Ni apa ceritanya kat sini?

Pengaruh hashtag, retweet dan topik trending dalam media sosial

TWITTER antara medium terbaik menyebarkan maklumat.
TWITTER antara medium terbaik menyebarkan maklumat. 

JADUAL kerja Siti Azlyana Azmi bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Kadangkala, atas tuntutan kerja, dia pulang lewat sehingga mencecah pukul 9 malam. 

Begitupun, tugasnya agak unik iaitu eksekutif media sosial yang memerlukan dia sentiasa memegang gajet sama ada tablet atau telefon pintar bagi mengemas kini maklumat. 

Wanita berusia 24 tahun itu bertugas dengan syarikat Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai TV3. 

Kerjanya seakan-akan penulis iklan di agensi pengiklanan iaitu mencipta ayat-ayat yang sangat menarik dalam Twitter dan Facebook. 

“Saya diberikan panduan mengenai produk, program atau kempen yang disiarkan dan perlu tweet ketika rancangan bersiaran,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen Raikan Cinta TV3 pada bulan lalu. 

Setiap kali acara berlangsung, dia kerap mengemas kini status bagi memastikan terdapat keterlibatan penonton TV3 yang bersifat mobil. 

Bukan setakat potongan ayat, Siti Azlyana juga perlu memastikan setiap personaliti yang terlibat dalam sesebuah produksi itu turut membuat tweet menarik. 

Malah, perkataan yang direka pada hashtag dalam Twitter dan Instagram juga perlu menarik, mudah dibaca dan ringkas. 

“Paling penting setiap tweet yang ditaip digunakan semula berulang kali, retweet sekali gus menjadi trending, manakala kemas kini pada Facebook pula perlu mendapat klik Like. 

“Saya juga merangka tempoh masa tweet perlu dibuat. Tweet juga perlu dikemas kini ketika sesebuah drama ke udara,” terangnya lagi. 

Kerjaya dalam media sosial 

Pekerjaan Siti Azlyana boleh dikategori sebagai kerjaya baharu selepas ledakan media sosial dan pertambahan bilangan pengguna mobil. Lantaran itu, dia perlu memenuhi kumpulan sasaran berkenaan. 

Bagaimanapun, wanita muda yang menetap di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor itu juga perlu membuat kajian terhadap kelompok penonton dan bahan rancangan. 

Kongsinya, penonton saluran TV3 mempunyai kelompok peminat tegar dan setia biarpun pengisian rancangan televisyennya bersifat kekeluargaan. 

Walaupun bebas berkarya di Twitter, dia perlu memastikan konsep syarikat disampaikan kepada khalayak. 

Siti Azlyana bertanggungjawab menjaga lima akaun media sosial termasuklah Twitter, Facebook, Instagram, YouTube dan TV3MalaysiaOfficial. 

Pemilik akaun Facebook yang menekan butang Like pada laman TV3MALAYSIA hampir sejuta orang, manakala Twitter seramai 300,000 orang. 

Kepentingan hashtag 

Pengguna laman sosial menggunakan simbol hashtag (#) berserta kata kunci bagi mengkategorikan sesuatu topik untuk setiap tweet yang dilayangkan. 

Semua tweet lain yang bertanda # dengan perkataan kata kunci sama akan tersenarai dalam Twitter dengan mudah. 

Ia digunakan dengan tidak menjarakkan hashtag dengan perkataan dan boleh diletakkan di mana-mana sama ada pada awalan, pertengahan atau akhiran satu-satu tweet itu. 

Perkataan hashtag yang kerap digunakan dan popular sering menjadi topik-topik trending. 

PENGARUH hashtag juga boleh dilihat dalam laman perkongsian gambar, Instagram.
PENGARUH hashtag juga boleh dilihat dalam laman
perkongsian gambar, Instagram. 

Kaedah tersebut juga digunakan dalam laman sosial dan perkongsian foto, Instagram. Setiap gambar yang dimuat naik disertakan hashtag dengan tujuan yang sama untuk pencarian. 

Menurut Pengarah Kreatif, TwitterjayaTV, Mohd. Zulhelmie Zullifan, 24, sesuatu hashtag itu menjadi topik trending apabila mencapai kira-kira 800 tweet. 

Dalam satu-satu tweet yang dibuat tidak semestinya kesemua pengikut dalam senarai membacanya. Kitar bilangan pembaca sesuatu tweet itu sebenarnya semakin mengecil. 

Mohd. Zulhelmie memberi contoh, jika satu akaun itu mempunyai pengikut lebih kurang 10,000 orang, hanya 2,000 orang yang akan baca secara purata bersamaan 20 peratus daripada jumlah tersebut. 

