi mengurangkan bunyi audio atau suhu penghawa dingin dalam kereta. 

Dengan hanya menggunakan sensor infra merah yang dipasang pada papan pemuka kereta, ia mampu mengenal pasti mimik wajah pemandu bagi mengawal kenderaan mereka. 

Wordless Wednesday : Lumrah Kehidupan

No comments:

Semakin Banyak Udang Karang Berwarna-Warni Ditangkap

No comments:
GAMBAR yang bertarikh 26 Jun lalu menunjukkan udang karang pelbagai warna di syarikat New Meadows Lobster di Portland pada 21 Julai lalu.
GAMBAR yang bertarikh 26 Jun lalu menunjukkan udang karang pelbagai
warna di syarikat New Meadows Lobster di Portland pada 21 Julai lalu. 

PORTLAND, Amerika Syarikat - Para saintis kini mendapati terdapat banyak udang karang yang berwarna biru, oren, kuning dan berwarna-warni yang tersangkut pada jaring nelayan sejak dua tahun lalu di sini. 

Pada kebiasaannya, udang karang yang ditangkap nelayan di sini berwarna coklat kehijauan. 

Sebelum ini terdapat penulisan yang menyatakan kebarangkalian untuk menangkap udang karang berwarna biru ialah seekor bagi setiap dua juta ekor. 

Wordless Wednesday : Anti-Cancer Superfruits

No comments:


Kadar Zakat Fitrah 2012 | 1433 (Seluruh Malaysia)

2 comments:

Di bawah ni, senarai kadar zakat fitrah mengikut negeri-negeri di seluruh Malaysia, dan lafaz niat bagi mereka yang membayar zakat fitrah ini. 

Obor-obor tiruan untuk pesakit jantung

No comments:
OBOR-OBOR tiruan berenang di dalam sebuah kontena air masin di lokasi yang tidak didedahkan pada 22 Julai lalu.
OBOR-OBOR tiruan berenang di dalam sebuah kontena air masin
di lokasi yang tidak didedahkan pada 22 Julai lalu. 

Menggunakan sel daripada jantung tikus dan silikon polimer yang amat nipis, sekumpulan saintis kelmarin melaporkan mereka telah mencipta obor-obor tiruan yang mungkin boleh menyelamatkan pesakit jantung. 

Penemuan itu diharapkan mampu untuk menghasilkan sebuah pam untuk jantung. 

Seorang profesor kejuruteraan bio di Sekolah Kejuruteraan dan Sains Gunaan Universiti Harvard, Kevin Kit Parker mengetuai kajian untuk menghasilkan obor- obor tersebut. 

Penciptaan itu membolehkan para saintis mengkaji sistem pam sekali gus menciptanya untuk kegunaan jantung manusia yang bermasalah. 

Obor-obor itu diletakkan di dalam sebuah tangki makmal yang mengandungi cecair yang boleh mengalirkan elektrik. 

Para saintis itu kemudian meletakkan suis bagi menyalirkan tenaga elektrik berkuasa satu atau lima volt ke dalam cecair tersebut bagi membolehkan obor-obor itu bergerak. [Sumber


Kesian pakcik ni... dah 5 kali rumah dia kena langgar...

No comments:
WARDLE bersama gambar empat kemalangan di kawasan rumahnya.
WARDLE bersama gambar empat kemalangan di kawasan rumahnya. 

Sepasang suami isteri yang sudah bersara gagal menjual rumah mereka berharga £350,000 (RM1.75 juta) selepas kediaman itu dirempuh lima kereta dalam masa kurang dua tahun. 

Tom Wardle, 66 dan isteri, Shirley, 72, pernah membaiki tembok laman rumah mereka dua kali dalam masa sebulan selepas pemandu hilang kawalan ketika membelok berhampiran hartanah itu meskipun had laju di kawasan itu ditetapkan pada 48 kilometer sejam. 

Kemalangan berulang kali itu menyebabkan syarikat insurans pasangan berkenaan menanggung kos sebanyak £15,000 (RM75,000) dan kini mereka gagal menjual rumah teres empat bilik itu. Lima kemalangan memusnahkan tembok sepanjang 4.8 meter dan tinggi satu meter itu terjadi antara September 2010 hingga 4 Julai lalu. 

