Ni apa ceritanya kat sini?

Perkara asas anda perlu tahu mengenai POWERBANK


Perkara asas anda perlu tahu mengenai POWERBANK 
=========================================== 

1) Apa itu POWERBANK? 

POWERBANK bertindak sebagai "bateri tambahan" disaat smartphone anda kehabisan bateri. Ia seperti soket TNB mudah alih. 


2) Di mana kilang POWERBANK? 

Majoriti POWERBANK dihasilkan di China. Walaupun jenama USA tetapi masih "Made in China". 


3) Bagaimana saya mahu cas POWERBANK saya? 

Senang sahaja. Sambungkan wayar charger POWERBANK (selalunya wayar USB-microUSB) ke soket TNB. Anda juga boleh sambung kepada laptop anda untuk mengecas POWERBANK. 


4) Berapa lama saya perlu cas POWERBANK saya? 

Bergantung kepada kapasiti POWERBANK anda. Secara amnya, lebih besar kapasiti POWERBANK, lebih lama anda perlu cas POWERBANK anda untuk penuh. 


5) Kenapa kadang-kadang POWERBANK saya ambil masa yang lama untuk penuh. Kenapa? 

Faktor luaran seperti cuaca, suhu, punca kuasa mempengaruhi masa pengecasan. Anda akan mengambil masa yang lebih lama jika gunakan laptop untuk mengecas berbanding guna soket TNB. 


6) Apa itu mAh? 

mAh bermaksud milli Ampere Hour. Kapasiti tenaga POWERBANK anda di ukur dalam unit mAh. Lebih tinggi mAh, lebih banyak tenaga yang tersimpan dalam POWERBANK. 


[Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...