Ni apa ceritanya kat sini?

Twitter Rai Ulang Tahun Kelima



SAN FRANCISCO 22 Mac - Twitter meraikan ulang tahun kelimanya semalam dengan menyiarkan satu video promosi memaparkan selebriti berbicara mengenai perkhidmatan mikroblogging itu. 

Video yang boleh disaksikan di discover.twitter.com itu menampilkan usahawan Sir Richard Branson, bintang tenis Serena Williams, angkasawan Paolo Nespoli, penyanyi rep Snoop Dogg dan ramai lagi yang menjelaskan mengapa mereka menggunakan Twitter. 

Pengasas Twitter, Jack Dorsey membuat tweet pertamanya pada 21 Mac 2006 dengan mesej 'baru sahaja membuka twitter saya' diikuti tweet 'kemanusiaan' pertama, 'menjemput rakan sekerja'. 

Dorsey bertanggungjawab mencadangkan pembinaan Twitter ketika dia bekerja dengan Biz Stone dan Evan William di firma 'podcast' Odeo. 

Sejak itu, Twitter muncul sebagai forum untuk berkongsi segala-galanya dari tempat makan menarik sehinggalah mengenai pencabulan hak awam dan platform menyeru kebangkitan revolusi. 

Dalam temu bual dengan AFP, Stone menyifatkan Twitter sebagai seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang baru bersedia untuk ke tadika buat pertama kalinya. 

"Ini adalah permulaan baru untuk hidup yang penuh dengan potensi dan cabaran. Saya benar-benar rasakan kami di tahap ini sekarang. 

"Kami umpama baru sahaja memulakan persekolahan. Tempoh lima tahun lalu sebenarnya hanya seperti baru belajar memakai kasut," katanya. - AFP 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...