Ni apa ceritanya kat sini?

Misao Okawa diiktiraf wanita tertua di dunia

1 comment:
Misao Okawa
Misao Okawa 

MISAO Okawa, 114, diiktiraf Rekod Dunia Guinness sebagai wanita tertua di dunia dalam satu majlis khas di Osaka, semalam. 

Menurut Institut Penyelidikan Gerontologi yang berfungsi mengesahkan maklumat mengenai umur untuk Guinness, Misao dilahirkan pada 5 Mac 1898 dan beliau bakal menyambut ulang tahun kelahirannya ke-115, minggu depan. 

Pada masa ini, Jepun mempunyai lebih 51,000 penduduk berumur sekurang-kurangnya 100 tahun dan 87 peratus daripadanya ialah wanita. [Sumber

Lelaki b0 g3l di luar bilik hotel (video)

No comments:
GELAGAT seorang lelaki berbogel yang terperangkap apabila pintu bilik hotelnya tertutup secara automatik.
GELAGAT seorang lelaki berbogel yang terperangkap apabila
pintu bilik hotelnya tertutup secara automatik. 

Lain kali, apabila anda mahu keluar dari bilik hotel, sesuatu yang perlu anda ingat ialah: Jangan sesekali melakukannya tanpa pakaian di badan. 

Rakaman video seorang lelaki yang tersilap langkah itu kini muncul di YouTube dan menjadi tontonan ramai. 

Melalui rakaman kamera litar tertutup berkenaan, lelaki tidak dikenali itu dilihat meletakkan dulang berisi sisa makanan di luar biliknya tanpa berpakaian. 

Tengkorak haiwan dijual di pasar Mali

No comments:
SEJUMLAH tengkorak haiwan yang dijual di sebuah pasar di Bamako pada Sabtu lalu.
SEJUMLAH tengkorak haiwan yang dijual di sebuah pasar di Bamako
pada Sabtu lalu.  

BAMAKO, Mali - Sejumlah tengkorak haiwan dijual di sebuah pasar di sini yang dipercayai boleh digunakan untuk mengubah kehidupan pembeli. 

Gerai milik Adama Kamara menjual tengkorak buaya yang dipercayai boleh menguatkan tenaga batin. 

Tengkorak burung bayan dipercayai boleh membantu seseorang itu memperoleh pekerjaan. 

Menurut kepercayaan penduduk tempatan, tengkorak anjing mampu mengubat sakit kepala. 

Kamara merupakan penjual ubat-ubat tradisional. [Sumber

Lembu paling berat jadi tumpuan

No comments:
LEMBU jantan yang bernama Chabal menjadi tumpuan orang ramai pada Pameran Pertanian Antarabangsa di Paris kelmarin.
LEMBU jantan yang bernama Chabal menjadi tumpuan orang ramai
pada Pameran Pertanian Antarabangsa di Paris kelmarin. 

PARIS - Seekor lembu jantan berusia lima tahun menjadi haiwan paling berat yang dipamerkan pada Pameran Pertanian Antarabangsa di sini kelmarin. 

Lembu jantan yang bernama Chabal itu seberat 1,790 kilogram. 

Kira-kira 4,000 ekor haiwan dipamerkan pada pameran tersebut yang berlangsung pada 23 Februari lalu hingga 3 Mac depan. 

Nama Chabal itu diberikan kepada haiwan tersebut sempena nama bekas pemain ragbi pasukan Perancis, Sebastien Chabal. [Sumber

Wordless Wednesday : The Evolution of Portable Memory

1 comment:

Gara-gara mabuk, muka wanita tercucuk payung

No comments:
KEADAAN Jessica bersama sebahagian daripada dawai rangka payung yang terlekat di mukanya.
KEADAAN Jessica bersama sebahagian daripada dawai
rangka payung yang terlekat di mukanya.  

Seorang wanita yang mabuk bernasib baik selepas terjatuh ke atas payung sejurus selepas pulang dari berfoya-foya, lapor media semalam. 

Jessica Yates dilaporkan terlalu mabuk dan secara tidak sengaja terjatuh dari katil hotel dan mukanya tercucuk dawai rangka payung yang baru digunakan. 

Disebabkan payung itu tidak ditutup dengan betul, dawainya yang terbuka kemudian menusuk gusi dan tembus ke mulut. 

