Ni apa ceritanya kat sini?

YouTube bakal siar persembahan Psy secara 'live'


Laman rangkaian sosial, YouTube akan menyiarkan persembahan penyanyi rap Korea Selatan, Psy menerusi lagu baharunya, Gentleman secara langsung. 

Psy yang mencetuskan fenomena dengan lagu Oppa Gangnam Style pada tahun lalu akan membuat persembahan di Stadium Seoul, Korea Selatan pada hari ini. 

Menurut laman YouTube, siaran langsung tersebut bermula pada pukul 6.30 petang waktu tempatan. 

Kelmarin, bintang berusia 35 tahun itu mengumumkan rancangannya untuk membuat persembahan secara langsung. 

Lagu Gentleman mula dilancarkan di kedai-kedai muzik dalam talian di seluruh dunia semalam. 

Sebelum ini, Psy menggegarkan dunia dengan tarian kudanya menerusi video muzik lagu Oppa Gangnam Style yang sehingga kini telah mencatat lebih 1.5 bilion tontonan di YouTube. [Sumber



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...