Ni apa ceritanya kat sini?

Siapa sebenarnya Jeneral Abdel Fattah al-Sisi?

Abdel Fattah al-Sisi
Abdel Fattah al-Sisi 

Sisi lain Jeneral Abdel Fattah, seorang Yahudi 

MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui Ketua Tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang menyuarakan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya Presiden negara itu, yang dijadual diadakan pada April ini, sebenarnya adalah berketurunan Yahudi. 

Menurut laporan veteranstoday.com, yang dipertik daripada tulisan seorang pensyarah universiti di Amerika Syarikat (AS), Dr. Kevin Barrett, ibu jeneral itu, Malikah Titani merupakan keturunan Yahudi yang berasal dari Asefi, Maghribi. 

Keadaan itu, secara automatik menjadikan pemimpin tertinggi tentera Mesir itu seorang warga Israel. 

Dr. Barrett berkata, sekiranya warga Mesir mahu memilih seorang Presiden daripada keturunan Yahudi dalam satu pilihan raya yang adil, ia tidak menjadi satu masalah yang besar. 

Tapi yang menjadi masalah ialah Abdel Fattah telah menyembunyikan identitinya sebagai seorang berketurunan Yahudi dan hubungannya dengan Israel daripada pengetahuan masyarakat Mesir. 

Sebelum ini, sebahagian besar rakyat Mesir mengecam tindakan beliau memusnahkan amalan demokrasi di negara itu yang baharu sahaja subur, dengan memimpin tentera menggulingkan Presiden Mohammed Mursi melalui penipuan. 

Malah beliau kemudian mengetuai tentera membunuh ramai penduduk Mesir yang menyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin yang mengadakan bantahan berikutan penggulingan Mursi. 

"Masalah yang lebih besar lagi ialah tindakan Abdel Fattah itu dilihat hampir menyamai tindakan ejen perisikan Israel, Mossad. Beliau bukan sahaja dilihat sebagai seorang yang ganas malah bersifat diktator. 

"Jika Abdel Fattah dipilih sebagai Presiden, Mesir secara tidak langsung akan menjadi salah sebuah wilayah jajahan terbaharu Israel dan wilayah terbesar pernah 'ditakluki' rejim Zionis Israel," kata Dr. Barret. 

Sehubungan itu, tidak hairan sekiranya Duta Besar Israel ke Mesir menggelarkan Abdel Fattah sebagai seorang wira bagi semua orang Yahudi dalam satu kenyataan akhbar, baru-baru ini. 

Kenyataan itu dapat dilihat di laman web middleeastmonitor.com bertajuk: Israeli ambassador calls Al-Sisi a ''national hero for all Jews"

Wakil kepada Duta Israel di Kaherah itu memberitahu seorang menteri di dalam kerajaan sementara Mesir bahawa orang Israel memandang tinggi terhadap Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi sebagai seorang 'wira nasional'. 

Menurut Radio Israel, duta tersebut menghubungi Menteri Pertanian Mesir, Ayman Abu-Hadid bagi mengucapkan tahniah kepadanya atas jawatan baharu yang disandangnya. 

"Abdel Fattah tidak dianggap sebagai seorang wira oleh rakyat Mesir, namun dia dianggap wira kepada semua orang Yahudi di seluruh dunia," katanya dalam kenyataan di middleeastmonitor.com

Dr. Barrett dalam kenyataannya turut mendakwa bapa saudara Abdel Fattah, Uri Sibagh pernah berkhidmat di dalam Liga Pertahanan Israel dari 1948 hingga 1950. 

Sibagh turut berpindah ke Israel dan menjadi seorang tokoh dalam parti politik yang diasaskan Ben Gurion, selain berkhidmat sebagai Setiausaha Parti Buruh Israel di Beersheba dari 1968 hingga 1981. 

Katanya, kakak Sibagh yang merupakan ibu kepada Abdel Fattah telah berhijrah ke Mesir dalam satu misi yang diarahkan agensi perisikan Israel, Mossad.

Eli Cohen
Eli Cohen 
Misi itu berakhir dengan kejayaan Mossad menggulingkan Presiden Mesir, Mohammed Mursi menggunakan pasukan tentera Mesir pada 3 Julai lalu, sekali gus meletakkan ejennya Abdel Fattah sebagai ketua di Mesir. 

Beliau mendakwa Abdel Fattah merupakan seorang ejen perisikan Mossad. Misinya ialah menyusup masuk ke dalam peringkat tertinggi pemerintahan sebuah negara Islam Arab. 

Abdel Fattah hari ini merupakan versi Elie Cohen yang merupakan seorang ejen Mossad yang menyusup masuk ke dalam peringkat tertinggi pemerintahan Syria sebelum ini dengan menggunakan nama Kamal Amin Thabet sebelum penyamarannya terdedah dan dia dihukum gantung di khalayak umum, di Damsyik. [Sumber


[Doa] Ya Allah ya tuhanku, selamatkanlah negara Mesir ini dari cengkaman Yahudi laknatullah ini, dan selamatkan Morsi dari penganiayaan dan ketidakadilan dalam bicara mahkamah, dan juga rakyat Mesir yang lain, khususnya penyokong Morsi. Amin.  T_T  

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...