Ni apa ceritanya kat sini?

Pen Lernstift bantu tulisan bahasa Inggeris

Pen keluaran syarikat Lernstift akan bergetar setiap kali ia mengesan kesalahan pada ejaan dan tatabahasa dalam bahasa Inggeris.
Pen keluaran syarikat Lernstift akan bergetar setiap kali ia mengesan
kesalahan pada ejaan dan tatabahasa dalam bahasa Inggeris. 

Sebuah syarikat Jerman menghasilkan sebatang pen yang dapat membantu penulisan bahasa Inggeris untuk semua peringkat umur, khususnya kanak-kanak, apabila ia bergetar setiap kali ia mengesan kesalahan pada ejaan dan tatabahasa. 

Pen keluaran syarikat Lernstift itu kini dalam peringkat prototaip, sekali gus mampu menggantikan pergantungan kepada komputer bagi tujuan yang sama dan mengurangkan kebimbangan bagi mereka yang cenderung menulis bahasa itu dengan tangan. 

Pengguna boleh memilih antara dua fungsi yang terdapat pada pen itu, iaitu Mod Kaligrafi yang menunjukkan kelemahan ayat dan kemampuan untuk dibaca serta Mod Ortografi yang dapat mengesan kesalahan ejaan dan tatabahasa. 

Sensor pada pen itu akan mengesan kepelbagaian dalam penulisan dan akan berdengung sekiranya berlaku kesilapan. 


Menurut laman web Lernstift, pencipta pen itu, Falk dan Mandy Wolsky mendapat ilham menghasilkan alat tersebut setelah melihat usaha anak lelaki mereka menulis pada peringkat awal. 

Galakan yang cepat dapat membantu kanak-kanak menulis dengan lebih tepat dan pantas, katanya. 

Menurut laman web itu, pelabur akan melancarkan satu projek kerjasama yang akan dibiayai hasil sumbangan orang ramai yang menyokong konsep pengeluaran pen itu, pada bulan ini bagi membangun dan memasarkan idea berkenaan. 

Antara cadangan penambahbaikan bagi pen itu ialah sensor tekanan, sambungan kepada komputer dan platform terbuka bagi membolehkan orang lain membangunkan aplikasi dan mengembangkan fungsi pen tersebut. [Sumber

1 comment:

  1. macam-macam dunia sekarang nie kan..hihii..:)

    ReplyDelete

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...