Ni apa ceritanya kat sini?

Lady Gaga Saman Aiskrim Guna Namanya

Satu notis ‘habis dijual’ ditampal pada pintu masuk The Icecreamists,
restoran yang menawarkan aiskrim diperbuat daripada susu ibu yang
diberi nama ‘Baby Gaga’ di London, 25 Februari lalu. – AFP

LONDON 6 Mac - Peguam penyanyi pop terkenal, Lady Gaga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pembuat aiskrim susu ibu yang dinamakan sebagai Baby Gaga, lapor akhbar semalam.

Menurut sepucuk surat yang dihantar kepada restoran The Icecreamists di London itu, peguam Lady Gaga memberi masa sehingga 12 tengah malam Rabu ini untuk menukar nama produk tersebut jika ingin mengelak tindakan undang-undang berhubung pelanggaran tanda perniagaan. 

"Restoran di Convent Garden itu juga perlu berhenti mengaitkan Lady Gaga dengan sebarang aiskrim yang ditawarkan,'' kata surat tersebut yang dihantar oleh firma Mishcon de Reya. 

Surat itu menuduh The Icecreamists mengambil kesempatan ke atas populariti Lady Gaga dalam cara provokatif dan tidak sihat. 

Aiskrim berkenaan menerima sambutan ramai apabila keluaran pertamanya habis dijual beberapa hari selepas ditawarkan. 

Ia diperbuat daripada susu 15 wanita yang menjawab iklan di forum ibu-ibu dalam talian. 

Setiap hidangan berharga 14 pound (RM68.75) dan dihidangkan oleh pelayan yang berpakaian pelik, sesuatu yang menjadi imej Lady Gaga. 

Bagaimanapun, aiskrim berkenaan tidak lagi dijual selepas Majlis Perbandaran Westminister merampasnya untuk pemeriksaan keselamatan dan kesihatan. 

"Kami mengambil aiskrim ini untuk sampel. Ia bukan satu pengharaman. 

"Pemiliknya bersetuju secara sukarela untuk tidak membuat atau menjualnya sehingga kami mendapat semua keputusan,'' kata seorang jurucakap. 

Beliau menjelaskan, susu ibu boleh menyebabkan jangkitan penyakit termasuk hepatitis. 

Pembuat aiskrim berkenaan berkata, mereka menggunakan prosedur pemeriksaan sama yang digunakan untuk pendermaan darah atau bank susu di London. - AFP 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...