Tweet |
Bintang rap Korea Selatan, Psy kelmarin mendedahkan tarian goyang pinggul dalam video muzik terbaharunya yang berjudul Gentleman di laman YouTube.
Psy juga menyanyi dan melakukan gerakan tarian tersebut semasa dia membuat persembahan yang disaksikan 50,000 orang di sebuah stadium di Seoul, kelmarin.
Video muzik penyanyi berusia 35 tahun itu kini mencatatkan lebih 13 juta tontonan selepas dimuat naik sejurus konsert Psy bermula di stadium tersebut.
Video muzik penyanyi itu yang berjudul Oppa Gangnam Style telah mencatatkan lebih satu bilion tontonan sejak dimuat naik pada pertengahan tahun lalu.
Pada sidang akhbar sebelum konsertnya bermula, Psy menyatakan, dia mahu penduduk Korea Utara turut berkongsi kegembiraan dan keseronokan semasa bergembira dengan muziknya.
Dia membuat kenyataan itu ketika mengulas tentang krisis di Semenanjung Korea yang semakin memuncak selepas Korea Utara mengancam mahu melancarkan serangan nuklear ke atas Korea Selatan dan Jepun.
Ancaman itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melancarkan sekatan pengimportan barang mewah ke Korea Utara kerana negara itu melancarkan ujian nuklear ketiga pada Februari lalu.
"Pada malam ini, kita dan 50,000 rakyat Korea...kita akan menyanyi bersama-sama dengan kuat.
"Kami akan menjerit dan kita amat dekat dengan mereka (penduduk Korea Utara) supaya mereka boleh mendengar.
"Adalah diharapkan menerusi Gangnam Style dan Gentleman, video muzik serta reka tari saya, mereka (penduduk Korea Utara) akan turut terhibur bersama-sama," kata Psy.
Dalam video muzik itu, Psy membuat gurauan terhadap wanita-wanita antaranya dia bertindak menarik kerusi semasa mereka mahu duduk. [Sumber]
No comments:
Post a Comment