Kelas belajar main pedang bercahaya Star Wars

No comments:
BLOCH (kiri) dan Carauddo (kanan) menunjukkan aksi pedang bercahaya.
BLOCH (kiri) dan Carauddo (kanan) menunjukkan aksi pedang
bercahaya. 

Peminat Star Wars buka kelas cara guna pedang bercahaya  

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat - Dua orang peminat filem Star Wars membuka kelas kepada orang ramai cara untuk menggunakan pedang bercahaya dengan selamat. 

Dua peminat itu, Alain Bloch and Matthew Carauddo membuka kelas itu pada tahun 2011. 

Hasil kajian tentang bintang filem lu c4h didedahkan oleh blogger

No comments:

London: Seorang blogger di England menilai profil 7,000 aktres filem lucah wanita untuk mengetengahkan wajah biasa pelakon wanita dalam industri itu. 

Jon Milward menyatakan, seorang pelakon lucah wanita biasanya berambut hitam, bukan perang serta memiliki saiz buah dada sederhana 34-B. 

“Dia mempunyai ketinggian 165 sentimeter, berat badannya 53 kilogram dan mula menceburi industri pada usia 22 tahun. 

Panggilan percuma di Facebook khas untuk pengguna iPhone dan iPad

No comments:
SKRIN sebuah komputer tablet menunjukkan paparan aplikasi panggilan percuma di Facebook.
SKRIN sebuah komputer tablet menunjukkan paparan aplikasi
panggilan percuma di Facebook.  

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat - Facebook kelmarin membenarkan penggunanya membuat panggilan percuma kepada kenalan mereka di laman sosial berkenaan menggunakan aplikasi yang dibangunkan khusus untuk telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad. 

Aplikasi Facebook untuk gajet keluaran Apple itu mengeluarkan paparan apabila kenalan berada dalam talian dan memberikan pilihan untuk menghubungi mereka dengan menyentuh ikon yang tertera pada skrin iPhone atau iPad. 

Terkandung dalam versi Facebook 5.5, aplikasi tersebut turut memudahkan pengguna menghantar komen dan menyukai sesuatu kandungan di laman web itu. [Sumber

Tip Memilih Ikan Segar di Pasar

No comments:

Tip Memilih Ikan Segar di Pasar 

MATA 
Mata bersinar2, terbonjol dan tidak merah. 

INSANG 
Merah cerah, tidak berlendir dan tidak gelap. 

SISIK 
Melekat kuat. 

Mata kail dalam lauk

No comments:
Abdul Rizal memegang mata kail yang nyaris ditelan isterinya.
Abdul Rizal memegang mata kail yang nyaris ditelan isterinya. 

TEMERLOH – Seorang guru yang baru enam hari melahirkan anak nyaris tertelan mata kail ketika menikmati hidangan nasi bungkus berlauk singgang ikan haruan yang dibeli di kafe Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas). 

Suaminya yang juga seorang guru, Abdul Rizal Anzah, 35, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.45 petang, Rabu lalu ketika dia sedang menemani isterinya menikmati hidangan terbabit di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) hospital berkenaan. 

Menurutnya, ketika asyik menyuap makanan tersebut, mereka terpandang mata kail yang masih terlekat pada ikan haruan berkenaan. 

Kopi panjangkan umur setahun

No comments:
Sekumpulan saintis mendakwa menikmati tiga cawan kopi sehari berupaya memanjangkan setahun umur manusia.
Sekumpulan saintis mendakwa menikmati tiga cawan kopi sehari
berupaya memanjangkan setahun umur manusia. 

Sekumpulan saintis mendakwa menikmati tiga cawan kopi sehari berupaya memanjangkan setahun umur manusia. 

Kajian dilakukan ke atas 500,000 warga emas mendapati risiko kematian menurun disebabkan mereka lebih banyak meminum kopi dalam sehari. 

Kenderaan lebih muatan - pemandangan biasa di China

No comments:
Lelaki ini terpaksa menolak basikalnya untuk menghantar ratusan botol ke kilang kitar semula di Shanghai.
Lelaki ini terpaksa menolak basikalnya untuk menghantar ratusan
botol ke kilang kitar semula di Shanghai. 

Demi menampung kehidupan seharian, pemandu China sanggup mengetepikan undang-undang jalan raya atau pun keselamatan diri. 

