Ni apa ceritanya kat sini?

Syiling Rasmi William-Kate Diperkenal



LONDON - Wang syiling rasmi 5 pound (RM25) sempena perkahwinan Putera William dan Kate Middleton pada 29 April depan diperkenalkan, kelmarin. 

Ia turut memaparkan wajah pasangan itu dan di sebaliknya adalah imej Permaisuri Elizabeth II.  

Jurucakap untuk majlis perkahwinan diraja Britain menyatakan wang syiling rasmi kenang-kenangan itu direka oleh Mark Richards dari Royal Society of British Sculptors dan mendapat kelulusan penuh daripada Putera William. 

Walaupun wang syiling itu bernilai 5 pound (RM25) dan dijual pada harga 10 pound (RM49), orang ramai boleh membuat tempahan awal melalui laman sesawang Royal Mint dan dijangka akan mendapat permintaan secara besar-besaran.

Petikan: Sinar Harian


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...