Tweet |
Adakah ini rupa "iWatch", jam tangan pintar yang bakal dibangunkan oleh Apple? |
Syarikat teknologi, Apple Inc. dipercayai membangunkan jam tangan pintar dengan ciri-ciri skrin sesentuh.
Laman-laman web China melaporkan syarikat gergasi itu bekerjasama dengan pembuat cip teknologi, Intel untuk membangunkan gajet tersebut.
Gajet dengan skrin sebesar 3.81 sentimeter dan menggunakan rangkaian Bluetooth membolehkannya untuk berkomunikasi dengan gajet lain termasuk telefon pintar iPhone.
Laporan itu mendakwa gajet tersebut dikenali sebagai iWatch akan dijual pada tahun depan.
Laman web China, Tech.163 mendakwa Intel membangunkan gajet dikenali sebagai Smart Watch yang menarik minat Apple Inc.
iWatch dipercayai akan menggunakan sistem operasi iOS, perisian sama digunakan oleh iPhone dan iPad yang membolehkan aplikasi itu mudah dimuat turun.
Pengenalan jam tangan pintar itu juga akan membantu Apple menyaingi pesaingnya, Google yang mendakwa akan mengeluarkan set fon kepala dengan satu skrin, Google Glass pada tahun depan.
Khabar angin itu dilaporkan selepas satu syarikat bebas berjaya dalam cubaannya mencipta jam tangan pintar dikenali Pebble, yang popular di dalam talian. [Sumber]
Wooo! Makin lama makin canggih! =)
ReplyDeleteHehe...
Deletethank you to share with us, i really like it and i am appreciated your for such a great job, as you describe the article its informative and useful for me, i am glade to read your blog, keep it up
ReplyDeleteFashion Watches
thank you very-very much because visit my blog and give a good comment here. i like it and appreciate it. :D
Delete