Ni apa ceritanya kat sini?

Cincin magnetik penawar penyakit pedih ulu hati

Cincin manik titanium dengan kuasa magnet yang fleksibel ini didakwa mampu merawat pedih hulu hati.
Cincin manik titanium dengan kuasa magnet yang fleksibel ini
didakwa mampu merawat pedih hulu hati. 

Sebuah cincin kecil magnetik yang ditanam di dasar tekak didakwa mampu merawat penyakit pedih hulu hati kronik. 

Ahli gastroenterologi di Universiti Perubatan South Carolina, Dr Donald Castell berkata, magnet pada gelang itu mampu memberi tekanan yang boleh membantu menghalang pengeluaran gas dari perut. 

Menurutnya, alat digelar Linx dihasilkan Torax Medical Inc itu berbentuk seperti cincin manik titanium dengan kuasa magnet fleksibel dan boleh mengembang hingga empat sentimeter bagi memberi ruang lebih luas kepada makanan yang ditelan untuk proses pencernaan. 

"Ia akan ditanam di sekitar otot lemah di dasar kerongkong dan prosedur pembedahan menggunakan skop itu hanya mengambil masa selama setengah jam. 

"Pesakit akan merasai perubahan dalam tempoh setahun dan paras asid dalam tekak akan berkurangan," katanya pada laporan AP. 

Difahamkan, terdapat juga kesan sampingan ketara seperti kesukaran menelan makanan, tetapi ia akan beransur pulih dalam tempoh tiga tahun. 

Kos keseluruhan pembedahan tersebut ialah kira-kira AS$17,000 (RM52,000) hingga AS$25,000 (RM76,000). [Sumber

1 comment:

  1. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...