Di sekitar bandar di negara itu, pemandangan kenderaan seperti pikap, lori mahu pun basikal mengangkut barangan melebihi muatan adalah perkara biasa. 

Pasar cengkerik menyanyi di Beijing

No comments:
SEORANG peniaga menunjukkan seekor cengkerik yang dijualnya.
SEORANG peniaga menunjukkan seekor cengkerik yang dijualnya. 

BEIJING - Sejumlah penjaja menjual cengkerik di dalam botol yang mengeluarkan bunyi di sebuah pasar di sini. 

Orang ramai hanya mendengar bunyi cengkerik itu tetapi serangga tersebut dianggap 'menyanyi' oleh para peminat haiwan berkenaan. 

Aksi tukar tayar semasa kereta senget di Arab Saudi (video)

No comments:
TANGAN penumpang itu mengangkat tayar ketika kereta tersebut berada dalam keadaan senget.
TANGAN penumpang itu mengangkat tayar ketika kereta tersebut
berada dalam keadaan senget.  

Tukar tayar semasa kereta senget 

Satu rakaman klip video menunjukkan aksi seorang penduduk Arab Saudi menukar tayar bekalang semasa kereta yang dinaikinya bergerak dalam keadaan senget, lapor akhbar New York Daily News kelmarin. 

Menurut akhbar itu, aksi tersebut dilakukan di sebuah lebuh raya di negara tersebut. 

Sedarkah kita, menuding dengan ibu jari dikatakan amalan Yahudi?

No comments:

Sunnah Rasulullah Dikatakan Biadap, Sunnah Yahudi Jadi Ikutan ! Na'uzubillah ! 

Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). 

Wordless Wednesday : Did You Know Squares On Tubes Mean Something?

No comments:

Wordless Wednesday : Angry Birds Pocket Tissue

2 comments:

Hanya pakai kasut dan stokin saksi pameran

No comments:
SEBAHAGIAN pengunjung pameran Nude Men from 1800 to Today di Muzium Leopold, Vienna, kelmarin.
SEBAHAGIAN pengunjung pameran Nude Men from 1800 to Today
di Muzium Leopold, Vienna, kelmarin. 

Para pengunjung satu pameran di Austria hanya dibenarkan memakai stokin dan kasut untuk menyaksikan pameran Nude Men from 1800 to Today

Diadakan di Muzium Leopold dan menampilkan 300 lukisan, gambar fotografi serta patung lelaki bogel sejak dari tahun 1800, pameran tersebut disaksikan oleh sekitar 60 pencinta seni kelmarin. 

Kampung paling sejuk di dunia

No comments:
KEADAAN perkampungan Oymyakon yang dipenuhi ais di pedalaman timur laut Rusia.
KEADAAN perkampungan Oymyakon yang dipenuhi ais
di pedalaman timur laut Rusia.  

Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C), lapor akhbar Daily Mail kelmarin. 

Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk. 

Wordless Wednesday : Slash & Angry Birds

No comments:

Penduduk Gaza belajar kuasai bahasa Ibrani

No comments:
Pelajar Palestin jurusan kajian bahasa Ibrani di Universiti Islam di Gaza mengikuti kelas bahasa itu bagi memahami budaya dan pemikiran 'musuh mereka'.
Pelajar Palestin jurusan kajian bahasa Ibrani di Universiti Islam di Gaza
mengikuti kelas bahasa itu bagi memahami budaya dan pemikiran
'musuh mereka'. 

Selepas lebih 15 tahun pengajaran bahasa Ibrani dihentikan di sekolah-sekolah Palestin, Kementerian Pendidikan kendalian Hamas di Gaza memutuskan memperkenalkan semula kursus bahasa itu di sekolah kerajaan dari gred tujuh hingga sembilan. 

Bahasa Ibrani adalah salah satu bahasa rasmi selepas Arab dituturkan lebih tujuh juta orang di Israel. 

Saintis dakwa temui serpihan tahi bintang

No comments:
KOMBINASI gambar rakaman sebuah kamera video menunjukkan sebutir tahi bintang meluncur di langit Chelyabinsk, sekitar 1,500 kilometer ke timur Moscow, Rusia pada Jumaat lalu.
KOMBINASI gambar rakaman sebuah kamera video menunjukkan
sebutir tahi bintang meluncur di langit Chelyabinsk, sekitar
1,500 kilometer ke timur Moscow, Rusia pada Jumaat lalu.  

