Ni apa ceritanya kat sini?

April Fool: Hari Umat Islam Dibunuh

No comments:


Bulan Mac telah melabuhkan tirainya. Bulan April kini menjelma. Terdapat suatu kebiasaan jahiliyah yang harus kita berwaspada sebagai seorang Muslim iaitu 1 April sebagai hari ‘April Fool’. April Fool adalah hari di mana orang-orang diperbolehkan untuk menipu atau berbohong tetapi orang lain. Tetapi tahukah anda apakah itu April Fool yang sebenarnya? 

Pembantu Rumah Bawa Beg Askar

No comments:
Isu Beg Timbulkan Kemarahan Rakyat 

SINGAPURA: Gambar seorang pembantu rumah berjalan di belakang seorang askar sambil membawa beg galasnya, menyebabkan kemarahan rakyat Singapura selain menimbulkan kebimbangan bahawa rekrut dalam angkatan tentera republik itu terlalu dimanjakan. 

Gambar itu yang disiarkan media Singapura dan dalam internet minggu ini menunjukkan seorang askar lelaki dengan pakaian seragam tentera dan but tempur berjalan di kaki lima. 

Pembantu rumah askar itu pula mengekorinya di belakang dengan membawa beg galas tentera yang disandang di bahu kirinya. 

Pelbagai reaksi diterima daripada gambar itu yang disiarkan buat kali pertama di laman Facebook. Ada pihak menganggapnya sebagai satu hiburan semata-mata tetapi ada pula yang marah dan mendakwa generasi tentera republik itu sekarang ‘terlalu lembut.’ 

“Di sebalik kejayaan setiap anggota Angkatan Tentera Singapura (SAF) adalah seorang pembantu rumah,” kata seorang pelayar internet di laman Twitter yang menamakan dirinya sebagai Chinteresting. 

“SAF perlu mencari pembantu rumah berkenaan dengan segera dan memasukkannya dalam angkatan tentera. Dia seorang yang gagah,” kata seorang lagi pelayar dikenali Rod-Man14 di laman sama. 

“Jika dia tidak mampu membawa begnya sendiri, bagaimana kita akan bergantung harap kepada askar seperti ini untuk mempertahankan Singapura,” kata Heavencry09 dalam ruangan forum portal berita xinmsn. 

Singapura mewajibkan semua rakyat lelaki republik itu berusia 18 tahun menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun. 

Laporan berita menyiarkan kritikan dan latihan ketenteraan sekarang yang tidak tegas berbanding apa yang dihadapi generasi sebelum ini berikutan bantahan ibu bapa. 

Penganalisis bagaimanapun berkata gambar berkenaan tidak mencerminkan angkatan tentera Singapura yang sebenar. 

“Ini adalah satu insiden membabitkan seorang saja anggota tentera yang memang dimanjakan,” kata pakar hal-ehwal ketenteraan di Sekolah Kajian Antarabangsa S Rajaratnam, Bernard Loo. – AFP 

Petikan: Berita Harian


Setem Pasangan Diraja Britain Dijual

No comments:

LONDON: Pertubuhan Royal Mail Britain meraikan perkahwinan Putera William dan Kate Middleton bulan depan dengan mengeluarkan satu set setem baru memaparkan pertunangan rasmi pasangan itu. 

Dua gambar (kanan) pasangan berkenaan diambil jurugambar selebriti dan fesyen, Mario Testino akan dicetak pada setem peringatan berkenaan. 

Setem itu dipersetujui William dan akan dikeluarkan secara rasmi pada 21 April sempena ulang tahun keputeraan Ratu Elizabeth II. 

William sebelum ini pernah dipaparkan di setem sebanyak dua kali sempena ulang tahun kelahiran ke-100 ibu Ratu pada 4 Ogos 2000 dan tiga tahun lalu sempena ulang tahun beliau yang ke-21. 

Setem terbabit boleh ditempah melalui halaman web Royal Mail mulai 7 April depan. 

“Kami berbesar hati untuk turut sama menyambut majlis bersejarah itu,” kata pegawai kanan Royal Mail, Stephen Agar. 

“Kami percaya, setem ini akan menjadi popular di kalangan penduduk Britain dan seluruh dunia,” katanya lagi. – AP/Reuters 

Petikan: Berita Harian 


'Spiderman' Takluki Burj Khalifa

No comments:
DUBAI - Pemanjat nekad dari Perancis, Alain Robert berdepan cabaran terhebatnya apabila memanjat binaan setinggi 828 meter yang merupakan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, semalam. 

Halangan angin kencang menyebabkan Robert, 48, tiba di puncak Burj Khalifa lewat beberapa jam daripada jadual asalnya. 

Mendapat jolokan Spiderman kerana kehebatannya memanjat, dia mengambil masa sekitar enam jam untuk memanjat bangunan setinggi lebih 160 tingkat itu dengan menggunakan tali dan abah-abah seperti yang ditetapkan oleh penganjur. 

"Sebenarnya, saya berdepan tekanan yang besar kerana mereka memasang semuanya untuk saya di sini. Terdapat sebuah skrin gergasi setinggi 50 meter dan sepanjang 30 meter. Saya sedar saya menjadi tumpuan orang ramai dan faktor tersebut memberi tekanan kepada saya," kata Robert sebelum mula memanjat. 

Dia memanjat bangunan seawal usia 12 tahun apabila terpaksa memanjat untuk masuk ke dalam apartmen setinggi lapan tingkat milik keluarganya selepas tertinggal kunci rumah. 

Sejak itu, Robert telah memanjat lebih 80 buah bangunan pencakar langit di seluruh dunia termasuk Menara Sears di Chicago, Amerika Syarikat (AS) dan Taipei 101 di Taiwan.- Reuters 

Petikan: KOSMO


Bapa Pengasas Internet Meninggal Dunia

No comments:
Paul Baran
LOS ANGELES - Seorang jurutera Amerika Syarikat (AS) yang membantu mencipta Arpanet, Paul Baran meninggal dunia pada usia 84 tahun di California pada Sabtu lalu, lapor akhbar The New York Times semalam. 

Arpanet adalah merupakan sistem Internet pertama di dunia yang digunakan oleh tentera AS. 

Memetik kenyataan anak lelaki saintis berkenaan, akhbar The New York Times menyatakan bahawa Baran meninggal dunia di rumahnya di Palo Alto, negeri California akibat barah paru-paru. 