Polis Nepal Hidu Bau Nafas Penunggang Motosikal

2 comments:
SEORANG anggota polis menghidu bau nafas seorang penunggang motosikal semasa satu sekatan jalan raya diadakan di Kathmandu pada 17 Julai lalu.
SEORANG anggota polis menghidu bau nafas seorang
penunggang motosikal semasa satu sekatan jalan raya
diadakan di Kathmandu pada 17 Julai lalu. 

KATHMANDU - Beberapa anggota polis di sini menghidu bau nafas para penunggang motosikal bagi mengesan mereka yang meminum minuman keras, lapor agensi berita AFP semalam. 

Ketiadaan alat penguji nafas dan ujian darah menyebabkan anggota-anggota polis menggunakan kaedah mengesan bau nafas para penunggang motosikal. 

Salah seorang penunggang motosikal itu, Ram Thapa, 27, telah dikenakan denda sebanyak 1,000 rupee (RM37.79) manakala lesennya dirampas kerana polis mendapati nafasnya menunjukkan dia telah meminum minuman keras. 

Namun, dia tidak ditangkap. 

Menurutnya, dia minum tiga gelas kecil wain buatan tempatan. [Sumber


Budak Makan Bilik Tidur

2 comments:
RACHEL dan anaknya, Zach. (Gambar kecil) Keadaan plaster bilik yang dimakan Zach.
RACHEL dan anaknya, Zach.
(Gambar kecil) Keadaan plaster bilik yang dimakan Zach. 

SALFORD: Ibu kanak-kanak yang menghidap penyakit ganjil yang menyebabkan dia tidak boleh menolak untuk makan apa saja yang berada di bilik tidurnya, merayu bantuan untuk membiayai sebuah bilik yang ‘boleh dimakan’ oleh kanak-kanak itu. 

Zach Tahir yang menghidap Kecelaruan Selera Makan, memakan apa saja yang terdapat di bilik tidurnya, termasuk permaidani dan plaster. Ibu kanak-kanak berusia lima tahun itu, Rachel, yang tinggal di Salford, melancarkan kempen untuk membina sebuah bilik selamat untuknya selepas semakin bimbang mengenai keadaan anaknya. 

Hukum Menggunakan Ayat Suci Al-Quran Sebagai Ringtone

No comments:

Penggunaan Ayat Suci Al-Quran Sebagai Nada Dering Adalah Haram 

Saya dapati masih ramai lagi di kalangan kita yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai ringtone/nada dering. Niat mereka mungkin baik iaitu mungkin mendapat pahala apabila mendengar ayat-ayat suci tersebut.  

Tetapi, tanpa mereka sedari amalan tersebut sebenarnya dilarang dalam Islam. 

Satu mesyuarat Majlis Fatwa Ulama’ Saudi telah diadakan pada 17 Nov 2007 membincangkan perkara ini. Majlis ini dihadiri oleh 70 org perwakilan figh dunia dan ianya dipengerusikan oleh Mufti besar Arab Saudi Sheikh Abdul Aziz Ali Al-Syeikh. Hasil daripada perbincangan, ulama-ulama berpendapat: 

Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan

No comments:
Kesalahan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan

(Sumber dari Facebook)


Asap Rokok: Wanita Boleh Minta Cerai

No comments:
Pelbagai amaran diletakkan di kotak rokok, namun tidak menghalang jumlah perokok yang kian bertambah.
Pelbagai amaran diletakkan di kotak rokok, namun tidak menghalang
jumlah perokok yang kian bertambah. 

Hakim beri syarat amalan merokok ancam kesihatan 

Riyadh: Wanita Arab Saudi yang berdepan masalah kesihatan kerana suami mereka merokok dibolehkan memfailkan kes cerai terhadap suami, kata hakim yang ditemubual akhbar Al Watan. 

Hakim Mahkamah Rayuan, Ebrahim Khodairi, berkata peraturan undang-undang dipohon dalam kes seperti itu yang boleh sampai ke tahap perceraian. 

