Ni apa ceritanya kat sini?

Bintang realiti TV mahu patenkan ayat yang diucapkannya sendiri

Nabilla Benattia
Nabilla Benattia 

Seorang bintang realiti televisyen Perancis, Nabilla Benattia mahu mempatenkan ayat yang diucapkannya kepada rakan pesertanya. 

Ayat itu mahu dipatenkannya selepas ia menjadi popular setelah dia menuturkannya kepada seorang peserta yang tidak membawa syampu. 

"Hello? I mean hello?" kata Benattia kepada peserta tersebut dalam program realiti televisyen tersebut, The Angels of Reality TV. 

Ayat itu kemudian menjadi popular di laman web, klip video berbentuk parodi dan menjadi inspirasi para pengiklan. 

Klip video yang menunjukkan Benattia menuturkan ayat tersebut telah ditonton lebih sejuta kali sejak dimuat naik di laman perkongsian video, YouTube pada Mac lalu. 

Syarikat perabot Ikea kemudian turut menggunakan ayat tersebut dalam iklannya. 

Dia dilaporkan mahu terkenal seperti selebriti Kim Kardashian yang menjadi bintang realiti televisyen di Amerika Syarikat. [Sumber


P/s: Nak tahu apa ayat yang keluar dari mulut 'seksi' Nabilla Benattia yang dalam 'The Angels of Reality TV' tu?  
“Hello? I mean hello? You’re a girl and you don’t have shampoo, hello? Hello! Do you receive me? You’re a girl and you don’t have shampoo. It’s as if I tell you, you’re a girl and you don’t have hair,”. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...