Ni apa ceritanya kat sini?

Tutorial Cara Pasang Button Facebook Like / Send Ke Dalam Blog


Fungsi button Facebook Like, tak perlulah aku terangkan di sini, kerana korang sendiri pun maklum dengan fungsinya, lagipun, ia button Facebook paling digemari, paling banyak diguna dan diklik tak kira masa! Hahaha... Tapi bila korang tengok gambar kat atas tu, mesti korang tertanya-tanya apa fungsi button Send ini?? 



Secara ringkasnya, fungsi button Send ini ialah untuk membolehkan korang menghantar maklumat atau post (bagi blog) ke akaun FB kengkawan, atau emel kengkawan korang, dan juga group FB yang korang join itu, hanya dengan satu klik sahaja. Ia berbeza dengan button Share, di mana maklumat atau post (bagi blog) yang hendak dikongsi HANYA dipaparkan di dinding mesej (message wall) FB korang sendiri. Jadi,  kalau korang nak share maklumat dan post korang di wall message group2 FB yang korang join itu, disyorkan korang pakai button Send ini. 

Untuk meletakkan button FB Like / Send ini ke dalam blog korang, terdapat dua (2) tempat yang biasa digunakan oleh mana-mana blogger, iaitu:

A) Letak di bahagian bawah post 

1) Login akaun blogger korang > Dashboard > Nama Blog > Template > Edit HTML > Expand Widget Templates (Baik korang bekap dulu template blog korang.)

2) Gunakan fungsi find (Ctrl+F atau F3), cari kod ini: <data:post.body/> 

3) Copy kod dibawah ini.
<!-- Facebook Like+Send button Start --><b:if cond='data:blog.pageType != &quot;static_page&quot;'><div style='float:left;padding:5px 5px 5px 0;'><script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1' type='text/javascript'></script><fb:like expr:href='data:post.url' font='' layout='standard' send='true' show_faces='false' width='450' colorscheme='light'></fb:like></div></b:if><!-- Facebook Like+Send button End -->
4) Paste code tersebut, dibawah code yang korang cari kat langkah no. 2 ini.

5) Preview dulu. Kalau takde error, save template. Siap. :)


B) Letak di bahagian atas post 

Jikalau ada antara korang lebih suka letak button FB Like / Send di bahagian atas post, iaitu di antara Tajuk Post dengan Isi Post (sebab pernah terjumpa beberapa blog buat macam ni), korang buat seperti berikut:

1) Cari kod ini:
<div class='post-header-line-1'/>  , atau
<div class='post-header-line-1'> (mana yang kena) 
2) Copy code dibawah ini:-
<div style='float:left;padding:4px;'><!-- Facebook Like+Send button Start --><b:if cond='data:blog.pageType != &quot;static_page&quot;'><div style='float:left;padding:5px 5px 5px 0;'><script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1' type='text/javascript'></script><fb:like expr:href='data:post.url' font='' layout='standard' send='true' show_faces='false' width='450' colorscheme='light'></fb:like></div></b:if><!-- Facebook Like+Send button End --></div>
3) Paste code tersebut, dibawah code yang korang cari kat langkah no. 1 ini.

4) Preview dulu. Kalau takde error, save template. Siap. :)

Oh ya! Kod di atas adalah jenis 'standard', macam yang korang nampak kat bahagian bawah post ini. Tapi, jikalau korang lebih suka button yang berlainan daripada yang jenis standard ini, itu tak susah. Korang cuma copy semula mana-mana kod FB Like dan Send yang korang suka kat atas tadi, tetapi, korang cuma peratikan 2 kod yang paling penting ini sahaja, iaitu: 
  • layout='jenis_button' 
  • width='nombor' 

Jenis-jenis button Facebook Like / Send yang lain, serta kod-kodnya yang perlu korang tukar: 

button_count (saiz kecil, jenis bernombor di tengah) 
  • layout='button_count'
  • width='150'
box_count (saiz besar, jenis bernombor di atas)
  • layout='box_count'
  • width='110'

Senang, kan, nak tukar style button FB Like / Send ini? Hehehe... itu pendapat aku jer, lagipun, 'kacang' pulak tu. Korang lak, macam mana?


