Tweet |
Model terbaru telefon pintar keluaran Samsung, Galaxy S3 yang dilancarkan di London, kelmarin. |
Syarikat elektronik Korea Selatan, Samsung Electronics semalam melancarkan telefon pintar terbarunya, Galaxy S3 di London ketika ia berusaha melonjakkan kedudukannya sebagai pembuat telefon bimbit paling terkemuka di dunia.
Galaxy S3 mempunyai skrin seluas 12.2 sentimeter, 22 peratus lebih besar daripada produk sebelumnya, Galaxy S2 yang popular dan membantu menjadikan syarikat itu sebagai pendahulu dalam pasaran dunia bagi telefon pintar.
Walaupun skrin Galaxy S3 lebih besar, Samsung berkata, saiz telefon bimbit itu adalah sama dengan Galaxy S2.
Beberapa ciri baru yang diperkenalkan adalah kamera pintar yang menggunakan teknologi pengenalan wajah, selain peningkatan kawalan pengaktifan suara.
Pemproses Galaxy S3 yang ditingkatkan juga membolehkan pengguna menonton video dan menulis mesej pada satu masa.
''Melalui Galaxy S3, Samsung memaksimumkan faedah dengan menggabungkan perkakasan berteknologi tinggi dengan kemampuan telefon pintar yang ditingkatkan,'' kata Presiden dan Ketua Divisyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mobile Samsung, JK Shin. [Sumber]
No comments:
Post a Comment