Meriam Ramadan Teruskan Tradisi Berpuasa Di Makkah

No comments:
Meriam yang terletak di Gunung Meriam (Jabal Al-Midfa), di Makkah.
Meriam yang terletak di Gunung Meriam (Jabal Al-Midfa) di Makkah. 

MAKKAH: Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk bandar suci ini mendengar bunyi tembakan meriam sepanjang Ramadan setiap tahun. 

Kerana sudah terlalu biasa, ramai penduduk, baik tua mahupun muda, tidak akan berbuka selagi mereka tidak mendengar bunyi tembakan meriam itu. 

Selain sebagai tanda waktu berbuka, meriam itu yang terletak kawasan yang dinamakan penduduk Makkah sebagai Gunung Meriam (Jabal Al-Midfa) juga digunakan untuk menandakan waktu Imsak dan permulaan bulan Ramadan. 

Sepotong Roti Bakar Tahun 1981 Dilelong

No comments:
SEPOTONG roti bakar yang dilelong pada harga RM1,131.
SEPOTONG roti bakar yang dilelong pada harga RM1,131. 

Sepotong roti bakar yang dipercayai dihidangkan pada 1981 untuk pewaris pertama takhta diraja Britain, Putera Charles dilelong kelmarin pada harga AS$359 (RM1,131), lapor agensi berita Reuters kelmarin. 

Roti itu dihidangkan untuk sarapan pagi di Istana Buckingham pada hari perkahwinan Charles dengan Puteri Diana pada 29 Julai 1981. 

Pemilik roti itu sebelum ia dilelong ialah Rosemarie Smith yang kini berusia 83 tahun. 

Martabat Orang Berpuasa

No comments:

:: MARTABAT ORANG BERPUASA :: 

Orang yang bepuasa itu ada tiga martabat, iaitu: 
a. Martabat puasa orang 'Mubtadi' (orang awam). 
b. Martabat puasa orang 'Mutawasid' (murid). 
c. Martabat puasa orang 'Muntaha' (orang 'arif) 

Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa

No comments:
As-salam... Esok start puasa, so, malam ni, boleh la hafal semua ayat kat bawah ni.... :D 


Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia, khasnya, dan juga di seluruh dunia. :) 


Jongkong Perak Bernilai RM121 juta Ditemui Di Dasar Laut

No comments:
BEBERAPA kru Odyssey yang berada di atas 
kapal Seabed Worker kelmarin memeriksa jongkong 
perak yang ditemui dari kapal SS Gairsoppa. 
Syarikat Odyssey Marine Exploration Inc. yang terkenal kerana menemui bangkai kapal Black Swan bernilai AS$500 juta (RM1.59 bilion) di perairan Portugal pada 2007 menyatakan, pihaknya menemui 48 tan jongkong perak di dalam sebuah kapal dagang Britain yang dibedil di perairan Ireland 70 tahun lalu. 

Pada harga semasa, penemuan tersebut bernilai sekitar AS$38 juta (RM121 juta) manakala syarikat itu kelmarin memberitahu, lebih banyak harta karun bakal ditemui di dalam kapal berkenaan. 

Menurutnya, bangkai kapal tersebut terletak sekitar 4.8 kilometer di bawah permukaan laut. 

Jongkong itu ditemui daripada bangkai kapal Gairsoppa. 

Kapal kargo sepanjang 125.5 meter itu tenggelam selepas dibedil sebuah kapal selam Jerman semasa Perang Dunia Kedua. 

Di bawah satu perjanjian bersama kerajaan Britain, Odyssey dibenarkan menyimpan 80 peratus harta karun berkenaan selepas kos perbelanjaan ditolak. 

Nilai kesemua jongkong tersebut berada pada sekitar AS$190 juta (RM605.4 juta). [Sumber


Mayat Rajesh Khanna Dibakar

No comments:
MAYAT Khanna berada di atas sebuah lori sebelum dibakar di Mumbai semalam.
MAYAT Khanna berada di atas sebuah lori sebelum dibakar di Mumbai semalam. 

