Ni apa ceritanya kat sini?

Slim Rice - beras kurang kalori

Slim Rice
Slim-Rice 

Bagi sesiapa yang berdiet, karbohidrat merupakan musuh utama, tetapi kini mereka boleh menarik nafas lega kerana terdapatnya beras yang hampir-hampir tidak mempunyai kalori. 

Slim Rice, satu produk baharu Britain, dapat membantu seseorang yang gemar memakan nasi berasa kenyang tanpa memakannya dengan jumlah yang banyak. 

Beras itu hanya mempunyai 7.7 kalori untuk satu sajian seberat 100 gram berbanding 350 kalori untuk berat yang sama pada beras basmati putih. 

Nasi biasa mengandungi 64 peratus air, tetapi Slim Rice yang telah dimasak mengandungi 97 peratus air dan akar konjac. 

Beberapa pakar pemakanan mendakwa sayuran ekstrak konjac atau lebih dikenali sebagai Moyu, boleh menstabilkan tahap gula di dalam darah dan menghalang seseorang itu daripada kelaparan atau memakan terlalu banyak. 

Cara-cara menyediakan Slim Rice.
Cara-cara menyediakan Slim Rice. 

Produk biasa mempunyai bau kanji yang kuat dan perlu dibilas sekurang-kurangnya dua kali dengan air suam untuk menghilangkan baunya. 

Menurut penggemar produk ini, Slim Rice lebih mudah dikunyah berbanding nasi biasa serta dapat memperdaya otak untuk berfikir bahawa seseorang itu telah memakan nasi dengan banyak. 

Satu hidangan dapat mewujudkan rasa kenyang sehingga empat jam. 

Selain Slim Rice, terdapat juga produk Slim yang lain, seperti Slim Pasta dan Slim Noodles.
Selain Slim Rice, terdapat juga produk Slim yang lain, seperti Slim Pasta
dan Slim Noodles.  

Rangkaian produk Slim lain termasuklah Slim Pasta dan Slim Noodles yang tidak berperisa dan boleh ditambahkan dengan pilihan sos masing-masing. 

Slim Rice dibuat oleh syarikat Eat Water dan boleh diperoleh di Holland & Barrett serta kedai makanan bebas pada harga 2.55 pound (RM12.40) untuk satu peket. 

Namun, Tam Fry daripada Forum Obesiti Kebangsaan berkata, produk konjac memberi kesan sampingan kerana ia hanya akan menyebabkan seseorang itu kenyang, tetapi tidak membawa khasiat. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...