Ni apa ceritanya kat sini?

Curi barang pakai chopstick jer ?

Hongbo menggunakan penyepit untuk mencuri.
Hongbo menggunakan penyepit untuk mencuri. 

Seorang pencopet menunjukkan kreativitinya yang tersendiri menggunakan penyepit untuk mencuri menyerah diri kepada polis. 

Wang Hongbo, 32, dirakam kamera mengambil telefon bimbit daripada poket seorang wanita yang berbasikal di kota Zhengzhou, wilayah Henan, China. 

Seorang saksi mengambil gambar Wang berlari di belakang wanita itu sebelum mengambil telefon bimbit itu dengan penyepit. 

Wang kemudian dilihat memeriksa barangan curinya itu sebelum menjualnya kepada sebuah kedai barangan terpakai tidak jauh dari lokasi kejadian. 

Dia, bagaimanapun, ditahan apabila seorang awam yang kebetulan ada di tempat kejadian, merakam perbuatannya dan menyiarkannya di internet. 

Wang akhirnya menyerah diri kepada polis selepas gambarnya sudah ditonton ramai orang di internet. 

Wang menghubungi seorang wartawan dan memberitahunya bahawa dia adalah lelaki yang disiarkan foto mencuri daripada wanita berbasikal berkenaan. 

Wanita itu dilaporkan langsung tidak sedar perbuatan pencuri itu. Wang berkata, dia melakukan jenayah kerana menghadapi masalah membesarkan anaknya yang berusia 12 tahun sendirian. 

Awal bulan ini, seorang lelaki yang disyaki pencuri beg luka di bahagian keningnya selepas melanggar tingkap kedai untuk lari. [Sumber

6 comments:

  1. macam2 cara nak mencuri ni kan...dunia oh dunia

    ReplyDelete
  2. hemm.. macam2.. tp xkan xleh cari keje lain selain mencuri kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la... mungkin bagi dia, problemnya sapa nak jaga anak dia kalau dia ada keje lain (bukan yang mencuri tu)

      Delete
  3. kerana anak bapa sanggup lakukan apa saja..

    ReplyDelete

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...