Ni apa ceritanya kat sini?

[Video] Kereta Lego dengan enjin 256 piston!

Raul Oaida memandu kereta ciptaannya yang diperbuat daripada kepingan Lego di kediamannya di Hunedoara, Romania, baru-baru ini.
Raul Oaida memandu kereta ciptaannya yang diperbuat daripada
kepingan Lego di kediamannya di Hunedoara, Romania, baru-baru ini.  

Pemuda hasilkan kereta daripada Lego 

LOS ANGELES - Seorang pereka Romania, menghasilkan sebuah replika kereta menggunakan lebih 500,000 kepingan Lego. 

Kenderaan ciptaan Raul Oaida bersama seorang rakannya, Steve Sammartino itu, bukan sahaja dihasilkan pada saiz kereta sebenar, namun mampu bergerak selaju 32 kilometer sejam. 

Kereta berwarna hitam kuning ciptaan dua pereka itu juga menyerupai model Bumblebee dalam filem robot terkenal, Transformers. 

Kereta diperbuat daripada kepingan Lego itu juga mempunyai empat enjin orbital dan 256 unit omboh. 

Menurut Oaida, 20, kenderaan tersebut dihasilkan di tempat letak kereta milik keluarganya, di Hunedoara, kira-kira 400 kilometer dari Bucharest, sebelum dihantar ke lokasi rahsia di Melbourne. 

Sebelum ini, pemuda itu pernah menghasilkan sebuah basikal dengan enjin berkuasa jet serta menghantar sebuah kapal angkasa diperbuat daripada kepingan Lego ke angkasa lepas menaiki sebuah belon helium. [Sumber



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...