Ni apa ceritanya kat sini?

Besi mayat dibakar boleh kitar semula?

BESI-BESI yang diperoleh daripada proses pembakaran mayat akan dijual untuk dikitar semula dan hasilnya disalurkan kepada tabung-tabung kebajikan.
BESI-BESI yang diperoleh daripada proses pembakaran mayat akan dijual untuk
dikitar semula dan hasilnya disalurkan kepada tabung-tabung kebajikan. 

Pasti ramai yang tidak tahu bahawa besi yang diperoleh daripada mayat selepas melalui upacara pembakaran, boleh dikitar semula untuk dijadikan papan tanda dan digunakan pada kenderaan atau pesawat. 

Pemilik syarikat OrthoMetals, Ruud Verberne berkata, industri kitar semula besi yang diperoleh selepas proses pembakaran mayat selesai, semakin berkembang di Britain dan negara-negara Eropah. 

Katanya, separuh daripada 260 tempat pembakaran mayat di Britain, telah menandatangani skim mengitar semula itu dengan syarikat Belanda tersebut. 

Jelas Verberne, logam itu biasanya ditanam dalam badan seperti besi pinggul, kepingan besi pada tulang belakang, skru, kepingan besi dalam gigi palsu, tampalan gigi, tidak ketinggalan besi yang terdapat pada papan keranda. 

Besi yang dikumpul akan dijual dan hasilnya disalurkan kepada tabung-tabung kebajikan. 

"Kesemua besi-besi tersebut menyumbangkan sebanyak 75 tan besi setiap tahun di negara ini," katanya. 

Menurut Verberne, besi berkualiti tinggi termasuk kobalt dan titanium yang ditemukan dalam implan dan tampalan gigi, yang tahan suhu sehingga 1,000 darjah Celsius akan dijual untuk kegunaan kenderaan dan industri penerbangan. 

Besi yang lebih murah pula mudah mencair, dan digunakan untuk kegunaan am termasuk papan tanda, penghadang dan tiang lampu jalan. 

Sehingga kini, hampir sejuta pound (RM4.6 juta) berjaya dikumpulkan menerusi projek yang dijalankan di Britain sejak 2004 itu. 

Verberne berkata, sebelum mayat dibakar, pihaknya akan menyoal keluarga si mati sama ada mereka ingin menyimpan besi yang ditemukan atau tidak. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...