Tweet |
Ismail menunjukkan tanaman nanasnya yang agak pelik dari pokok nanas biasa. |
BACHOK – Seorang warga emas berusia 75 tahun terkejut apabila mendapati salah satu daripada tanaman nanasnya berbuah agak pelik dari yang lain.
Ismail Ibrahim berkata, dia menyedari keadaan aneh itu ketika awal pertumbuhannya dan kini pokok nanas itu berusia dua bulan.
“Pokok nanas ini tumbuh bukan sebiji seperti pokok lain. Ia seperti kembar lima. Pertumbuhannya juga agak cepat daripada pokok lain.
“Sepanjang pakcik jadi petani sejak berpuluh tahun lalu, inilah kali pertama dapat tengok keadaan nanas yang agak pelik. Pakcik rasa tidak mustahil ia besar seperti buah di pokok lain juga,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, kebesaran ALLAH SWT ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan dia amat kagum dengan kejadian yang berlaku di depan matanya sendiri.
Difahamkan, Ismail mempunyai keluasan tanaman kira- kira setengah ekar termasuk ubi kayu dan pisang.
Dia mengusahakan tanaman sendiri untuk dijual secara kecil- kecilan di pasar Jelawat. Tanaman ubi kayunya digunakan isterinya, Hasnah Mat Saman, 65, untuk membuat tapai ubi kayu untuk jualan di pasar Jelawat. [Sumber]
No comments:
Post a Comment