Dalam beberapa kertas kajian teknikal yang disiarkan dalam tahun 1960-an, Baran mencadangkan untuk membina satu rangkaian komunikasi yang lebih kebal terhadap serangan atau gangguan siber berbanding rangkaian komunikasi sedia ada, kata laporan tersebut. 

Menurut The New York Times, ciptaan Baran yang dihasilkan pada pertengahan tahun 1960-an adalah jauh ke hadapan daripada zamannya, sehinggakan sebuah syarikat komputer utama AS, AT&T menolak untuk bekerjasama membina rangkaian komunikasi itu. 

"Baran tidak takut memilih jalan bertentangan dengan pendapat dan idea semasa," seorang timbalan presiden syarikat Google, Vinton Cerf dipetik sebagai berkata oleh akhbar berkenaan. 

"AT&T berulang kali menyatakan bahawa idea rangkaian Internet itu tidak akan berjaya dan enggan terlibat dalam projek Arpanet," tambahnya. 

Arpanet kemudian dibina oleh Jabatan Pertahanan AS dalam tahun 1969, lapor akhbar The New York Times. Ia akhirnya digantikan dengan Internet yang kita kenali sekarang. - AFP 

Petikan: KOSMO

Lukisan Dinosaur Dalam Gua

No comments:
Seorang ahli biologi membuat spekulasi dengan mendakwa haiwan prasejarah, dinosaur dan manusia pernah hidup bersama, lapor sebuah akhbar semalam.

Professor biologi dari Universiti Fayetteville State berkata, beliau menemui lukisan mirip seekor dinosaur dari jenis pemakan sayur, sauropod pada tahun 2009 lalu. 

Lukisan itu ditemui di dinding gua Jambatan Kachina, Utah. 

Lakaran haiwan dinosaur sauropod.
Ia kelihatan seperti tompok-tompok cerah dan jika dilihat sekali imbas bentuk lukisan tersebut mempunyai bentuk leher yang panjang serta empat kaki. 

Pelik dengan gambaran tersebut, dia membawa foto lukisan itu kepada seorang ahli arkeologi, Sally Cole yang pakar dalam lukisan dinding prasejarah. 

Namun, ramai saintis mendakwa adalah mustahil untuk manusia hidup sezaman dengan dinosaur dan lukisan prasejarah itu adalah lukisan ular dan kakinya mungkin kesan lumpur sahaja. - Agensi 

Petikan: KOSMO

Kuda Paling Kerdil Di Dunia

No comments:



NEW HAMPSHIRE - Seekor kuda kerdil, Einstein yang merupakan kuda paling kecil di dunia akan menyambut hari ulang tahun kelahiran yang pertama pada bulan depan, lapor sebuah akhbar semalam. 

Einstein yang hanya mempunyai ketinggian 50.8 sentimeter dan ia menjadi tarikan kerana kuda kerdil yang normal yang lahir akan mempunyai purata tinggi 0.53 meter. 

Bagaimanapun, pihak Guinness World of Records tidak akan mengiktiraf Einstein menjadi kuda kerdil paling kecil di dunia selagi haiwan itu belum berumur empat tahun. 

"Namun, kami berdua yakin ia (Einstein) sudah berhenti pembesarannya," kata pemilik kuda kerdil itu, Charlie Cantrell dan Rachel Wagner di ladang milik mereka di Barnstead. 

Ibu kuda itu setinggi 81.3 sentimeter manakala bapa haiwan itu mempunyai ketinggian 76.2 sentimeter. 

Kuda itu dibeli oleh pemiliknya daripada seorang pembiak kuda kerdil. - Agensi 

Petikan: KOSMO

Tidak Perlu Lapor Polis Jika Hilang MyKad

1 comment:
PUCHONG - Jika sebelum ini orang ramai yang kehilangan MyKad atau pasport perlu membuat laporan polis namun kini mereka tidak perlu berbuat demikian. 

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, mereka yang kehilangan kedua-dua dokumen itu hanya perlu ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan baru mulai 1 Mac lalu. 

"Mengikut rekod sebanyak empat juta laporan polis telah dibuat sehingga hari ini. 

"Kita tidak mahu lagi menyusahkan pihak polis dan mengambil inisiatif ini untuk membantu meringankan beban mereka," katanya selepas Majlis Penyerahan Pangkat Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di sini semalam.

Petikan: KOSMO


Pokok Dipenuhi Sarang Labah-Labah

No comments:

KARACHI, Pakistan - Sejumlah pokok di wilayah Sindh dekat sini dipenuhi dengan sarang labah-labah sehingga menghasilkan satu pemandangan yang menyeramkan, lapor sebuah akhbar semalam. 

Walaupun kejadian banjir melanda Pakistan tahun lepas tetapi terdapat air yang masih lagi tidak surut sepenuhnya menyebabkan banyak serangga kecil menjadikan pokok sebagai tempat tinggal. 

Menurut penduduk tempatan, mereka tidak pernah melihat fenomena tersebut berlaku sebelum ini tetapi sarang labah-labah itu telah berjaya mengurangkan populasi nyamuk. 

Sebahagian besar kawasan bencana yang melanda Pakistan masih lagi belum surut selepas enam bulan hujan lebat melanda negara itu. 

Fenomena pokok yang menggerunkan itu pula adalah kesan terbaru akibat banjir besar yang telah menyebabkan 2,000 orang terbunuh. - Agensi

Petikan: KOSMO


Basikal Nilon Pertama Di Dunia

No comments:


BRISTOL - Sebuah basikal diperbuat daripada nilon, yang pertama di dunia dengan hanya dicetak menggunakan komputer berteknologi tinggi. 

Airbike, adalah hasil projek luar biasa dan ia sekuat besi dan aluminium namun teknologi ini memiliki berat 65 peratus kurang daripada basikal biasa. 

Penyelidik kumpulan Pertahanan Penerbangan dan Angkasa Eropah yang berpusat di Bristol, Britain mereka bentuk Airbike dengan hanya menggunakan komputer dan kemudian menghantarnya ke pencetak, yang menempatkan lapisan serbuk nilon cair di atas satu sama lain untuk mencipta rangka basikal itu. 

Peralatan seperti gear, pedal dan roda pula dibuat di kilang berbeza dan dipasang untuk menjadi satu basikal yang lengkap. 

Airbike juga boleh dicipta mengikut spesifikasi penunggang supaya tidak perlu membuat sebarang pelarasan. 


Petikan: Sinar Harian 


Kunyit Pengesan Bahan Letupan

No comments:
Gambar hiasan. 

NEW YORK - Bahan kimia utama yang terdapat dalam serbuk kunyit boleh menjadi kandungan asas untuk pengesan bahan letupan, menurut penyelidik. 