Kemudian, kira-kira 100 orang yang membacanya akan retweet atau membalas dengan hashtag sama iaitu sekitar 10 peratus. 

Perkara tersebut berlaku kerana bukan ramai orang mengemas kini laman Twitter atau Instagram setiap masa kecuali pada waktu kelapangan. Masa puncak ialah pada malam Jumaat hingga Ahad. 

“Rangkaian pembaca boleh bertambah jika individu yang membuat retweet mempunyai ramai pengikut. 

“Jadi, untuk menjadikan sesuatu hashtag sebagai topik trending memerlukan jaringan yang luas dan pembaca tweet yang ramai,” terang Mohd. Zulhelmie ketika ditemui di The Curve, Mutiara Damansara, Selangor. 

Ujarnya, simbol hashtag lebih memberi kesan kerana ia melangkaui kelompok pengikut sesuatu akaun itu sama ada melalui cara retweet atau tweet baharu dengan disertakan simbol #. 

Simbol @ pula mewakili individu, ia dikatakan kurang memberi kesan melainkan pemilik akaun itu terdiri daripada selebriti atau orang berpengaruh. 

Sebenarnya, banyak laman web yang menawarkan retweet dan topik trending. 

Antaranya, laman web www.hashtracking.com yang membolehkan data yang lengkap diberikan sama ada bilangan retweet atau topik trending. 

Ia mampu menganalisis kempen atau acara yang dijalankan pada masa nyata majlis berlangsung dengan mengeluarkan data konkrit. 

Pecahan jenis data juga boleh dipilih dalam bentuk carta pai dan angka bagi memudahkan analisis dibuat. 

Bagaimanapun, perkhidmatan laman web ini perlu dibayar antara AS$29 hingga AS$399 (RM89.95 hingga RM1,237) sebulan bergantung kepada bilangan hashtag, jenis analisis dan banyak lagi. 

Kuasa Twitter 

Twitter dan Instagram merupakan medium terbaik dalam menyebarkan berita atau mempromosi sesuatu acara kerana sifatnya yang dikemas kini pada masa nyata. 

“Bentuk ayat ringkas atau gambar paling berkesan pada majlis membolehkan pembaca mencari bahan berkaitan lebih mendalam jika berminat,” terangnya. 

Konsep tersebut menurut Mohd. Zulhelmie, tidak terdapat pada laman sosial, Facebook kerana sifat khalayaknya yang berteraskan keluarga dan dalam bentuk profail pemilik akaun. 

Satu lagi perbezaan yang paling ketara ialah laman-laman sosial seperti itu tidak mempunyai fungsi hashtag, cukup sekadar fungsi butang Like dan komen. 

“Kebanyakan pemilik akaun juga lebih suka melihat dan mengemas kini laman sendiri dan menunggu notifikasi berbanding melayari laman akaun milik senarai rakan,” tambahnya dalam memberi penekanan dalam membezakan Twitter dan Facebook. 

Namun, Facebook dan laman perkongsian video seperti YouTube amat sesuai dalam menambah bilangan peminat atau pengikut laman mikroblogging. 

Mohd. Zulhelmie pada mulanya membuka akaun Twitter tiga tahun lalu dengan mengikut tweet yang menarik. 

Kemudian, pengikutnya bertambah selepas memuat naik video parodi, Lembu nak jaga dan Cinta muka bulu yang telah mencapai bilangan penonton sebanyak 1.7 juta sejak ia mula ditontonkan pada tahun 2011. 

NAJIB turut hadir ke Majlis tweetfamous yang diadakan baru-baru ini.
NAJIB turut hadir ke Majlis tweetfamous yang diadakan baru-baru ini. 

Pertemuan pengikut 

Dia yang pernah menjadi pembantu jurukamera filem Lagenda Budak Setan 2, mempunyai kumpulan sendiri yang dianggotai kira-kira 15 orang. Setiap ahli kumpulan diberi agihan masa untuk tweet. 

Mereka juga mempunyai pengikut lebih 2,000 akaun. Istilah yang digunakan bagi kelompok itu ialah tweetfamous dan perjumpaan sesama mereka dikenali sebagai twtup. 

Perjumpaan seperti itu kerap dilakukan sesama mereka pada hujung minggu dan paling besar setakat ini pada 25 Jun 2012 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor. 

Pada twtup itu, ia telah mengumpulkan kira-kira 10,000 pemilik akaun berpengaruh, malah turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Mohd. Zulhelmie turut berkongsi tip untuk membuat tweet, setiap tweet yang dihantar perlu ada identiti sendiri. 

“Setiap tweet yang dihantar juga jangan lupa sertakan sekali dengan hashtag. Jika tidak ia sekadar tweet kosong,” ujarnya. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...