Ni apa ceritanya kat sini?

Kenderaan robotik gerudi batu di planet Marikh

KENDERAAN Curiosity di Marikh pada 3 Februari lalu.
KENDERAAN Curiosity di Marikh pada 3 Februari lalu. 

Kenderaan robotik Curiosity menggerudi permukaan batu yang diberi nama John Klein di planet Marikh pada 8 Februari lalu, kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin. 

Gambar-gambar yang dihantar semula ke Bumi menunjukkan terdapat lubang selebar 1.6 sentimeter (sm) dan sedalam 6.4sm pada permukaan batu tersebut. 

"Penggerudian pertama di Marikh untuk sampel sains itu merupakan satu kejayaan," kata NASA di Twitter. 

Seorang saintis NASA, John Grunsfeld menyatakan, penggunaan gerudi itu merupakan kejayaan terbesar buat Curiosity

Kenderaan itu mendarat di planet tersebut pada Ogos tahun lalu. 

Ia melaksanakan misi selama dua tahun untuk mencari petunjuk kehidupan di planet berkenaan. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...