MUMBAI - Ribuan peminat bintang filem pertama Bollywood, mendiang Rajesh Khanna berkumpul di tepi jalan ketika hujan semasa sebuah lori berhias yang membawa mayatnya untuk dibakar bergerak dari rumahnya semalam. 

Hanya wajahnya didedahkan manakala tubuhnya yang lain dipenuhi dengan bunga melur semasa mayatnya diarak menuju ke tempat pembakaran. 

Kebanyakan peminat yang hadir mencampakkan cebisan-cebisan bunga ke arah lori tersebut. 

Khanna meninggal dunia kelmarin pada usia 69 tahun selepas beberapa bulan sakit kerana kanser. 

Antara filem lakonannya ialah Kati Patang, Amar Prem dan Anand. 

Menantunya juga ialah seorang pelakon filem Bollywood, Askay Kumar. 

Polis terpaksa menggunakan baton bagi mengelak para peminat fanatik mendekati lori tersebut sehingga sebahagian daripada mereka terjatuh di tepi jalan. [Sumber


Rajesh Khanna Meninggal Dunia

2 comments:
Rajesh Khanna (1942-2012)

Rajesh Khanna yang sering disebut sebagai ‘superstar pertama’ Bollywood dan pelakon filem Hindustan paling diminati pada zamannya, meninggal dunia semalam, selepas sakit selama beberapa bulan. 

Dia berusia 69 tahun. 

Agensi berita The Press Trust of India melaporkan, Khanna yang lebih dikenali sebagai ‘Kaka’ (pakcik) di kalangan peminatnya, meninggal dunia di kediaman keluarganya di Mumbai selepas keluar dari hospital awal minggu ini. 

Khanna bukan berasal dari dinasti pelakon seperti kebanyakan aktor Bollywood lain. Dia dilahirkan di Amritsar, barat laut India pada 1942 dan mula berlakon di pentas pada zaman persekolahannya. 

Filem pertamanya berjudul ‘Aakhri Khat’ (Surat Terakhir) yang diterbitkan pada 1966. Bagaimanapun, popularitinya meledak tiga tahun kemudian menerusi filem ‘Aaradhna’ (Sembah), diikuti dengan lebih banyak kejayaan menerusi filem selepas itu. [Sumber


Ubat Lawan HIV Dikeluarkan

No comments:
Truvada Gilead Sciences
Truvada Gilead Sciences 

WASHINGTON - Buat pertama kalinya pil harian membantu pencegahan rebakkan HIV diluluskan pihak penguat kuasa Amerika Syarikat (AS) selepas 30 tahun menjalankan kajian terhadap virus yang menyebabkan jangkitan Aids. 

Pengurusan Perubatan dan Makanan AS, kelmarin mengesahkan sejenis pil harian Truvada Gilead Sciences sebagai satu langkah pencegahan kepada individu yang berisiko tinggi terdedah kepada HIV melalui aktiviti seksual. 

Dalam pada itu, penguasa kesihatan awam berkata kelulusan itu boleh membantu memperlahankan penyebaran HIV yang mana telah menjangkiti kira-kira 50,000 manusia setiap tahun di AS. 

Sehingga kini, pakar mengesahkan seramai 240,000 orang di AS masih tidak sedar bahawa mereka kini berstatus pembawa HIV selain 1.2 juta rakyatnya telah dijangkiti HIV dan rawatan menerusi ubatan antivirus dikesan dapat mengurangkan jangkitan berkenaan. [Sumber


Jarum Ditemui Dalam Sandwich

No comments:

MINNEAPOLIS - Syarikat Delta Air Lines kini sedang menyiasat bagaimana beberapa jarum ditemui terselit di dalam sandwic yang disediakan untuk empat penerbangan dari Amsterdam ke Amerika Syarikat. 

Jurucakap sistem penerbangan itu, Kristin Baur menyatakan mereka menerima laporan tersebut pada Ahad lalu, di mana enam sandwic didakwa mengandungi jarum. 

Seorang daripada penumpang pesawat ke Minneapolis dilaporkan cedera tetapi mangsa enggan mendapatkan rawatan lanjut. 