Persatuan Fizikal Amerika Syarikat melaporkan, serbuk kunyit mampu menggantikan jalan penye­lesaian lebih kompleks untuk mengesan bahan letupan seperti TNT. 

Selain itu, serbuk ini juga telah digunakan dalam pelbagai teknik mengesan dan analisis oleh pihak kerajaan kerana ia lebih murah berbanding bahan kimia lain. 

Kajian menunjukkan, menerangi beberapa bahan kimia menyebabkan ia kembali memancarkan cahaya warna berbeza, kadang-kala untuk jangka masa yang panjang seperti bahan bercahaya dalam gelap. 

Keamatan cahaya yang dipancarkan semula boleh berubah jika berbeza molekul dikesan dan itu cara bagaimana teknik mengesan dimanfaatkan. 

Petikan: Sinar Harian 


Wajah Haiwan Mirip Yoda (Star Wars)

No comments:
Haiwan Tarsier yang memiliki wajah mirip watak Yoda. 

MANILA - Seorang jurugambar, Erik Mikhailov merakamkan gambar seekor haiwan yang mirip satu watak dalam siri filem Star Wars, Yoda ketika dia mengunjungi sebuah kawasan hutan hujan di Filipina baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam. 

Sebenarnya, haiwan yang dirakamkan gambar itu merupakan Tarsier yang mempunyai ciri-ciri fizikal mirip watak Yoda. 

Haiwan itu mempunyai bentuk telinga yang tajam ke atas dan memiliki mata besar. 

"Saya terus teringatkan Yoda (semasa melihat haiwan tersebut). Ketika itu, saya tidak tahu jenis makhluk tersebut walaupun terdapat pelbagai kehidupan yang menakjubkan untuk dilihat," katanya. 

Tarsier merupakan haiwan yang hidup di Asia Tenggara. Ia dikenali dengan nama Maumag di Filipina dan mempunyai mata sangat besar dan menjadikan serangga sebagai makanan. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Dulu Bilik, Sekarang Akuarium

No comments:


NOTTINGHAM - Tidak ramai yang sanggup menukarkan bilik bawah tanah kediaman mereka menjadi sebuah akuarium besar tetapi itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki di Britain, Jack Heathcote, lapor sebuah akhbar semalam. 

Heathcote, 37, membina akuarium persendirian itu dengan kos £5,000 (RM24,603) di rumahnya di sini dan memenuhinya dengan beberapa spesies hidupan air tawar eksotik. 

Akuarium gergasi itu yang berukuran 3.8 meter x 3.9 meter x 2.1 meter terletak di bawah ruang tamu kediaman lima biliknya. 

"Hobi saya bukan sekadar menguasai hidup saya tetapi ia juga menguasai rumah saya," katanya. 

Lelaki itu yang bekerja sebagai guru turut memberitahu, tiada televisyen di rumahnya kerana dia lebih gemar melihat ikan-ikan peliharaannya itu berenang. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Budak 3 Tahun Seberat 60kg

No comments:
Lu Hao didukung oleh bapanya, di wilayah
Guandong, China, baru-baru ini. 
BEIJING, China - Seorang kanak-kanak, Lu Hao yang berusia tiga tahun memiliki berat sebanyak 59.87 kilogram (kg), lima kali lebih berat daripada kanak-kanak seusia dengannya, lapor sebuah akhbar semalam. 

Hao yang dilahirkan normal dengan berat badan hanya 2.6kg. 

Bagaimanapun, dia membesar dari semasa ke semasa sehingga mencecah usia tiga bulan sehingga tubuhnya gemuk dan setinggi 107 sentimeter. 

Selera makan kanak-kanak yang berasal dari wilayah Guangdong itu cukup tinggi apabila dia boleh menghabiskan tiga mangkuk nasi semasa waktu makan. 

Menurut bapanya, Lu Yuncheng, tabiat pemakanan Hao lebih besar berbanding dia dan isterinya. 

Keluarga Hao dilaporkan cuba untuk memantau amalan diet anaknya sejak dia berusia setahun. 

Laluan Pejalan Kaki Unik

No comments:

ALICANTE, Sepanyol - Satu laluan pejalan kaki yang dibina dengan menggunakan bata di bandar tepi pantai di sini memiliki corak kiub yang memberikan kesan tiga dimensi (3D) apabila dipandang, lapor sebuah akhbar semalam. 

Laluan itu mencetuskan kontroversi berikutan ilusi 3D tersebut menyebabkan orang ramai berasa gayat apabila melaluinya. 

Corak 3D itu menampakkan laluan berkenaan curam dengan susunan bata itu menyerupai anak tangga yang besar walaupun ia sebenarnya rata dan landai. - Agensi 

Petikan: KOSMO 


Twitter Rai Ulang Tahun Kelima

No comments:


SAN FRANCISCO 22 Mac - Twitter meraikan ulang tahun kelimanya semalam dengan menyiarkan satu video promosi memaparkan selebriti berbicara mengenai perkhidmatan mikroblogging itu. 

Video yang boleh disaksikan di discover.twitter.com itu menampilkan usahawan Sir Richard Branson, bintang tenis Serena Williams, angkasawan Paolo Nespoli, penyanyi rep Snoop Dogg dan ramai lagi yang menjelaskan mengapa mereka menggunakan Twitter. 

Pengasas Twitter, Jack Dorsey membuat tweet pertamanya pada 21 Mac 2006 dengan mesej 'baru sahaja membuka twitter saya' diikuti tweet 'kemanusiaan' pertama, 'menjemput rakan sekerja'. 

Dorsey bertanggungjawab mencadangkan pembinaan Twitter ketika dia bekerja dengan Biz Stone dan Evan William di firma 'podcast' Odeo. 

Sejak itu, Twitter muncul sebagai forum untuk berkongsi segala-galanya dari tempat makan menarik sehinggalah mengenai pencabulan hak awam dan platform menyeru kebangkitan revolusi. 

Dalam temu bual dengan AFP, Stone menyifatkan Twitter sebagai seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang baru bersedia untuk ke tadika buat pertama kalinya. 

"Ini adalah permulaan baru untuk hidup yang penuh dengan potensi dan cabaran. Saya benar-benar rasakan kami di tahap ini sekarang. 

"Kami umpama baru sahaja memulakan persekolahan. Tempoh lima tahun lalu sebenarnya hanya seperti baru belajar memakai kasut," katanya. - AFP 



Lelaki Tanpa Wajah

No comments:
Seorang bapa menjadi lelaki pertama di Amerika Syarikat (AS) yang menjalani pembedahan pemindahan muka secara penuh, kelmarin. 

