Ni apa ceritanya kat sini?

Pengacara televisyen Nepal cipta rekod dunia

LAMICHHANE (kanan) menerima sijil daripada seorang pegawai Guinness World Records di Kathmandu semalam.
LAMICHHANE (kanan) menerima sijil daripada seorang pegawai
Guinness World Records di Kathmandu semalam.  

Seorang pengacara Nepal telah mencipta rekod mengendalikan program bual bicara televisyan yang paling lama di dunia, kata pihak penganjur semalam. 

Pengacara itu, Rabi Lamichhane yang berusia 36 tahun mengendalikan program tersebut selama 62 jam dan 12 minit. 

Dia yang bekerja di Amerika Syarikat telah kembali ke Kathmandu untuk mengendalikan program televisyen itu, Lord Buddha Was Born in Nepal

Lamichhane mencipta rekod Guinness World Records itu malam kelmarin. 

"Kempen kami adalah untuk menyebarkan mesej kepada dunia bahawa Buddha dilahirkan di Nepal," kata Pengerusi News24, Anil Joshi kepada agensi berita AFP

Menurutnya, program itu juga bertujuan untuk mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan di negara ini seperti Gunung Everest. 

Seramai 100 orang tetamu termasuk beberapa selebriti televisyen menyertai program bual bicara itu. 

Kejayaan Lamichhane itu mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang oleh Pavlo Kuzheyev dan Tetiana Danylenko. 

Kedua-dua mereka mengendalikan program bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan yang ke-20 Ukraine pada 2011 dengan bersiaran selama 52 jam. 

Menurut undang-undang Guinness World Records, Lamichhane dibenarkan hanya berehat selama lima minit untuk setiap jam ketika dia bertugas. 

Pihak penganjur menyatakan, ada ketikanya, dia makan sambil mewawancara tetamu selain minum air yang boleh memberikannya tenaga untuk mengendalikan program tersebut. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...