Ni apa ceritanya kat sini?

Bekalan Komponen iPad 2 Terjejas

NEW YORK 19 Mac - Pengeluar gajet terkenal, Apple mungkin berhadapan masalah kekurangan komponen untuk iPad 2 berikutan gempa bumi dan tsunami di Jepun, menurut sebuah firma kajian. 

"Kesan daripada gempa bumi itu mungkin menyebabkan gangguan logistik dan kurangnya pengeluaran iPad 2 yang menggunakan perkhidmatan beberapa pengilang komponen di Jepun, yang kini terjejas teruk akibat bencana tersebut," kata syarikat yang bertanggungjawab menjalankan kajian tentang iPad2, IHS iSuppli. 

Menurut firma kajian itu, komponen-komponen tersebut merangkumi bateri keluaran Apple Jepun, kompas elektronik dari AKM Semikonduktor, kad memori NAND dari Toshiba, DRAM dinamik dari Elpida Memory dan kaca skrin sesentuh dari Asahi Glass. 

Firma itu berkata, sebahagian daripada pembekal tidak terjejas dalam bencana tersebut, tetapi mungkin menghadapi masalah logistik dan juga masalah mendapatkan bahan mentah. 

"Cabaran yang pelbagai ini bertambah dengan gangguan tenaga elektrik yang boleh memberikan impak besar kepada proses yang rumit seperti pembuatan semikonduktor. 

"Isu-isu ini berlaku ketika Apple sedang giat meningkatkan pengeluaran iPad 2 bagi memenuhi permintaan yang lebih tinggi berbanding bekalan komponennya," tambah IHS iSuppli. 

Bagaimanapun, sebahagian daripada komponen tersebut boleh diperolehi dari tempat lain seperti kad memori NAND dari syarikat Samsung Korea Selatan dan Micron Technology di Amerika Syarikat (AS). 

IPad 2 mula berada di pasaran AS seminggu lalu dan akan dipasarkan di negara-negara lain pada 25 Mac ini. 

Apple minggu ini mengumumkan, pihaknya terpaksa menangguhkan pelancaran iPad 2 di Jepun berikutan bencana tersebut. - AFP 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...