Dallas Wiens, 25, menjalani pembedahan selama 15 jam yang melibatkan sepasukan 30 pakar bedah bagi menggantikan keseluruhan wajahnya termasuk hidung, bibir, kulit, otot dan urat saraf. 

"Saya hanya mahu berupaya untuk mencium anak saya semula," katanya yang mempunyai anak perempuan berumur tiga tahun. 

Wiens kehilangan keseluruhan muka selepas terlibat dalam kemalangan ngeri apabila kepalanya tersentuh kabel elektrik, pada November 2008. 

Lelaki itu sedang memperbaiki tingkap gereja apabila dia terjatuh dari pelantar yang dinaikinya dan tersentuh wayar hidup yang memusnahkan wajahnya. 

Wiens menghabiskan masa selama tiga bulan di hospital dan menjalani lebih 20 pembedahan selepas kejadian itu. 

Petikan: Sinar Harian


Meow Pun Nak Relax Jugak!

No comments:

LONDON - Bukan sahaja manusia memerlukan masa berehat dan untuk menenangkan fikiran tetapi kucing juga perlu melakukan perkara yang sama, lapor sebuah akhbar semalam. 

Kini terdapat trend dalam kalangan pengguna komputer di beberapa laman web, e-mel dan blog yang menyiarkan foto-foto kucing yang sedang duduk dengan gaya seperti seorang manusia sedang bersandar. 

Kucing sering kali dikaitkan dengan manusia sejak hampir 9,500 tahun lalu dan merupakan haiwan peliharaan manusia yang paling popular di dunia.- Agensi 

Petikan: KOSMO


Padang Golf Atas Kereta?

No comments:
JOHN McARTHUR berdiri di atas bumbung
kereta miliknya yang dijadikan padang golf. 

CHELMSFORD, England - Seorang peminat fanatik kereta, John McArthur, 22, mencipta kelainan apabila dia menukarkan kereta jenama Skoda Felicia miliknya menjadi sebuah padang golf mini, lapor sebuah akhbar semalam. 

McArthur hanya membeli kereta tersebut pada harga murah iaitu £347 (RM1,718.13) daripada sebuah laman web lelong, eBay bagi menggantikan kereta lama berjenama Renault Megane Scenic. 

"Adik perempuan saya tidak akan menaikinya tetapi rakan-rakan saya yang turut sama meminati kereta suka dengan kereta ini. 

"Mereka menyatakan orang ramai pasti akan melihatnya apabila saya memandu dan saya ada melihat beberapa orang merakamkan gambar dan bertanyakan pelbagai soalan," katanya. 

Dia meletakkan rumput palsu di atas kereta tersebut dengan dilengkapi lubang dan tiang bendera. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Bayi Perempuan Terbesar Di Britain

No comments:
LIBBY (kanan) bersam sepupunya,
Thomas dipangku nenek mereka. 
- Bayi Perempuan Gergasi Britain - 

WIGAN, Britain - Seorang wanita, Gemma Woods, 28, melahirkan bayi perempuan terbesar di Britain seberat 5.6 kilogram (kg), dua kali ganda berat bayi normal pada Oktober lalu, lapor sebuah akhbar semalam. 

Walaupun saiznya besar, bayi yang bernama Libby itu dilahirkan secara normal dengan proses bersalin pendek iaitu selama enam jam di sini baru-baru ini. 

"Saya seperti tidak percaya apabila bidan memberitahu berat Libby, bunyinya seperti mendengar berat sesuatu barang," kata Gemma. 

Sepupu Libby, seorang bayi lelaki bernama Thomas yang lahir tiga minggu lebih awal hanya mempunyai berat 3kg. 

Bayi paling berat di dunia setakat ini dilahirkan di Aversa, Itali pada September 1955 yang mempunyai berat mencecah 10.17kg. - Agensi 

Petikan: KOSMO 


Pondan Pun Kena Jadi Askar

No comments:


- Pondan Di Thailand Perlu Jalani Kerahan Tentera -

BANGKOK - Kementerian Pertahanan Thailand semalam menambah terma baru yang memberi penerangan bagi kategori transgender yang sebelum ini dikecualikan daripada terlibat dalam kerahan tentera. 

Akhbar Bangkok Post melaporkan, kementerian meminda undang-undang yang menyatakan transgender dikecualikan daripada terlibat dalam tentera kerana psikologi yang tidak normal melainkan berlaku kekurangan tentera. 

Transgender dikelaskan kepada tiga jenis. Jenis satu merujuk kepada lelaki yang mempunyai penampilan seperti lelaki biasa. Manakala jenis dua merujuk kepada lelaki yang telah melalui pembedahan payu dara dan jenis tiga pula lelaki yang telah membuat penukaran keseluruhan jantina. 

"Sebelum ini, hanya jenis satu yang perlu mengikuti kerahan tenaga. Tetapi jika bilangan mereka tidak mencukupi, transgender jenis dua akan dikerah walaupun mereka mempunyai payu dara," kata pengarah akademik jabatan sumber Pemerintah Askar Simpanan Thailand, Thaksin Chiamthong. 

Pada tahun ini, pasukan tentera Thailand memerlukan askar kerahan seramai 97,280 orang lelaki berumur 21 tahun, meningkat sebanyak 9,828 berbanding 2010. - AFP 

Petikan: KOSMO


Monyet Safari Rosakkan Kereta

No comments:


- 100 Ekor Monyet Rosakkan Kereta Mercedes -

ENGLAND - Sekumpulan monyet di Taman Safari Longleat diberi sebuah kereta Mercedes-Benz lama untuk dimusnahkan dan aksi mereka dirakam sebelum disiarkan menerusi satu klip video di laman web YouTube, baru-baru ini. 

Sebanyak 100 ekor monyet daripada spesies beruk itu kelihatan seperti mahu menanggalkan kereta itu dengan mencabut cermin sisi dan tayar kereta tersebut. Sebuah beg pakaian di atas bumbung kereta pula, turut dimusnahkan. 

Menurut kakitangan safari, monyet-monyet tersebut sudah dua tahun tidak melakukan kerja memusnahkan kereta kerana safari itu ditutup untuk kerja-kerja membaik pulih. 

Jadi, mereka mengambil keputusan untuk memberi layanan istimewa kepada monyet-monyet nakal itu sebelum pembukaan semula safari tersebut pada hujung minggu ini. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Fenomena Bulan Besar (Super Moon)

No comments:
Fenomena ini membolehkan bulan kelihatan lebih besar dan terang dari biasa. 

- Kedudukan Bulan Paling Rapat Dengan Bumi  - 

ENGLAND - Buat pertama kali sejak tahun 1992, bulan yang besar (super moon) dapat dilihat pada titik kedudukan paling rapat antara bumi dan bulan di menara St. Michael di Glastonbury, England, lapor sebuah akhbar semalam. 

Kelihatan beberapa pengunjung sedang berdiri berdekatan menara itu untuk melihat bulan yang hanya dapat dilihat selepas dua dekad lalu. 

Fenomena tersebut berlaku apabila bulan berada sangat rapat dengan bumi daripada kebiasaannya. Ketika itu, bulan akan kelihatan sangat terang dan bercahaya. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Peranti Magik iPad 2

No comments:

SATU juta iPad 2 dijual dalam masa seminggu di Amerika Syarikat (AS)? Wah.., hebat sungguh penangan gajet terbaru dari Apple ini sehinggakan ia menjadi idaman kepada sesiapa sahaja. Minatnya berjaya menyusup masuk ke hati mereka yang tidak pernah berminat kepada produk-produk keluaran syarikat yang berpangkalan di Cupertino, California itu sebelum ini. 

Jualan iPad 2 itu menyaksikan Apple berjaya menjual tiga kali lebih banyak daripada produk syarikat pesaingnya seperti Samsung, Motorola, HP dan juga lain-lain pengeluar komputer tablet di pasaran. 

Apa yang menarik, kajian terhadap pembeli iPad 2 mendapati 60 peratus daripada mereka yang membeli produk itu adalah pengguna produk Apple sebelum ini tetapi 40 peratus daripadanya pula adalah pembeli produk pertama dari syarikat itu. 

Bekalan Komponen iPad 2 Terjejas

No comments:
NEW YORK 19 Mac - Pengeluar gajet terkenal, Apple mungkin berhadapan masalah kekurangan komponen untuk iPad 2 berikutan gempa bumi dan tsunami di Jepun, menurut sebuah firma kajian. 

"Kesan daripada gempa bumi itu mungkin menyebabkan gangguan logistik dan kurangnya pengeluaran iPad 2 yang menggunakan perkhidmatan beberapa pengilang komponen di Jepun, yang kini terjejas teruk akibat bencana tersebut," kata syarikat yang bertanggungjawab menjalankan kajian tentang iPad2, IHS iSuppli. 

Menurut firma kajian itu, komponen-komponen tersebut merangkumi bateri keluaran Apple Jepun, kompas elektronik dari AKM Semikonduktor, kad memori NAND dari Toshiba, DRAM dinamik dari Elpida Memory dan kaca skrin sesentuh dari Asahi Glass. 

Firma itu berkata, sebahagian daripada pembekal tidak terjejas dalam bencana tersebut, tetapi mungkin menghadapi masalah logistik dan juga masalah mendapatkan bahan mentah. 

"Cabaran yang pelbagai ini bertambah dengan gangguan tenaga elektrik yang boleh memberikan impak besar kepada proses yang rumit seperti pembuatan semikonduktor. 

"Isu-isu ini berlaku ketika Apple sedang giat meningkatkan pengeluaran iPad 2 bagi memenuhi permintaan yang lebih tinggi berbanding bekalan komponennya," tambah IHS iSuppli. 

Bagaimanapun, sebahagian daripada komponen tersebut boleh diperolehi dari tempat lain seperti kad memori NAND dari syarikat Samsung Korea Selatan dan Micron Technology di Amerika Syarikat (AS). 

IPad 2 mula berada di pasaran AS seminggu lalu dan akan dipasarkan di negara-negara lain pada 25 Mac ini. 

Apple minggu ini mengumumkan, pihaknya terpaksa menangguhkan pelancaran iPad 2 di Jepun berikutan bencana tersebut. - AFP 



Kate Tentukan Waris Takhta England

No comments:
PERKAHWINAN diraja ala-Cinderella menjadi idaman dan fantasi ramai rakyat biasa di seluruh dunia. Bagi Catherine Elizabeth atau lebih dikenali Kate Middleton, 29, fantasi itu bakal menjadi realiti melalui perkahwinannya pada bulan hadapan dengan pewaris kedua takhta diraja England, Putera William. 

Mungkin ramai tidak menyangka melihat penampilan Kate yang sering kelihatan bergaya dengan fesyen terkini, bahawa dirinya cuma anak kepada sepasang rakyat biasa di England. 

Ibu bapanya, Michael Francis Middleton, 62, dan Carole Elizabeth, 56, dahulu bekerja sebagai kakitangan sektor penerbangan sebelum berkahwin pada 1980 dan melahirkan Kate pada 1982 yang disusuli adik-adiknya, Philippa Charlotte dan James William. 

Pasangan itu kemudian membuka perniagaan sendiri pada 1987 dengan menjual hiasan dan peralatan untuk majlis keraian bagi meningkatkan taraf hidup mereka. 

Iran Berjaya Cipta Piring Terbang

No comments:
TEHERAN - Para saintis di Iran berjaya mencipta piring terbang yang pada kebiasaannya dikaitkan dengan teknologi makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam. 

Agensi berita Fars di negara itu turut menyiarkan ilustrasi sebuah piring terbang yang didakwa ciptaan para saintis negara berkenaan yang sedang berlegar-legar di sebuah kawasan hutan. 

Dalam ilustrasi itu, bentuk piring terbang tersebut mirip sebuah piring terbang yang terdapat dalam satu filem keluaran Hollywood pada 1950-an. 

Menurut laporan tersebut, ukuran dan saiz piring tersebut tidak dinyatakan tetapi mendakwa ia kecil dan mampu terbang. 

"Antara kelebihan piring terbang itu adalah ia merupakan pengangkutan yang mudah dikendalikan ketika mula bergerak, semasa terbang dan bunyi yang tidak kuat. 

"Ia dikendalikan secara automatik dengan dilengkapi penstabil imej, sistem penentuan global (GPS), perakam aerial dengan gambar kualiti HD (berdefinisi tinggi)," lapor agensi berita ISNA. 

Cita-cita Iran dalam mengembangkan program angkasa lepas telah mengejutkan dunia Barat. 

Pada tahun lepas, negara itu turut mengumumkan kejayaan melancarkan roket ke angkasa lepas yang membawa tikus, kura-kura dan cacing. 