Sepasukan saintis semalam mendakwa yang mereka telah menemui serpihan tahi bintang yang jatuh di Pergunungan Ural, Rusia selepas mencetuskan gelombang yang menyebabkan 1,200 orang cedera dan beribu-ribu buah rumah rosak. 

Batu angkasa lepas gergasi itu meluncur di langit bandar Chelyabinsk, tengah Rusia pada Jumaat lalu dengan tenaga bersamaan 30 butir bom atom yang digugurkan ke bandar Hiroshima, Jepun pada Perang Dunia Kedua. 

Tahi bintang tersebut meletup beberapa kilometer dari Bumi tetapi serpihan-serpihannya dipercayai bertaburan di serata rantau tersebut. 

8 Pintu Murah Rezeki

No comments:

"8 Pintu Murah Rezeki" itu ialah:- 

1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa. 

2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara. 

15 Rahsia Keajaiban Kaabah Yang Perlu Diketahui

4 comments:

Berikut 15 perkara merupakan keajaiban yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains : 

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. 

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga. 

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. 

Arnab serang kereta di kawasan airport

No comments:
Satu kejadian sempat dirakam apabila pemilik kereta gagal menghidupkan kenderaan kerana enjin dimasuki seekor arnab.
Satu kejadian sempat dirakam apabila pemilik kereta gagal
menghidupkan kenderaan kerana enjin dimasuki seekor arnab. 

INSIDEN enjin kereta pengguna Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Colorado, Amerika Syarikat dimasuki arnab yang sekali gus memakan kabel palam pencucuh serta pendawaian lain merunsingkan pelbagai pihak. 

Kejadian yang berlaku sejak Januari lalu mencetuskan rasa tidak puas hati pengguna termasuk pihak lapangan terbang yang terpaksa menanggung kerugian jutaan dolar. 

Bahagian jahat dalam otak manusia

No comments:
Individu yang mempunyai tompok hitam ini secara luar biasa boleh mengaku melakukan perbuatan jenayah tanpa rasa bersalah.
Individu yang mempunyai tompok hitam ini secara luar biasa boleh
mengaku melakukan perbuatan jenayah tanpa rasa bersalah. 

Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat. 

Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray. 

Pengecas handphone berbentuk pelapik minuman

No comments:
Alat ini boleh diterbalikkan kepada dua bahagian berlainan mengikut suhu minuman pengguna.
Alat ini boleh diterbalikkan kepada dua bahagian berlainan
mengikut suhu minuman pengguna. 

Pengguna tidak lagi akan berhadapan kesukaran untuk mengecas telefon bimbit pada masa akan datang dengan terhasilnya ciptaan dari sebuah syarikat berpusat di New Castle, Pennsylvania. 

Alat pengecas mudah alih digelar Epiphany One Puck kelihatan seperti pelapik untuk minuman panas atau sejuk yang terdiri daripada dua bahagian berlainan. 

Slim Rice - beras kurang kalori

No comments:
Slim Rice
Slim-Rice 

Bagi sesiapa yang berdiet, karbohidrat merupakan musuh utama, tetapi kini mereka boleh menarik nafas lega kerana terdapatnya beras yang hampir-hampir tidak mempunyai kalori. 

Slim Rice, satu produk baharu Britain, dapat membantu seseorang yang gemar memakan nasi berasa kenyang tanpa memakannya dengan jumlah yang banyak. 

Beras itu hanya mempunyai 7.7 kalori untuk satu sajian seberat 100 gram berbanding 350 kalori untuk berat yang sama pada beras basmati putih. 

'Terbayang waktu kiamat'

No comments:
ASAP dari meteorit dapat dilihat di langit.
ASAP dari meteorit dapat dilihat di langit. 

Ketika satu objek bercahaya terbang pantas di udara, kelas gimnastik yang diadakan di Institut Kereta Api Chelyabinsk pagi kelmarin terhenti. 

Semua pelajar tertumpu ke tingkap untuk melihat objek aneh berkenaan. Beberapa detik berlalu, dan tiba-tiba dengan dentuman kuat kaca tingkap di situ berkecai dan bandar Chelyabinsk bergegar. 

