Ni apa ceritanya kat sini?

Kenderaan lebih muatan - pemandangan biasa di China

Lelaki ini terpaksa menolak basikalnya untuk menghantar ratusan botol ke kilang kitar semula di Shanghai.
Lelaki ini terpaksa menolak basikalnya untuk menghantar ratusan
botol ke kilang kitar semula di Shanghai. 

Demi menampung kehidupan seharian, pemandu China sanggup mengetepikan undang-undang jalan raya atau pun keselamatan diri. 

Di sekitar bandar di negara itu, pemandangan kenderaan seperti pikap, lori mahu pun basikal mengangkut barangan melebihi muatan adalah perkara biasa. 

Sebuah lori pikap sarat membawa gegelung plastik di Guiyang.
Sebuah lori pikap sarat membawa gegelung plastik di Guiyang. 

Pihak berkuasa negara itu berkata, kebanyakan penduduk di negara tersebut sanggup menggadai nyawa membawa muatan penuh di kenderaan masing-masing sebagai menjimatkan kos dan masa. 

“Barang biasa dibawa melebihi had seperti sampah, botol kosong, jerami padi dan kayu,” katanya. 

Sebuah keluarga berkongsi kenderaan bersama timbunan sampah di Taiyuan.
Sebuah keluarga berkongsi kenderaan bersama timbunan sampah
di Taiyuan. 

Menurutnya, perkara itu menjadi kebiasaan penduduk terutamanya di wilayah Shanghai, Shouguang dan Huai-an. 

“Kami sudah jelak mengeluarkan denda kerana mereka tidak mampu membayar saman dan perkara itu terlalu banyak berlaku di bandar tersebut. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...