Iran sering kali mengemukakan kejayaan mereka yang pelik dalam bidang saintifik dengan bukti-bukti yang sukar dipercayai. 

Tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Teluk Parsi masih lagi belum mengesan sebarang kehadiran piring terbang Iran itu. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Pelajar Batal Parti Kerana 180,000 Orang Mahu Hadir

No comments:


MELBOURNE, Australia - Seorang remaja yang hanya dikenali sebagai Jess terpaksa melupakan hasrat untuk mengadakan majlis ulang tahun kelahirannya akibat menerima respons bahawa 180,000 orang akan hadir selepas dia membuat undangan di laman jaringan Facebook, lapor sebuah akhbar semalam. 

Menurut laporan media, undangan majlis hari jadi ke-15 Jess secara kecil-kecilan itu yang akan diadakan di rumahnya tersebar meluas sehingga dia menerima maklum balas mengejutkan selepas disiarkan di laman tersebut. 

Remaja itu difahamkan mengambil keputusan untuk membatalkan majlisnya selepas maklumat jemputan itu dapat dilihat oleh semua pengguna Facebook. 

Pelajar itu pada awalnya membuat jemputan tersebut hanya kepada rakan-rakan sekelasnya tanpa menyedari mesej yang dihantarnya boleh dibaca oleh orang lain dalam Facebook. 

Undangan itu juga telah digodam oleh sebuah kumpulan sembang di laman sosial tersebut yang menggelar diri mereka sebagai Anonymous sehingga majlis itu boleh diketahui di seluruh dunia. 

Sebuah laman web mengambil kesempatan mendapatkan wang ekoran populariti segera Jess dengan menjual baju berharga AS$15.50 (RM47.32) yang tertera nama Jess dan tarikh majlis tersebut. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Ular Mati Patuk Wanita

No comments:
SEEKOR ular menggigit seorang model wanita 
di Tel Aviv Israel. 
TEL AVIV - Seekor ular mati selepas ia menggigit payu dara seorang model wanita di Israel, lapor sebuah akhbar semalam.

Hasil bedah siasat yang dilakukan selepas itu mendapati reptilia tersebut mati akibat keracunan silikon.

Sebelum ini model wanita berkenaan, Orit Fox, menjalani pembedahan membesarkan payu dara dengan memasukkan payu dara silikon ke dalam badannya.

Insiden tersebut berlaku di sini baru-baru ini, apabila Fox diarah memegang ular itu dalam satu sesi fotografi. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Penyanyi Rap AS Persenda Mangsa Tsunami

No comments:
NEW YORK - Bintang rap Amerika Syarikat (AS) 50 Cent (gambar) dikecam hebat kerana mempersendakan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun menerusi akaun Twitter miliknya, lapor sebuah akhbar semalam. 

Selepas mendengar berita tentang beribu-ribu orang yang terkorban dalam gempa sekuat 9 pada skala Richter itu yang melanda timur laut Jepun pada Jumaat lalu, 50 Cent atau nama sebenarnya Curtis James Jackson III terus menghantar komen di laman sosial berkenaan. 

"Wah berita ini (bencana alam) amat serius. Kalau begitu kita memerlukan semua cangkul dari Los Angeles hingga ke Hawaii (untuk menggali kubur bagi mengebumikan mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami)," kata penyanyi itu. 

50 Cent yang popular menerusi album Get Rich or Die Tryin itu turut menulis singkatan LOL yang bermaksud ketawa terbahak-bahak selepas komen tersebut. 

Penyanyi berusia 35 tahun itu, bagaimanapun, memohon maaf tidak lama kemudian selepas dia dikecam ramai pengguna Internet. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Murid 11 Tahun Lebih Bijak Daripada Einstein

No comments:
CLAVERLEY - Seorang murid perempuan, Victoria Cowie (gambar) yang baru berusia 11 tahun dikatakan lebih bijak berbanding saintis terkenal seperti Albert Einstein dan Stephen Hawking kerana dia memiliki skor kecerdasan (IQ) mencecah 162, lapor sebuah akhbar semalam. 

Kepintaran Cowie diakui selepas dia mendapat skor 162 dalam ujian IQ. 

Pencapaian itu adalah lebih baik daripada skor yang diperoleh oleh saintis terkenal, Albert Einstein, Stephen Hawking dan pengasas perisian komputer, Bill Gates iaitu 160. 

"Saya sangat sukakan teka-teki dan menyelesaikan masalah. Saya mahu belajar dalam jurusan sains, terutama biologi," katanya yang sudah mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di empat buah sekolah berprestij. 

Dulu Ahli Bina Badan, Kini Mak Nyah Glamor

1 comment:
CHRISIE EDKINS semasa dia seorang lelaki. Gambar kecil wajah Chrisie Edkins selepas menjadi mak nyah. 

Seorang bekas ahli bina badan lelaki, Chrisie Edkins kini bergelar model glamor selepas dia menukar identitinya menjadi seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam. 

Edkins, 31, ditawarkan banyak kontrak peragaan yang menyaksikannya beraksi sebagai model wanita malah dia juga menceburi bidang nyanyian. 

Lelaki tersebut yang memiliki seorang anak perempuan berusia sembilan tahun, Chloe, hidup sebagai seorang wanita selama bertahun-tahun sebelum dia tampil secara terbuka dengan identiti barunya itu pada tahun 2003. 

"Saya masih melaksanakan tanggungjawab sebagai penjaga dan anak saya memahami kehidupan baru saya," katanya. 

Edkins yang dahulunya dikenali dengan nama lelaki, Chris pernah bekerja sebagai seorang mekanik dan juruelektrik dengan tujuan untuk membuktikan kepada dirinya bahawa dia ialah seorang lelaki 'sejati'.  

Namun, dia kemudian memutuskan untuk akur kepada naluri kewanitaan yang kuat dalam dirinya. 

Edkins kemudian menjalani terapi hormon dan pelbagai rawatan kosmetik termasuk rawatan membesarkan payu dara untuk tampil sebagai seorang wanita yang cantik. 

Dia mengubah profil diri di Facebook kepada wanita pada tahun 2003. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Imej Ombak Tsunami Di Bandar San Francisco

No comments:
IMEJ menunjukkan ombak bergerak di Teluk San Francisco, Amerika Syarikat 13 jam selepas tsunami melanda
timur laut Jepun pada Jumaat lalu.

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Bencana ombak tsunami setinggi 0.5 meter melanda Teluk San Francisco di sini yang dirakamkan selepas ia bergerak lebih 8,000 kilometer merentasi Lautan Pasifik, lapor sebuah akhbar kelmarin. 