Hentaman meteorit (tahi bintang yang gugur ke bumi) di bandar Chelyabinsk yang tidak jauh dari sempadan memisahkan Eropah serta Asia itu membayangkan bagaimana suasana dunia apabila tiba waktu kiamat. 

Haiwan seperti belut disangka makhluk asing

No comments:
GAMBAR menunjukkan lamprei (sea lamprey) tetapi disangka ramai penggguna internet sebagai makhluk asing.
GAMBAR menunjukkan lamprei (sea lamprey) tetapi disangka
ramai penggguna internet sebagai makhluk asing.  

Seekor haiwan ganjil yang disangka sebagai makhluk asing oleh para pengguna internet selepas ia disiarkan di laman Reddit sebenarnya ialah spesies haiwan seperti belut. 

Menurut laman GrindTV.com, seorang jurucakap Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar New York menyatakan, berdasarkan saiz pada gambar di laman itu, haiwan tersebut ialah lamprei (sea lamprey). 

Spesies baharu burung hantu ditemui di Indonesia

No comments:
Dua ekor burung hantu Rinjani Scops yang ditemui di pulau Lombok.
Dua ekor burung hantu Rinjani Scops yang ditemui di pulau Lombok.  

Sekumpulan penyelidik menemui spesies baharu burung hantu di Indonesia, kata seorang saintis, George Sangster semalam. 

Burung hantu Rinjani Scops berwarna putih dan perang itu pada mulanya ditemui di Pulau Lombok pada tahun 2003 ketika para penyelidik mencari burung hantu lain. 

"Kini terdapat seekor burung hantu yang cantik berasal dari pulau itu. 

"Kami berharap lebih ramai pemerhati burung akan melawat Lombok," kata Sangster. [Sumber

Fakta Menarik Mengenai Kad Pengenalan Anda

6 comments:
Gambar MyKad ni tipu jer. Hehe

Nombor kad pengenalan: Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan. 

Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. 

Pertandingan maraton sauna di Estonia

No comments:
SEBAHAGIAN peserta yang menyertai pertandingan maraton sauna.
SEBAHAGIAN peserta yang menyertai pertandingan maraton sauna. 

Kira-kira 150 pasukan melibatkan 600 orang menyertai pertandingan maraton sauna di Otepaeas, Estonia, kelmarin. 

Pertandingan unik itu mencari pasukan yang paling pantas menggunakan 22 sauna. Para peserta juga perlu terjun ke dalam sembilan lubang ais. 

Sebahagian peserta lelaki itu hanya memakai seluar pendek manakala beberapa wanita dilihat berpakaian bikini semasa mereka menuju ke sauna. 

Pertandingan itu diadakan semasa kawasan Otepaeas dipenuhi dengan timbunan salji. [Sumber

Surah ad-Dhuha dan terjemahannya

1 comment:

Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, ditinggalkan dan dibenci. Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci dan meninggalkan baginda SAW. 

Allah SWT dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi SAW, bahawa Dia tidak tinggal dan bencikan Nabi SAW. Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia, hakikatnya, Allah tidak biarkan mereka kesepian. Dia sentiasa bersama, lalu, Dia pujuk jiwa yang disisihkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini. 

Lapangan terbang khas pesawat A380 di Dubai

No comments:
SEBUAH pesawat Airbus A380 milik syarikat Emirates diletakkan di lapangan terbang khas itu kelmarin.
SEBUAH pesawat Airbus A380 milik syarikat Emirates diletakkan
di lapangan terbang khas itu kelmarin.  

Lapangan terbang khas untuk pesawat gergasi dua tingkat Airbus A380 telah dibuka sepenuhnya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. 

Pesawat itu boleh membawa 525 orang penumpang menyebabkan beberapa lapangan terbang di dunia terpaksa melakukan pengubahsuaian bagi membolehkan ia mendarat. 

INFO SAINS & AL-QUR'AN: Teori Stimulus Mekanoreseptor Pada Magis Spot

No comments:

INFO SAINS & AL-QUR'AN: 

~Teori Stimulus Mekanoreseptor Pada Magis Spot ~ 

Dr Muhammad Asim Mahmod Khan memiliki teori yang menarik mengenai pengaruh bacaan Quran kepada kesihatan. Kesan penyembuhan Quranik menurutnya berlatarbelakangkan dua hal, gerakan lidah dan kesan gelombong suara. Beberapa lafaz ayat atau kalimat-kalimat suci yang apabila diartikulasikan membentuk gerakan lidah yang spesifik. 

Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya, Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang. (Al-Ahzaab 41-42) 

Pelik! Kerbau kena kahwin dengan lembu!

No comments:
KERBAU jantan (kanan) dan pasangannya yang merupakan seekor lembu betina (kiri) diletakkan di depan hantaran perkahwinan haiwan itu di Ayutthaya semalam.
KERBAU jantan (kanan) dan pasangannya yang merupakan seekor
lembu betina (kiri) diletakkan di depan hantaran perkahwinan
haiwan itu di Ayutthaya semalam. 

Seekor kerbau jantan berumur 21 tahun, Yai Chai-Yuen dikahwinkan dengan lembu betina berusia lapan tahun, Thong-Kwao di Ayutthaya, Thailand, semalam. 

Beberapa penduduk menganjurkan majlis perkahwinan untuk kerbau jantan yang dianggap paling cantik di sini. 

Lembu betina itu dicari oleh penduduk di sini selepas menimbangkan beberapa 'calon' lain. 

Haiwan yang dipilih untuk menjadi pasangan Chai-Yuen itu berasal dari Ubon Ratchathan, timur laut Thailand yang terletak 600 kilometer dari sini. [Sumber

Gambar : Masuk ular ke dalam hidung

1 comment:
KOMBINASI gambar menunjukkan seorang lelaki memasukkan ular ke dalam hidung dan mulutnya di Kuil Ditan, Beijing semalam.
KOMBINASI gambar menunjukkan seorang lelaki memasukkan ular
ke dalam hidung dan mulutnya di Kuil Ditan, Beijing semalam. 

Seorang lelaki membuat persembahan unik bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina di Kuil Ditan di Beijing, semalam. 

Lelaki itu memasukkan seekor ular hidup yang kecil ke dalam hidung. 

Mulut lelaki itu juga dilihat mengandungi ular semasa dia membuat persembahan tersebut. [Sumber

Kalau binatang ada FACEBOOK, agak-agak apa status mereka?

No comments:

Kalau binatang ada FACEBOOK, agak-agak apa status mereka? 

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajib.. kenyang beb, Alhamdulillah.. Murah rezeki malam ni.. 

CICAK : isteriku tersepit pintu.. Menduda lagi kali ke 24.. 

Hotel beku panorama unik

No comments:
Binaan di hotel beku.
Binaan di hotel beku. 

ORANG ramai kini tidak perlu ke Kutub Utara atau Kutub Selatan sekiranya ingin menikmati penginapan di kelilingi salji dan ais. 

Hanya dengan menjejakkan kaki ke hotel De Polos bertempat di kawasan pergunungan Quebec, Kanada, impian mereka pasti tercapai. 

Kenderaan robotik gerudi batu di planet Marikh

No comments:
KENDERAAN Curiosity di Marikh pada 3 Februari lalu.
KENDERAAN Curiosity di Marikh pada 3 Februari lalu. 

Kenderaan robotik Curiosity menggerudi permukaan batu yang diberi nama John Klein di planet Marikh pada 8 Februari lalu, kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin. 

Gambar-gambar yang dihantar semula ke Bumi menunjukkan terdapat lubang selebar 1.6 sentimeter (sm) dan sedalam 6.4sm pada permukaan batu tersebut. 

Wain ular tedung dari China

No comments:
BEBERAPA balang yang mengandungi wain ular dijual di Kampung Zisiqiao pada Jumaat lalu.
BEBERAPA balang yang mengandungi wain ular dijual
di Kampung Zisiqiao pada Jumaat lalu.  

Seorang penternak ular, Gao Shuihua menjual wain kemaluan ular di kedainya di Kampung Zisiqiao, timur China. 

Menurutnya, wain tersebut diperbuat daripada keluarga ular tedung paling berbisa di negara ini. 

"Itu (wain tersebut) merupakan tonik untuk kesihatan. Ia baik terutamanya untuk lelaki," kata seorang sepupunya seperti dilaporkan agensi berita AFP semalam. 

Bagaimanapun, Shuihua memberi amaran dengan berkata: "Jika ular tersebut menggigit anda, anda akan mati dalam tempoh empat jam". [Sumber

Google bakal mempunyai lapangan terbang sendiri

No comments:
Konsep lapangan terbang Google hasil ilham artis.
Konsep lapangan terbang Google hasil ilham artis. 

