Ni apa ceritanya kat sini?

Laptop dan Netbook - Apa Bezanya?



Apa bezanya antara laptop dan netbook? Pada fizikalnya, sekali pandang, nampak sama je, tak ada pulak bezanya. Haa, jangan tak tahu, kadang-kadang, orang pandang netbook pun dia akan cakap laptop, tak pun, paling koman, komputer, tak begitu? Biasalah tu, sama ada orang tu dah konpius, atau mungkin jugak dari spesis "eye-month tuck keysah" agaknya. Biarkan jelah, nanti pening kepala pulak layan orang macam tu. OK, kita sambung balik cerita kita.



Cuba bayangkan, jikalau kedua-dua laptop dan netbook diletakkan bersebelahan antara satu sama lain. Ataupun, bayangkan juga, jika kita letakkan netbook di atas laptop. (Tapi, lagi jelas, kalau ada dua-dua benda tu ada kat depan mata.) Apa yang korang semua fikirkan?  Korang sendiri pun dah dapat mengagak jawapannya, kan? Ya, senang cakap, dah dapat bayangkan perbezaan saiz kedua-dua gadget terpenting dan idaman semua insan di muka bumi ini pada zaman masa kini. Ya, sejak bermulanya zaman internet, kemudian, dunia tanpa sempadan dan juga globalisasi hinggalah ke era Facebook dan Twitter.... :-D

Apa pun, yang ingin dibicarakan di sini, ialah, bukan sahaja saiz fizikal kedua-dua gadget idaman sedunia tu, tetapi soalnya, ialah, apakah kelebihan, kekurangan dan keistimewaan yang ada disebalik kedua-dua gadget tu........jom fikir-fikirkannya dengan fakta-fakta yang ada kat bawah ni.......

  • Laptop
    • bersaiz besar dan lebih berat
    • skrin lebar (widescreen - 12" ke 16")*
    • sesetengahnya boleh jadi PC Tablet (skrin boleh dipusing 360 darjah, support touchscreen)*
    • ada CD / DVD Optical Drive*
    • port HDMI (High-Definition Multimedia Interface)*
    • saiz kapasiti hard disk lebih besar (biasanya 250GB - 500GB)
    • nilai RAM lebih besar (1-4GB)
    • speed processor lebih tinggi (2-3GHz)
    • sesuai untuk pelbagai tugasan berat (graphic editing, gaming dsb)
  • Netbook
    • bersaiz kecil dan lebih ringan
    • skrin lebar (widescreen - 10"-11")
    • tiada CD / DVD Optical Drive
    • saiz kapasiti hard disk lebih kecil, sehingga 250GB sahaja
    • nilai RAM cuma sehingga 1GB
    • speed processor kurang 2GHz
    • terhad kepada fungsi menaip dan melayari internet (juga mendengar lagu dan menonton video)
    • lebih kepada kegunaan perbadi, pelajar (sekolah, universiti atau kolej) dan juga pejabat

Tetapi, disebalik semua perbezaan itu, sebenarnya, ada persamaan antara kedua-duanya, iaitu ciri-ciri berkaitan dengan kesambungan (connectivity), khususnya sambungan internet (internet connection) dan juga gadget bersepadu (intergrated gadgets), seperti dibawah ini :-

  • Kesambungan (Connectivity)
    • Wi-Fi (Wireless Fidelity - wireless network 802.11 b/g/n)
    • Bluetooth Integrated Wireless Technology
    • port network (RJ-45)
    • port skrin / monitor (VGA output)
    • port USB 2.0 (standard 3 port)
  • Gadget Bersepadu (Intergrated Gadgets)
    • Kamera Web (Webcam)
    • Mic (microphone)
    • Pembaca Kad 5 dalam 1 (5 in 1 Card Reader)

    * Ciri-ciri tertentu yang hanya ada pada laptop sahaja. Sebaliknya, netbook tiada ciri-ciri tersebut.

    Semua fakta di atas ini adalah dari berbagai sumber, seperti internet, tak kurang juga dari pembacaan, pemerhatian sekeliling (contohnya dalam kedai komputer, ekspo berkaitan komputer dan sebagainya), yang sebenarnya, memberi ilham untuk bercerita pasal topik ini. Harap korang semua berpuas hati dengan maklumat berguna dan fakta menarik berkaitan laptop dan netbook ini, terutamanya bagi sesiapa yang akan memenangi hadiah contest Acer Aspire One anjuran Denaihati.


    No comments:

    Post a Comment

    Kalau sudi, jenguklah sini :)

    Blog Ping

    Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...