Ni apa ceritanya kat sini?

Download : Angry Birds Theme For Windows 7


Jika dahulu, dalam entri berkaitan Angry Birds yang lepas-lepas, biasanya, entri berkaitan link download GAME Angry Birds sahaja yang paling top dalam blog ini. Tetapi, kali ini, bukan game Angry Birds versi terbaru yang aku nak cerita kat sini, tetapi, tema Angry Birds untuk Windows 7 (Angry Birds Theme for Windows 7). 


Dah namanya tema Windows 7 (W7), tentulah laptop atau PC korang yang pakai operating system (OS) W7 sahaja yang boleh pakai tema ni.... Kalau XP dan Vista, mmm, mungkin tidak boleh kot! Satu lagi perkara aku nak bagitau, semua versi OS Windows 7 boleh pakai tema Angry Birds ini, kecuali Windows 7 Starter Edition (netbook punyer), kerana W7 jenis ini langsung tak saport apa-apa sahaja tema W7 ini. 


Sedikit Review Mengenai "Angry Birds Theme For Windows 7"

Terdapat 6 gambar yang dijadikan wallpaper, yang mana, ia boleh bertukar-tukar ikut time yang korang sendiri setkan. Ataupun, boleh jugak pilih gambar yang tertentu sahaja untuk korang jadikan wallpaper. Dalam tema W7 ini jugak, terdapat beberapa sound effect (sfx) dalam game Angry Birds yang biasa korang main, digunakan untuk dijadikan sebagai bunyi amaran atau notifikasi dalam sistem W7 laptop atau PC korang. Contohnya, bunyi apabila gadget USB dicucuk (USB Plug and Play), amaran bateri laptop nak habis, berlakunya error dalam sistem dan sebagainya, hampir kesemuanya menggunakan sound effect game popular ini. 


Nak download, klik jer link kat bawah ni: 


Apa korang nak buat lepas siap download ? 

  1. Lepas download, cari kat mana korang save file ini. 
  2. Dah jumpa, ekstrakkan dengan WinRAR atau lain-lain software yang sama fungsi dengannya. 
  3. Cari dan dabel klik file AngryBirds.themepack 
  4. Customizekan apa-apa yang patut, contohnya, pilih wallpaper mana yang korang suka dan lain-lain lagi. 
  5. Siap! :)

Oklah, cukuplah tu aku menceceh kat sini....harap-harap korang enjoy dengan apa yang aku coretkan di dalam blog ini... (^__^) 


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...