Terminal ada pejabat, kedai komersial telan belanja RM246 juta 

San Jose: Banyak syarikat memiliki dan menguruskan jet korporat ketika ini tetapi Google pula merancang untuk memiliki lapangan terbang kendalian sendiri. 

Satu panel pegawai negeri California kini menilai cadangan membina lapangan terbang milik Google di kawasan seluas 11.7 hektar di sebelah barat Lapangan Terbang Mineta San Jose. 

Cadangan itu dikemukakan oleh Signature Aviation membabitkan kos AS$82 juta (RM246 juta) termasuk sebuah terminal dan hangar. 

Seni perut boyot

No comments:
LEILA asyik melukis pada perut pelanggannya.
LEILA asyik melukis pada perut pelanggannya. 

London: Ia sudah lama popular di Amerika Syarikat selepas Mariah Carey melukis pada perut boyotnya. 

Kini, kegilaan itu merebak ke Britain dengan bakal ibu berusaha meraikan kehamilan mereka dengan fesyen artistik. 

Leila Searle, 27, pelukis wajah dari Upton di Poole, Dorset, meluaskan perniagaan melukisnya kepada seni lukisan tubuh pada perut boyot selepas menerima permintaan daripada bakal ibu. 

Beg pelancong disambar burung kea

No comments:
Peter Leach (kanan) kecewa beg hilang, disambar burung kea (kiri).
Peter Leach (kanan) kecewa beg hilang, disambar burung kea (kiri). 

Auckland: Seorang pelancong Scotland rugi AS$1,000 (RM3,000) apabila wangnya dicuri seekor burung kea. 

Wang itu disambar burung ketika dia sedang mengambil gambar. Peter Leach berkata, dia berhenti seketika mengambil gambar pemandangan di Puncak Arthur. 

Wordless Wednesday : 'Kopi Kucing'

No comments:

Pen Lernstift bantu tulisan bahasa Inggeris

1 comment:
Pen keluaran syarikat Lernstift akan bergetar setiap kali ia mengesan kesalahan pada ejaan dan tatabahasa dalam bahasa Inggeris.
Pen keluaran syarikat Lernstift akan bergetar setiap kali ia mengesan
kesalahan pada ejaan dan tatabahasa dalam bahasa Inggeris. 

Sebuah syarikat Jerman menghasilkan sebatang pen yang dapat membantu penulisan bahasa Inggeris untuk semua peringkat umur, khususnya kanak-kanak, apabila ia bergetar setiap kali ia mengesan kesalahan pada ejaan dan tatabahasa. 

Pen keluaran syarikat Lernstift itu kini dalam peringkat prototaip, sekali gus mampu menggantikan pergantungan kepada komputer bagi tujuan yang sama dan mengurangkan kebimbangan bagi mereka yang cenderung menulis bahasa itu dengan tangan. 

Wordless Wednesday : Buat Si Perokok Tegar...

No comments:

Kunyah gula-gula getah baik untuk otak

1 comment:
Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

Tabiat mengunyah gula-gula getah di khalayak ramai, mungkin menimbulkan rasa kurang selesa bagi sesetengah individu, namun satu kajian saintifik terkini mendedahkan perlakuan mengunyah itu sebenarnya baik untuk kecergasan otak. 

Kajian oleh Institut Sains Radiologi Kebangsaan Jepun dan beberapa institusi sains itu membuktikan, sekurang-kurangnya lapan tempat pada otak manusia boleh mendapat manfaat daripada perlakuan tersebut. 

Taman tanpa air dan udara selama 40 tahun

1 comment:
David menunjukkan taman mini dalam botol glob yang boleh bertahan tanpa air dan udara.
David menunjukkan taman mini dalam botol glob yang boleh bertahan
tanpa air dan udara. 

Pesara jurutera, David Latimer, berjaya mencipta taman kecil yang diletakkan di dalam botol selepas 40 tahun tanpa udara dan air di Cranleigh, Surrey, Britain. 

David berkata, pokok itu ditanam 53 tahun lalu dan kali terakhir ia disiram adalah pada 1972 sebelum penutupnya ditutup ketat untuk mendapatkan tindak balas ekosistem. 

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...