Rakaman itu menunjukkan gelombang kecil tsunami melintasi Jambatan Golden Gate, 13 jam selepas Jepun dilanda gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter Jumaat lepas. 

Di beberapa tempat di AS, tsunami yang lebih besar melanda bandar Crescent di negeri California apabila ombak setinggi lebih dua meter memusnahkan kawasan dermaga di bandar itu. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Mangsa Tsunami Hanyut Tiga Hari Diselamatkan

No comments:
HIROMITSU SHINKAWA yang duduk di atas serpihan atap di laut dihampiri
dengan bot tentera laut Jepun dekat bandar Fukushima, timur laut Jepun semalam.  

TOKYO – Seorang lelaki tua, Hiromitsu Shinkawa hanyut di laut sejak tsunami melanda Fukushima di timur laut Jepun akibat gempa bumi kuat yang berlaku pada Jumaat lalu. 

Dia hanya diselamatkan semalam selepas sebuah bot tentera laut Jepun dapat mengesan lelaki yang berumur 60 tahun itu yang sedang melambai-lambai menggunakan kain berwarna merah. 

Jurucakap Kementerian Pertahanan Jepun, Yoshiyuki Kotake berkata, ketika itu, Shinkawa hanya 15 kilometer dari persisiran pantai, Minamisoma. 

Telur Direbus Guna Air Kencing

No comments:
RATUSAN telur direbus dengan menggunakan air kencing di wilayah
Zhejiang, China dengan menggunakan resipi berusia ribuan tahun lalu.

BEIJING - Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam. 

Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa. 

"Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari. 

"Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya," katanya. 

Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Cara Jepun Lawan Tsunami

No comments:
JAM dinding di pejabat akhbar Wall Street Journal yang terletak di tengah-tengah pusat perniagaan di bandar Tokyo menunjukkan pukul 6.57 pagi. 

Wartawan akhbar itu, Yuka Hayashi bersama rakan-rakannya baru sahaja ingin memulakan rutin harian mereka apabila bilik berita yang menempatkan mereka mengalami gegaran kuat. 

"Beberapa saat selepas itu, satu laporan diterima mengatakan timur laut Jepun dilanda gempa bumi yang besar. 

"Untuk beberapa ketika, kami semua terpaku sehinggalah keadaan di pejabat kami bertukar kelam-kabut. 

"Gegaran yang semakin kuat mengakibatkan ramai di antara kami tidak mampu berdiri sehingga terpaksa berpaut pada kerusi dan meja. Ada juga yang menyorok di bawah meja. 

"Apa yang dapat diperhatikan dari tingkap pejabat yang terletak di tingkat 19, bangunan-bangunan tinggi yang berada di tengah-tengah pusat perniagaan Tokyo semuanya bergegar kuat dan ia berlangsung selama beberapa minit. 

"Ada yang cuba untuk keluar dari bangunan menggunakan tangga kecemasan, ada juga yang mencapai topi keledar keselamatan dan menangis kerana terlalu terkejut. 

"Lebih membimbangkan, cubaan untuk menghubungi keluarga gagal. Mujur juga e-mel masih boleh dikemas kini. 

Kumpul 82 Tatu Julia Roberts

No comments:
CHILE - Seorang peminat setia Julia Roberts mempunyai cara unik untuk membuktikan cintanya terhadap pelakon itu. 

Miljenko Bukovic, 56, dari Valparaiso, Chile mempunyai 82 tatu wajah pelakon filem Pretty Women itu pada seluruh badannya.

Bukovic mula mencacah tatu wajah Roberts selepas menyaksikan lakonan selebriti itu menerusi filem Erin Brockovich.

Dia menghabiskan masa selama 10 tahun bagi mengumpul tatu yang diinspirasikan oleh lakonan Roberts dalam filem itu dengan perbelanjaan sebanyak sebanyak 1,300 pound (RM6,340).

Bukovic akan tambah bilangan tatu wajah Roberts pada bahagian badan dan lengannya selagi dia mempunyai ruang dan duit.

Petikan: Sinar Harian


Bina Replika Kapal Guna Pencungkil Gigi

2 comments:
WAYNE KUSY berdiri di depan replika sebuah kapal yang diperbuat daripada pencungkil gigi.

ILLINOIS, Amerika Syarikat - Sebuah replika kapal Queen Mary yang berukuran 7.62 meter panjang, 0.9 meter lebar dan 1.8 meter tinggi berjaya dihasilkan dengan hanya menggunakan lebih 800,000 pencungkil gigi, lapor sebuah akhbar semalam.

Pengaturcara komputer, Wayne Kusy, 50, dianggarkan menghabiskan masa selama hampir 12 tahun untuk menyiapkan replika kapal tersebut.

"Saya hanya menggunakan playar, pisau cukur, penyepit kecil, gam dan kesabaran yang banyak untuk menyiapkan replika itu," katanya

Replika kapal Queen Mary itu akan dijual pada harga £6,000 (RM29,318).

Sebelum ini, Wayne pernah menghasilkan replika kapal Titanic dan Cutty Sark yang menggunakan bahan yang sama. - Agensi

Petikan: KOSMO


Patung Kate Middleton Dipasarkan

No comments:
LONDON - Dia mempunyai rambut perang berkilat, memakai gaun sutera biru dan barang kemas, dan dia boleh menjadi milik anda dengan harga AS$195 (RM593). 

Patung kecil Kate Middleton, tunang kepada pewaris takhta Britain, Putera William itu jadi koleksi cenderamata terbaru sempena perkahwinan pasangan itu. 

Dikeluarkan oleh syarikat Franklin Mint, patung setinggi 40.6 sentimeter itu didatangkan dalam dua versi, iaitu versi tunang dan versi pengantin. 

Ketaksuban rakyat Britain dan masyarakat antarabangsa terhadap pasangan diraja itu dijangka bakal menjadikan perkahwinan itu adalah yang paling menguntungkan bagi syarikat cenderamata.

Petikan: Sinar Harian


10,000 Penduduk Berkeliaran Di Tokyo

No comments:
RATUSAN orang menunggu untuk menggunakan perkhidmatan awam di Tokyo,
Jepun selepas gempa bumi kuat melanda timur laut negara itu semalam. 

TOKYO - Lebih 10,000 penduduk kelihatan berkeliaran di jalan-jalan raya di Tokyo atau mengambil keputusan tinggal di pejabat atau stesen kereta api akibat gempa bumi terkuat yang melanda Jepun dalam sejarah moden negara itu semalam. 

