Tweet |
PARIS - Seorang lelaki kaya Perancis meminta supaya tiada sesiapa menyentuh rumah agam mewah miliknya selama 100 tahun selepas dia meninggal dunia pada 1905.
Matlamatnya adalah untuk memastikan pengunjung mengalami sendiri cara hidupnya pada masa itu dan menyaksikan keunikan rumah dan perabot mewah yang melengkapi rumah agam itu.
Mantin yang tidak pernah berkahwin dan meninggal dunia pada umur 54 tahun juga mempunyai minat terhadap hasil seni, sejarah alam dan bidang arkeologi.
Tetapi, kini dengan dana sebanyak 2.9 juta pound (RM14 juta) yang dibiayai kerajaan tempatan, rumah agam itu bertukar menjadi muzium seperti apa yang dihajatkan oleh Mantin.
Proses pemulihan rumah itu bermula sejak empat tahun lalu dan dilakukan oleh 30 pakar untuk memastikan ia menjadi seperti dalam keadaan asal.
Petikan: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment