Ni apa ceritanya kat sini?

Berlian Merah Jambu 'Martian Pink' Dilelong RM55 Juta (Video)

Berlian 'Martian Pink'

Sebutir berlian merah jambu yang dilelong buat pertama kalinya dalam tempoh 36 tahun, dijual pada harga AS$17.4 juta (RM55 juta) dalam satu majlis lelongan di sini (Hong Kong), semalam. 

Berlian seberat 12 karat yang dikenali sebagai Martian Pink itu adalah berlian merah jambu terbesar yang pernah dilelong. 

Menurut firma lelongan Christie's yang mengendalikan acara tersebut, berlian itu dijual pada harga sekali ganda lebih tinggi daripada yang diramalkan sebelum ini. 

Ia juga menjadi tarikan utama dalam lelongan barangan kemas yang diadakan oleh Christie's di Hong Kong, semalam. 

Dalam majlis lelongan itu, Christie's memperolehi sejumlah AS$80 juta (RM253 juta) dari keseluruhan jualan. 

"Berlian Martian Pink yang dijual oleh Harry Winston pada 1976 itu telah menggemparkan seluruh dunia ketika jelajah pameran baru-baru ini," kata Vickie Sek dari Christie's Asia. 

Menurutnya, selain Martian Pink, sebutir batu delima Myanmar seberat 6.04 karat turut mencatat rekod dunia dalam lelongan kali ini selepas dijual pada harga AS$3.3 juta (RM 10.8 juta). 

Hong Kong muncul sebagai pusat lelongan ketiga terbesar di dunia selepas New York dan London ekoran pertubuhan pasaran mewah secara besar-besaran di Tanah Besar China. 

Berlian merah jambu paling terkenal di dunia ketika ini dimiliki Ratu Elizabeth II. 

Permata digelar Williamson Pink yang mempunyai berat 23.6 karat tersebut diberikan kepada ratu itu ketika perkahwinannya pada 1947. [Sumber]


[ Video berita lelongan berlian 'Martian Pink' ] 


2 comments:

  1. Wow! Cantik.. Tapi hanya mampu tersenyum je la.. Nak miliki jauh sekali.. gugugu..~

    ReplyDelete

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...