Ni apa ceritanya kat sini?

Batu Misteri Terbakar Dalam Poket Seluar (Video)

Batu yang dikatakan terbakar dalam poket seluar seorang wanita di California.

Seorang wanita mengalami lecur tahap dua dan tiga apabila batu berwarna yang dikutip oleh keluarganya dari pantai di selatan California, tiba-tiba terbakar, di dalam poket seluarnya. 

Lyn Hiner berkata, “Kami sedang berbual mengenai siapa perlu menjemput pengasuh apabila tiba-tiba kaki saya terasa panas.” 

Katanya lagi, “Saya ingatkan saya digigit serangga, lalu saya memukul seluar dan tiba-tiba ia saya terbakar.” 

Batu berwarna hijau dan jingga itu dijumpai dan dikutip oleh anak perempuan Lyn di Pantai San Onofre di California Selatan. 

Lyn, 43, meletakkan batu itu di dalam poket seluarnya apabila mereka meninggalkan pantai. 

Sewaktu dia dan suaminya Rob Hiner, bersedia untuk keluar makan malam, tiba-tiba batu itu meletup dalam poket seluarnya. 

Rob berkata, “Api terang. Kami tak tahu apa yang berlaku dan reaksi kami adalah memukul untuk mematikan api itu.” 

Katanya, mereka tidak berjaya memadamkan api itu lalu terus menarik seluar Lyn. 

Bomba tiba kerana penggera asap di rumah mereka berbunyi disebabkan api dari batu itu. 

Ketua Bomba Orange County, Kapten Marc Stone berkata, “Suaminya berada di luar sambil memegang paip air cuba untuk menyejukkan kaki isterinya.” 

Ahli Sains yang menyiasat letupan misteri berkata, ada tujuh ketul batu yang dikutip anak Lyn dari pantai itu dan ujian mendapatai ia mengandungi fosforus, bahan kimia berwarna jingga mudah terbakar yang digunakan untuk mancis, pada batu itu. [Sumber]

video berkaitan 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...