Tweet |
Satu kejadian sempat dirakam apabila pemilik kereta gagal menghidupkan kenderaan kerana enjin dimasuki seekor arnab. |
INSIDEN enjin kereta pengguna Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Colorado, Amerika Syarikat dimasuki arnab yang sekali gus memakan kabel palam pencucuh serta pendawaian lain merunsingkan pelbagai pihak.
Kejadian yang berlaku sejak Januari lalu mencetuskan rasa tidak puas hati pengguna termasuk pihak lapangan terbang yang terpaksa menanggung kerugian jutaan dolar.
Bagaimanapun, pelbagai usaha telah dilaksanakan melibatkan pemindahan sekurang-kurangnya 100 ekor arnab yang mengganggu pemilik kenderaan di kawasan parkir oleh kakitangan hidupan liar persekutuan.
"Sebaik arnab-arnab itu dipindahkan, pihak syarikat lapangan terbang akan membuat penambahbaikan sistem pagar dan memasang rumah hinggap untuk haiwan pemangsa seperti helang dan burung lain," kata jurucakap lapangan terbang, Laura Coale.
Pertengahan Januari lalu, pengguna lapangan terbang berkenaan membuat laporan kepada media tempatan selepas enjin kenderaan mereka rosak teruk angkara arnab.
Lapor agensi berita Mail Online, kawasan lapangan terbang itu adalah habitat asal ratusan arnab yang semakin berani melakukan kemusnahan harta pengguna dengan mengunyah wayar brek, klac dan beberapa pendawaian lain. [Sumber]
No comments:
Post a Comment