Anti Persoal Tindakan Facebook

No comments:
BEIJING - Seorang blogger dan aktivis masyarakat China, Michael Anti mempersoalkan tindakan laman sesawang Facebook yang menutup akuannya kerana menggunakan nama palsu. 

Komentar dalam talian popular, Anti yang memiliki nama asal Zhao Jing berkata, akuan Facebook miliknya ditutup Januari lalu dan dia menerima surat dari pihak syarikat laman sesawang tersebut memintanya menggunakan nama asal seperti tercatat di dalam kad pengenalannya. 

Perbuatan Facebook menutup akuan miliknya menyebabkan dia terputus hubungan dengan lebih 1,000 ahli akademik dan profesional yang mengenalinya melalui nama Michael Anti. 

"Saya mengetahui bahawa anjing milik Zuckerberg memiliki akuan Facebook dan saya ingin menegaskan bahawa kerja akademik dan kewartawanan saya adalah lebih penting berbanding seekor anjing." katanya. 

Dia yang terkilan dengan perkara itu menegaskan bahawa dia lebih dikenali dengan nama Anti berbanding nama Cinanya. 

Petikan: Sinar Harian


Budak Terumbu Karang Di China

No comments:
TUBUH badan Li Shenghan 
kelihatan seperti terumbu karang.
BEIJING - Seorang budak lelaki berusia empat tahun, Li Shenghan dari Shenyang, timur laut China menghidap penyakit kanser yang ganjil dikenali sebagai acute manocytic leukemia dengan menyebabkan kulit badannya seperti cangkerang, lapor sebuah akhbar semalam. 

Pada mulanya keluarganya mengesan terdapat bintik kecil di lengannya setahun lalu tetapi ia kemudian disilap diagnosis sebagai gigitan serangga. 

Bintik kecil itu terus membesar dan merebak ke seluruh tubuhnya termasuk di dalam mulut dan di bawah kelopak mata menyebabkan dia kelihatan seperti terumbu karang hidup. 

Doktor-doktor berkata, budak tersebut memerlukan rawatan kemoterapi untuk menghalang kanser tersebut merebak ke tulang sumsum. 

Namun, ibunya, Mu Xiaojie dan bapa budak itu, Li Wenrui yang memperoleh pendapatan kurang 1,061 yuan (RM490.76) seminggu tidak mampu untuk membiayai rawatan perubatan. 

Ibu dan bapanya juga tidak mempunyai simpanan wang selepas ia digunakan untuk membiayai rawatan anak mereka setahun lalu. 

Menurut ibunya, doktor-doktor mengesyaki penyakit itu disebabkan pencemaran atau alam sekitar. 

Walaupun budak itu menjalani pemindahan tulang sumsum dan rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya, doktor-doktor memberinya peluang 50-50 untuk budak tersebut terus hidup. - Agensi 

Petikan: KOSMO


Miliki Apple iPad 2 Secara Percuma @ i1more.com

No comments:

Ingin memiliki sebuah Apple iPad 2 secara percuma? Impian anda akan menjadi kenyataan dengan i1more.com !  Hanya "JOIN" i1more.com untuk register, lepas itu, klik "BUY" pada gambar iPad 2 saja (lihat gambar di atas), percuma tu, tak perlu buat pembayaran. Kemudian, sahkan 'pembayaran' anda (sebenarnya percuma), lepas itu, anda akan dapat nombor kupon untuk rujukan anda pada masa depan. Siapa tahu? Mungkin anda yang bertuah dapat iPad 2 secara percuma ;) . Kemudian, anda boleh  "SHARE" maklumat ini kepada rakan-rakan anda, tak kiralah di Facebook, Twitter dan email. Apapun, anda harus baca "How i1more Works" dan "Terms & Conditions" dahulu sebelum menyertainya. Ayuh, sertai i1more.com dan untuk keterangan lanjut, sila klik LINK INI . Ayuh, CEPAT, CEPAT! MASA TERHAD !! 




Belanja Perkahwinan William Cecah RM100 Juta

No comments:
LONDON - Perbelanjaan bagi kawalan keselamatan sempena majlis perkahwinan pewaris takhta Britain, Putera William dan tunangnya, Kate Middleton dijangka mencecah sehingga 20 juta pound (RM100 juta). 

Ribuan pegawai polis yang bakal mengawal keadaan pada hari perkahwinan itu akan dibayar gaji harian dua kali ganda lebih tinggi kerana perlu bekerja pada hari cuti umum. 

Kos itu mengatasi perbelanjaan keselamatan yang diperlukan semasa protes besar-besaran yang tercetus pada sidang kemuncak G20 di London pada 2009 yang hanya berjumlah 7.4 juta pound (RM37 juta). 

Sebagai perbandingan, kos kawalan keselamatan pada majlis perkahwinan mendiang ibu William, Puteri Diana dengan Putera Charles dianggar bernilai 12 juta pound (RM60 juta). 

Burger Gergasi Untuk Hidangan Pelanggan

No comments:
Sudeep De bersama burger yang
mengandungi 13,000 kalori 
NORWICH - Satu burger gergasi yang didakwa terbesar di Britain mengandungi 13,000 kalori menjadi menu hidangan tengah hari di Restoran Over De Flames, Norwich, lapor sebuah akhbar semalam. 

Mempunyai diameter berukuran 30 sentimeter, burger yang diberi nama Over de Flames itu mengandungi tiga kilogram daging lembu dan 40 keping keju serta dihidang bersama sos tomato, mayonis, dua biji bawang, tiga biji tomato dan salad. 

Pemilik restoran itu, Sudeep De yang mewarisi perniagaan daripada bapanya pada bulan September tahun lalu mendapat inspirasi menghasilkan burger gergasi itu selepas menonton rancangan televisyen Amerika yang bertajuk Man v Food. 

Burger Over De Flames itu berharga £30 (RM148.70) tetapi ia percuma jika pelanggan berjaya menghabiskan makanan itu dalam masa dua jam. 

Kura-Kura Dua Kepala Dipamer

No comments:
ZILINA, Slovakia - Seekor kura-kura kecil daripada spesies Geochelone sulcata yang mempunyai dua kepala dan lima kaki dipamerkan di Zilina, Slovakia semalam.

Kura-kura yang berusia tujuh minggu itu dilahirkan di Slovakia dan diberi dua nama, Magda untuk kepala kiri dan Lenka untuk kepala kanan. - Reuters 

Petikan: KOSMO


Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...