Tweet |
BEIJING - Seorang blogger dan aktivis masyarakat China, Michael Anti mempersoalkan tindakan laman sesawang Facebook yang menutup akuannya kerana menggunakan nama palsu.
Komentar dalam talian popular, Anti yang memiliki nama asal Zhao Jing berkata, akuan Facebook miliknya ditutup Januari lalu dan dia menerima surat dari pihak syarikat laman sesawang tersebut memintanya menggunakan nama asal seperti tercatat di dalam kad pengenalannya.
Perbuatan Facebook menutup akuan miliknya menyebabkan dia terputus hubungan dengan lebih 1,000 ahli akademik dan profesional yang mengenalinya melalui nama Michael Anti.
"Saya mengetahui bahawa anjing milik Zuckerberg memiliki akuan Facebook dan saya ingin menegaskan bahawa kerja akademik dan kewartawanan saya adalah lebih penting berbanding seekor anjing." katanya.
Dia yang terkilan dengan perkara itu menegaskan bahawa dia lebih dikenali dengan nama Anti berbanding nama Cinanya.
Petikan: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment