Tweet |
Inilah api yang keluar dari dalam tanah di halaman Sekolah Rendah Angsokah III di Sempang, Madura, Jawa Timur. |
SAMPANG, Jawa Timur - Penduduk di kampung Angsokah, Madura di sini gempar dengan kewujudan api yang menyala keluar dari dalam tanah di halaman sebuah sekolah rendah di kampung mereka.
Menurut seorang guru di Sekolah Rendah Angsokah III, Jalalludin, semburan api itu terjadi selepas pihak sekolah melakukan penggalian perigi.
Katanya, selepas proses menggali mencapai kedalaman 41 meter, lubang perigi itu mengeluarkan lumpur dan bau belerang, menyebabkan mereka menghentikan kerja-kerja penggalian.
Namun pada pukul 5 pagi keesokannya, semburan lumpur berkurangan dan lubang tersebut mengeluarkan api setinggi 2.5 meter, lapor Beritajatim.com.
Jalalludin berkata, meskipun terdapat semburan api di halaman sekolah itu, namun aktiviti pembelajaran tetap diteruskan.
Sementara itu, seorang pelajar yang ditemui, Eni Widyawati mengakui takut dengan kejadian itu dan menyatakan mereka terhidu bau belerang yang kuat.
Tinjauan Beritajatim.com ke tempat kejadian turut mendapati bau belerang dari lubang itu boleh dihidu sehingga sejauh 10 meter. [Sumber]
No comments:
Post a Comment