Ni apa ceritanya kat sini?

Super Sky Cycle, motor terbang atasi kesesakan

SUPER Sky Cycle ini bergerak dengan kelajuan maksimum 56 kilometer sejam di udara atau 105 kilometer sejam di jalan raya.
SUPER Sky Cycle ini bergerak dengan kelajuan maksimum
56 kilometer sejam di udara atau 105 kilometer sejam di jalan raya. 

AUSTIN (Texas): Terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas bukan lagi halangan untuk Larry Neal dan masalah itu tinggal kenangan sejak dia menggunakan kenderaan roda tiga bermotor. 

Menurut Neal, kenderaan unik itu membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa berdepan kesesakan. 

Apa yang perlu, katanya, cuma hidupkan enjin dan terbang ke destinasi pilihan. 

APABILA tidak terbang, kipas pada kenderaan ini boleh dilipat supaya dapat dipandu di jalan raya.
APABILA tidak terbang, kipas pada kenderaan ini
boleh dilipat supaya dapat dipandu di jalan raya. 
Digelar Super Sky Cycle, kenderaan Neal dilengkapi enjin 582 kuasa kuda dan tiga kipas sepanjang 173 sentimeter setiap satu. 

Dengan kemudahan itu, Neal boleh terbang setinggi enam meter pada kelajuan maksimum 56 kilometer sejam. 

Apabila di atas jalan raya, kenderaan itu boleh mencapai kelajuan maksimum 105 kilometer sejam. 

Kenderaan berharga $46,000 (RM226,000) itu boleh terbang sehingga lima jam sebelum perlu diisi minyak semula. 

Pengendalinya pula mesti memiliki lesen juruterbang sebelum boleh menggunakannya. 

Kakitangan The Butterfly Aircraft LLC itu baru saja memperoleh paten kenderaan berkenaan bagi membolehkan dia menghasilkannya secara besar-besaran. 

Setakat ini, kata Neal, dia menerima beberapa tempatan, sama ada dari syarikat tempatan atau firma antarabangsa. 

“Projek ini bermula sejak beberapa tahun lalu tetapi pernah tergendala seketika apabila saya gagal mencari jawapan mengenai apa yang perlu dilakukan kepada kipasnya selepas Super Sky Cycle mendarat,” katanya. 

Namun, Neal - berasal dari Aurora - berjaya mencari jawapan kepada kebuntuan itu dengan mencipta kipas yang boleh dilipat. 

Katanya, pengubahsuaian pada kipsa berkenaan membolehkan kenderaan itu dipandu di jalan biasa apabila keadaan mengizinkan. 

“Pasukan peronda sempadan Texas antara pihak yang membuat pesanan dalam jumlah besar bagi kenderaan ini,” katanya. [Sumber

2 comments:

  1. Salam. elak kesesakan kn? tp lg bhya klau jatuh. space nk parking lg besar dr saiz motor biasa. nk kena ada lesen memandu lg. Akak menjemput rakan2 menyertai GIVEAWAY 001 CHEEZE MAZ .Link cara2 penyertaan ada di : http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/giveway-sempena-iphone-5-gadget-impian.html

    Jika tiada masa menyertainya, harap sangat2 dapat membantu akak dengan :
    1) Tekan butan G +1 bagi entry http://cheezemaz.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html
    2) Vote akak di denaihati. Cara nak vote akak ada di entry : http://cheezemaz.blogspot.com/2012/12/giveaway-001-tugasan-ke-2.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali. memang pun. tapi bab lesen plak, lesen memandu ngan pilot pun kena ada sekali...

      thanx atas jemputan akak tentang giveaway itu. :)

      Delete

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...