Satu lagi tips: Kalau korang cuma nak "Like" button sahaja, tak mahu button "Send", caranya, mudah jer, iaitu: 

  • Copy mana-mana code FB Like / Send kat atas.
  • Cari kod ini:  send='true'
  • Tukar kepada: send='false'


Mudah, kan? :D

Harap-harap tutorial ini tidak memeningkan kepala korang sumer untuk mencubanya. Selamat mencuba!


22 comments:

  1. klu nak letak like button utk pngguna blogskin mcmne eh ?

    ReplyDelete
  2. @ junnie: sama jer... cuma ikut jer cara nak buatnya tu. :)

    ReplyDelete
  3. dah buat..macih..eh blog dia dh lain..:)

    ReplyDelete
  4. @Miss Nadya sama2,.. erk, blog sapa dah lain tu? hehehe :)

    ReplyDelete
  5. kite tak reti..=.= dah search ta dpt..=.= :(

    ReplyDelete
  6. waaahh berhasil... yes..!! hehhe tQ

    ReplyDelete
  7. nice..thnx tuan tanah..nk follow blog nih..huhu

    ReplyDelete
  8. thumbs up.... tq...

    ade mase pegi kt cni ya...
    http://pokokberbuah.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. bro salam kenal, terima kasih sebab bagi tutorial.. kalau sudi datang la kembali..

    http://www.irwanalessatyme.com/

    ReplyDelete
  10. Salam Tuan Tanah "kedawung" ;-))
    Saya memang mengharapkan bantuan, sudah berbagai cara saya lakukan untuk membuat button Send didalam blog saya namun tidak berjaya. Diharap dapat Tuan kongsikan ilmu Tuan untuk membantu saya ini blog sayakembalakenterprise

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali. (hehe)

      Saya dah singgah blog saudara. OK, soalnya sekarang, nak letak kat mana button like/send itu? Atas atau bawah posting blog? mohon pencerahan.

      Delete
    2. Alhamdulillah ada jawapan tentang permasalahan saya terima kasih. saya nak letakkan dibawah setiap posting. sedih sangat selama seminggu cuba buat namun gagal huhuhu..tolonglah saya bro..

      Delete
    3. aduh, kesiannya..huhu...
      ok la, bro, macam ni caranya.

      cuba kod html untuk button ATAS posting (cari kat dalam "B) Letak di bahagian atas post ")... tapi letak kat posisi BAWAH posting. itu je caranya. cubalah!

      Delete
    4. Salam sahabat, tak apalah ini belum ada rezeki saya lagi untuk mendapatkan button 'SEND' didalam blog. Telah saya cuba berbagai-bagai dari kebanyakan blog tutorial sehingga tidak terbilang dengan jari dan jejari saya pun sudah penat menaip, masa saya juga telah banyak terbuang hampir malam ke10 sebenarnya saya mencuba dan mencuba..mungkin ada hikmah disebaliknya yang tidak saya ketahui, mengapa dan kenapa?

      Cuma yang saya rasa, mungkin kesilapan susunan text atau angka..kerana bila saya print, kedudukan setiap abjad dan susunan berubah. MUNGKIN INI SEBABNYA ianya tidak menjadi. Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar yang sewajarnya untuk saya..jasa sahabat tetap saya kenang.

      Assalamualikum
      mnorkembalak

      Delete
    5. waalaikumsalam... saya tak tahu nak kata apa...

      Delete
    6. Saya dah jumpa widget yang paling simple mudah dah senang segalanya sudah saya perolehi berkat pencarian saya dengan tekun dan sabar. Sekali buat terus jadi button Like & Send kat blog saya.

      Delete
  11. terima kasih tuto ni menjadi

    ReplyDelete

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...