Ketika satu objek bercahaya terbang pantas di udara, kelas gimnastik yang diadakan di Institut Kereta Api Chelyabinsk pagi kelmarin terhenti.
Semua pelajar tertumpu ke tingkap untuk melihat objek aneh berkenaan. Beberapa detik berlalu, dan tiba-tiba dengan dentuman kuat kaca tingkap di situ berkecai dan bandar Chelyabinsk bergegar.
Hentaman meteorit (tahi bintang yang gugur ke bumi) di bandar Chelyabinsk yang tidak jauh dari sempadan memisahkan Eropah serta Asia itu membayangkan bagaimana suasana dunia apabila tiba waktu kiamat.
Seorang wanita mengalami lecur tahap dua dan tiga apabila batu berwarna yang dikutip oleh keluarganya dari pantai di selatan California, tiba-tiba terbakar, di dalam poket seluarnya.
Lyn Hiner berkata, “Kami sedang berbual mengenai siapa perlu menjemput pengasuh apabila tiba-tiba kaki saya terasa panas.”
Katanya lagi, “Saya ingatkan saya digigit serangga, lalu saya memukul seluar dan tiba-tiba ia saya terbakar.”
Batu berwarna hijau dan jingga itu dijumpai dan dikutip oleh anak perempuan Lyn di Pantai San Onofre di California Selatan.
Beberapa kawasan di Nevada dan California, Amerika Syarikat (AS) mengalami keadaan agak cemas selepas satu letupan kuat berlaku disebabkan batu meteor yang jatuh, semalam.
Letupan yang turut menggegarkan kediaman di kawasan kejiranan Reno ke Winnemucca, Nevada dan Sacramento ke Bakersfield wilayah California, mencetuskan panik sehingga penduduk bertindak menghubungi agensi pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka.
Sebahagian penduduk di kedua-dua negeri terlibat, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum letupan berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna-warni pelik meluru ke arah Bumi.
Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar kawasan Sierra, barat daya Reno.
Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu itu merupakan tempoh aktif hujan meteor Lyrid yang dapat dilihat daripada bumi.
SEBUAH kawasan yang ditanam dengan gandum jenis durum.
Sekumpulan saintis mengumumkan kelmarin bahawa mereka membiak sejenis gandum yang boleh hidup di tanah berair masin.
Ketua penyelidikan berkenaan, Matthew Gilliham daripada University Adelaide, selatan Australia memberitahu, tanaman baharu itu dibiak daripada gandum jenis durum.
Saintis-saintis terbabit memasukkan gen yang dinamakan TmHKT1;5-A untuk membolehkan gandum tersebut tahan terhadap persekitaran masin.
Gen tersebut dimasukkan dengan menggunakan teknik-teknik pembiakbakaan kacuk dan bukan teknologi kejuruteraan genetik.
Tanaman tersebut digunakan untuk membuat pasta dan kuskus.
Menurut Gilliham, gandum baka baharu itu dapat membantu petani Jepun selepas tanaman mereka ditenggelami air laut dalam bencana tsunami tahun lalu.
Sekitar 20,000 hektar sawah padi di timur laut Jepun digenangi air laut dalam bencana tersebut yang menyebabkan ramai petani hilang mata pencarian. - AFP
TOKYO - Setahun selepas bencana berganda melanda Jepun dan menyebabkan kemusnahan teruk, negara itu kini sedang berusaha untuk memulihkan semula dan membina infrastruktur serta menstabilkan loji nuklear yang didakwa telah mencetuskan krisis nuklear terburuk sejak bencana Chernobyl pada 1986.
Pada 11 Mac 2011, negara matahari terbit itu digemparkan dengan kejadian gempa berkekuatan 9.0 skala Richter yang turut mencetuskan tsunami paling dahsyat dalam sejarah negara itu.
Lebih 15,000 orang terkorban manakala 3,271 lagi dilaporkan masih hilang dalam insiden tersebut.
Wilayah di timur laut Jepun, Iwate, Fukushima dan Miyagi adalah paling teruk terjejas.
Pengendali loji nuklear, Tokyo Electric Power (Tepco) turut dikecam kerana didakwa gagal menangani masalah di beberapa reaktor sehingga berlaku kebocoran radiasi pada tahap kritikal beberapa bulan selepas kejadian bencana berganda tersebut.
Usaha pemulihan secara berperingkat oleh kerajaan juga dilihat gagal memuaskan hati banyak pihak kerana ratusan ribu penduduk dilaporkan masih lagi hidup seperti pelarian kerana tidak dapat pulang ke rumah masing-masing atas faktor-faktor keselamatan terutamanya mereka yang tinggal di zon lingkungan kebocoran radiasi.
Sektor ekonomi dan pasaran saham Jepun juga pulih secara perlahan selepas mengalami kemerosotan mendadak pada tahun lalu.
Kebanyakan syarikat pembuatan dan pengeluar barangan elektronik terkemuka telah mula beroperasi seperti biasa pada tahun ini walaupun mengalami kerugian mencecah berbilion ringgit akibat bencana berganda tersebut.
Sebahagian kereta Honda yang rosak akibat banjir dikumpulkan untuk dilupuskan
di kilang Honda di Ayutthaya, wilayah tengah Thailand, semalam. - AGENSI
BANGKOK 27 Dis. - Pengeluar kereta Jepun, Honda hari ini mula melupuskan sebanyak 1,055 kereta jenama itu yang terjejas semasa banjir melanda Thailand, baru-baru ini bagi memastikan tidak ada kereta yang rosak dijual kepada pengguna.
Syarikat tersebut dalam satu kenyataan berkata, proses melupuskan kereta-kereta itu di loji Honda di wilayah Ayutthaya, akan mengambil masa sebulan.
Loji tersebut terletak di Taman Industri Rojana, lokasi yang terjejaas teruk akibat banjir yang melanda pada awal Oktober lalu sehingga menyebabkan operasi pengeluaran kenderaan itu terpaksa dihentikan.
Gambar pemandangan dari udara yang diambil semasa banjir melanda di kawasan itu merakamkan kereta-kereta baru di loji itu ditenggelami banjir lumpur.
"Walaupun kami sempat memindahkan kereta-kereta baru ke kawasan yang selamat, sebanyak 1,055 kereta di loji ini terjejas akibat banjir lumpur.
"Kami tidak akan menjual kereta yang rosak ini kepada pelanggan. Alat ganti kereta juga tidak akan dijual atau digunakan semula," kata Naib Presiden Eksekutif Honda Automobile Thailand, Pitak Pruittisarikorn.
Kebanyakan kereta yang akan dilupuskan merupakan kereta jenama Honda City sedan, Honda Brio dan Honda Jazz 'hatchbacks'.
Operasi pengeluaran kenderaan itu dari kawasan itu masih belum disambung lagi buat masa ini.
Thailand awal bulan ini melaporkan, seramai 700 maut dalam banjir tersebut yang menjejaskan 65 daripada 77 wilayahnya dan memaksa penutupan tujuh taman industri utama, sekali gus menjejaskan bekalan produk dunia.
Walaupun banjir telah surut sepenuhnya, banyak kawasan masih belum pulih dan masih perlu dibersihkan. - AFP
Dulu, kecoh pasal bandar Kajang kena banjir, sekarang, giliran Kuantan pulak... Cerita ni, aku dapat dalam lamanFacebook ini. Baru berlaku beberapa jam lepas...