Tweet |
HOUCHIN berlari turun dari pentas selepas kepalanya terbakar. |
Seorang ahli silap mata Amerika semalam menjalani rawatan di Republik Dominica selepas seorang hos televisyen membakar kepalanya.
Berasal dari Chico, California, Wayne Houchin berkata, dia dimasukkan ke hospital akibat terbakar.
Bagaimanapun, doktor mengatakan ia tidak akan meninggalkan kesan parut.
Kenyataan dalam Facebook miliknya mengatakan Houchin ‘sedang berehat dan semakin pulih menjalani rawatan di negara Caribbean’ itu, di mana dia membuat persembahan dengan sekumpulan ahli silap mata.
Ketika membuat kemunculan pada 26 November lalu dalam rancangan televisyen Closer To The Star di Republik Dominica itu, hos jemputan, Franklin Barazarte tiba-tiba menyembur kepala ahli silap mata warga Amerika itu dengan ‘'Agua de Florida’, minyak wangi mudah terbakar yang biasa digunakan dalam upacara Santeria.
Dua hari selepas insiden itu, Houchin menulis di Facebook: “Saya tidak jangka dia akan melakukan demikian kepada saya. Ini bukan adegan lagak ngeri atau sebahagian adegan persembahan ini adalah serangan jenayah.
“Tindakan pantas anggota silap mata lain menyelamatkan nyawa saya.
“Api itu dipadamkan dan saya dikejarkan ke bilik kecemasan hospital. Saya mengalami melecur teruk di kepala, leher, muka dan tangan kanan,” katanya.
Video mengenai insiden itu menunjukan kepala ahli silap mata itu terbakar ketika tangan Barazarte menyentuh rambut Houchin.
Tidak dapat dipastikan mengapa hos TV itu menyembur cecair itu ke kepala Houchin dan apa yang membuatnya terbakar.
Rancangan itu tidak mengulas mengenai insiden itu.
Video turut menunjukkan Houcgin, Barazarte dan ahli silap mata lain berusaha untuk memadamkan api itu dalam tempoh beberapa saat.
Insiden itu tidak disiarkan di televisyen negara itu, tetapi video mengenainya dimuat naik ke Internet.
Hocuhin berkata: “Republik Dominica adalah negara yang indah dan dipenuhi dengan penduduk yang cantik.
“Sambutan dan sokongan di sini sangat hebat.
“Sokongan, kasih sayang dan dukungan diberikan kepada saya melalui media sosial, blog dan forum daripada rakan dan peminat sangat mengujakan. Terima kasih,” katanya.
Tidak diektahui sama Houchin sudah mengupah peguam di Republik Dominica. [Sumber]
No comments:
Post a Comment