Ni apa ceritanya kat sini?

Muzium Ketam Kayu di Rusia

PELBAGAI jenis ketam yang terdapat di dalam muzium milik Islentyev.
Seorang pesara, Vitaly Islentyev menyimpan pelbagai jenis peralatan ketam di sebuah muzium miliknya di bandar Yeniseisk. 

Menurut maklumat yang terdapat dalam Book of Records of Russia, dia mempunyai koleksi peralatan itu yang terbanyak di negara ini. 

Kira-kira 760 ketam yang diperbuat di Jerman, United Kingdom, Perancis, Rusia dan negara-negara lain dipamerkan di muzium itu. 

Muzium tersebut turut mempamerkan ketam yang dihasilkan pada abad ke-18 dan ke-20. 

Ketam digunakan untuk melicinkan permukaan kayu. 

Islentyev, 65, yang pernah bekerja sebagai seorang pemandu kenderaan turut mempunyai sejumlah koleksi akordion dan alat pemain piring hitam. [Sumber


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...