Ni apa ceritanya kat sini?

Bilionair Australia Bakal Bina Kapal Titanic II

Clive Palmer (atas, kanan) bercita-cita besar ingin membina kapal Titanic II yang bakal memulakan pelayaran pertamanya dari England ke New York pada 2016. (Sumber gambar dari Google.)
(Sumber gambar dari Google) 

Seorang daripada individu paling kaya Australia, Clive Palmer (gambar) hari ini mendedahkan rancangannya untuk membina kapal Titanic versi abad ke-21 di China yang bakal memulakan pelayaran pertamanya dari England ke New York pada 2016. 

Palmer yang merupakan jutawan perlombongan berkata, beliau melantik syarikat China, CSC Jinling Shipyard untuk membina Titanic II dengan reka bentuk yang sama seperti kapal mewah asal itu. 

"Kapal Titanic baru ini akan direka bentuk sama mewah dengan kapal lama, namun ia akan dilengkapi teknologi abad ke-21 dan sistem keselamatan serta pengemudian terbaru. 

"Titanic II juga akan memulakan pelayaran dari England ke Amerika Utara selewat-selewatnya hujung 2016. Kami turut menjemput tentera laut China untuk mengiringi kapal ini sepanjang perjalanannya ke New York," katanya. 

Pengumuman Palmer itu dibuat hanya beberapa minggu selepas sambutan ke-100 tahun tragedi Titanic yang karam pada 15 April 1912 selepas terlanggar bongkah ais gergasi ketika dalam pelayaran dari Southampton ke New York. 

Katanya, pembinaan kapal baru itu dibuat sebagai memperingati semangat pekerja lelaki dan wanita kapal asal Titanic. 

"Mereka telah mempamerkan semangat bekerja yang mengagumkan dan kami mahu semangat mereka dikenang untuk tempoh 100 tahun akan datang," katanya. 

Palmer berkata, beliau telah membina syarikat kapalnya sendiri iaitu, Blue Star Line dan kapal yang bakal dibinanya akan mempunyai 840 bilik dan sembilan geladak, sama seperti kapal Titanic asal. - AFP 

[Sumber


2 comments:

  1. Nice entry! Aq pon bru taw. thanks share! :P

    ReplyDelete
  2. @Muhamad Asyraaf sama2...thanx singgah dan komen kat sini ^_^

    ReplyDelete

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...