Ni apa ceritanya kat sini?

Setem Pasangan Diraja Britain Dijual


LONDON: Pertubuhan Royal Mail Britain meraikan perkahwinan Putera William dan Kate Middleton bulan depan dengan mengeluarkan satu set setem baru memaparkan pertunangan rasmi pasangan itu. 

Dua gambar (kanan) pasangan berkenaan diambil jurugambar selebriti dan fesyen, Mario Testino akan dicetak pada setem peringatan berkenaan. 

Setem itu dipersetujui William dan akan dikeluarkan secara rasmi pada 21 April sempena ulang tahun keputeraan Ratu Elizabeth II. 

William sebelum ini pernah dipaparkan di setem sebanyak dua kali sempena ulang tahun kelahiran ke-100 ibu Ratu pada 4 Ogos 2000 dan tiga tahun lalu sempena ulang tahun beliau yang ke-21. 

Setem terbabit boleh ditempah melalui halaman web Royal Mail mulai 7 April depan. 

“Kami berbesar hati untuk turut sama menyambut majlis bersejarah itu,” kata pegawai kanan Royal Mail, Stephen Agar. 

“Kami percaya, setem ini akan menjadi popular di kalangan penduduk Britain dan seluruh dunia,” katanya lagi. – AP/Reuters 

Petikan: Berita Harian 


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...