"Pemeriksaan terhadap penyediaan makanan telah dipertingkatkan. Kami akan menggunakan makanan dalam bungkusan sementara siasatan masih dijalankan," katanya. [Sumber




SubhanALLAH..! Bayi Lahir Bersama Al-Quran

1 comment:

LAGOS, Nigeria – Seorang bayi telah dilahirkan bersama Al-Quran dari rahim ibunya. Kejadian itu telah memeranjatkan ibunya dan mendapat perhatian dari kalangan Ulama. Akhirnya ibunya memeluk agama Islam. 

Mayat Gaddafi Dipersenda (Video)

No comments:
ANGGOTA pemberontak perkotak-katik mayat Gaddafi.
ANGGOTA pemberontak perkotak-katik mayat Gaddafi. 

TRIPOLI: Rakaman video menjijikkan yang kelihatan menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dijadikan tempat untuk melepaskan geram muncul di Internet, semalam. 

Dalam video yang dimuatnaikkan ke YouTube menunjukkan pemberontak yang marah terhadap bekas pemimpin itu menggunakan mayat diktator berkenaan seolah-olah sebagai anak patung untuk dipersenda. 

Rakaman itu disedari selepas seorang aktivis antikerajaan Syria mengaitkannya dalam Twitter bagi tujuan mengancam Presiden Bashar al-Assad. 

Wordless Wednesday : Petua Imam Syafie

No comments:


Wordless Wednesday : Warming Up Ramadhan

No comments:

10 Sebab Cuci Motor Lebih Baik Dari Berkhalwat

No comments:

1. Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah. 

2. Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan. 

3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun. 

4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati. 

Peralatan Kecergasan Berasaskan Kayu Dari Rusia

2 comments:
TITOV melihat anaknya menguji salah satu peralatan kecergasaan yang diciptanya di pekarangan rumah mereka di Novopyatnitskoye kelmarin.
TITOV melihat anaknya menguji salah satu peralatan kecergasaan yang
diciptanya di pekarangan rumah mereka di Novopyatnitskoye kelmarin.  

Seorang ahli psikologi lulusan Universiti Negeri Leningrad, Valery Titov mencipta lebih 20 peralatan kecergasan dengan menggunakan kayu. 

Peralatan itu dihasilkan dengan menggunakan kayu pain Angara dan cedar tanpa sebarang komponen logam. 

Titov yang berusia 63 tahun yang merupakan seorang penternak lebah tinggal di Novopyatnitskoye, 120 kilometer ke timur bandar Krasnoyarsk, Rusia. 

Menurutnya, buat masa ini, tiada pelabur dan ahli perniagaan yang berminat dengan ciptaannya itu. [Sumber]. 


Undang-Undang Baru Atasi Jenayah Hina Islam

No comments:

Kerajaan Arab Saudi dilapor mempertimbangkan untuk menguatkuasakan undang-undang baru sebagai usaha membanteras jenayah menghina Islam, termasuk dalam media sosial, dengan mengenakan hukuman yang berat. 

Akhbar al-Watan yang memetik kenyataan sumber berkata, dalam tempoh dua bulan akan datang, Majlis Syura akan mendedahkan keputusan kajian yang dijalankan untuk mewujudkan undang-undang baru itu dalam menangani jenayah tersebut. 

Keputusan untuk melaksanakan undang-undang tersebut dibuat selepas kolumnis dan blogger Arab, Hamza Kashgari, 23, ditahan pada lima bulan lalu atas kesalahan mengeluarkan kenyataan yang menghina Nabi Muhammad dalam laman Twitternya. [Sumber


eBay Jual Kereta Curi

No comments:
Kereta Austin-Healey tahun 1967

Seorang lelaki Texas yang kehilangan keretanya 42 tahun lalu, menemui semula kenderaan itu di California selepas mengesannya di eBay, kata pihak berkuasa semalam. 

Robert Russell memberitahu, dia tidak pernah berhenti mencari kereta Austin-Healey keluaran 1967 itu selepas dicuri dari rumahnya di Philadelphia pada 1970. 

Kisah Nenek, Ubi dan Beca

1 comment:

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian. 

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari." 

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan." 

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?" 

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...